Aziz Sattar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Abdaziz (bincang | sumb.)
Baris 62: Baris 62:
# [[Filem Seniman Bujang Lapok|Seniman Bujang Lapok]] (1961)
# [[Filem Seniman Bujang Lapok|Seniman Bujang Lapok]] (1961)
# [[Filem Siti Muslihat|Siti Muslihat]] (1962)
# [[Filem Siti Muslihat|Siti Muslihat]] (1962)
# [[Filem Labu Labi|Labu Labi]] (1962)
# [[Filem Labu dan Labi|Labu Labi]] (1962)
# [[Filem Nasib Labu Labi|Nasib Labu Labi]] (1963)
# [[Filem Nasib Si Labu Labi|Nasib Labu Labi]] (1963)
# [[Filem Pilih Menantu|Pilih Menantu]] (1963)
# [[Filem Pilih Menantu|Pilih Menantu]] (1963)
# [[Filem Siapa Besar|Siapa Besar]] (1964)
# [[Filem Siapa Besar|Siapa Besar]] (1964)

Semakan pada 11:27, 18 Ogos 2008

Aziz Sattar
Fail:Aziz sattar.jpg
Aziz Sattar
Kelahiran
Abdul Aziz bin Sattar

(1925-08-25) 25 Ogos 1925 (umur 98)
Tahun aktif1950-an–kini
PasanganHashimah Delan

Datuk Abdul Azez bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar (lahir 8 Ogos 1925), merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.

Biografi

Beliau dilahirkan di Pakalongan, Surabaya, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.

Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.

Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.

Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara.

Siti Rumina Ahmad (Isteri Pertama - bercerai) & Dayang Sofiah (Isteri Kedua - bercerai).

Bilangan Anak :7 orang 1. Ruzaiman 2. Ruzaidah 3. Ruzainah 4. Zainuddin 5. Dahlia 6. Dalina 7. Sandakiah

Fail:18satar1.jpg
Persandingan Aziz Sattar dan Hashimah Delan

Pada 16 Disember 2006, Aziz Sattar berkahwin dengan Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.


Filem lakonan

  1. Putus Harapan (1953)
  2. Mangsa (1953)
  3. Hati Iblis (1953)
  4. Jasa (1954)
  5. Arjuna (1954)
  6. Kipas Hikmat (1955)
  7. Ribut (1956)
  8. Putera Bertopeng (1957)
  9. Bujang Lapok (1957)
  10. Hantu Jerangkong (1957)
  11. Hantu Kubur (1958)
  12. Nujum Pak Belalang (1959)
  13. Raja Laksamana Bentan (1959)
  14. Pendekar Bujang Lapok (1959)
  15. Sumpah Wanita (1960)
  16. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
  17. Seniman Bujang Lapok (1961)
  18. Siti Muslihat (1962)
  19. Labu Labi (1962)
  20. Nasib Labu Labi (1963)
  21. Pilih Menantu (1963)
  22. Siapa Besar (1964)
  23. Mambang Moden (1964)
  24. Takdir (1965)
  25. Pusaka Pontianak (1965)
  26. Aksi Kucing (1966 Malay Film Productions Ltd)
  27. Keluarga Comat (1975 Sabah Film Production)
  28. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
  29. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  30. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  31. Darah Satria (1983)
  32. Bujang Lapok Kembali Daa... (1985)
  33. Tarik Tarik (1993)
  34. Abang '92 (1993)
  35. Layar Lara (1997)
  36. Jibon (1998)
  37. Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
  38. Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
  39. Cicak-Man (2006)

Filem Arahan

  1. Keluarga Comat (1975 Sabah Film Production)
  2. Si Badol (1979 Sabah Film Production)
  3. Prebet Lapuk (1979 Indra Film Production)
  4. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  5. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  6. Setinggan (1982)
  7. Darah Satria (1983)
  8. Tujuh Biang Keladi (1984 Nirwana Film Production)
  9. Bujang Lapok Kembali Daa.. (1985)
  10. Perawan Malam (1986)
  11. Tak Kisahlah Beb (1988)
  12. O.K. (1989)
  13. Adik (1990)
  14. Simfoni Duniaku (1994)
  15. Gelora Cinta

Sitkom:

  1. Kelas Malam (2000)

Drama

  1. Manjalara (2007)

Pencapaian dan Anugerah

Tarikh Anugerah/Penghormatan

  • 1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)
  • 1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
  • 1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.
  • 2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular 2000.
  • 2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

Profesional/Ahli Persatuan:

  • Bendahari, Persatuan SENIMAN.
  • 1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
  • 1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.

Pautan luar