Bayam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot Menambah: br:Amarant
Kamalzack (bincang | sumb.)
k Pokok Bayam dipindahkan ke Bayam
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:06, 25 September 2008

Bayam
frames
Pengelasan saintifik
Amaranthus spp.

Pokok Bayam merupakan sejenis pokok dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis pokok Bayam Hijau dan pokok Bayam Merah.Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.

Perbezaan

Terdapat perbezaan antara spesis bayam Amaranthus dan Spinacia walaupun sering diterjemah sebagai "bayam," kerana bayam walaupun berasal dari keluarga sama iaitu Amaranthaceae, tetapi bayam ini adalah daripada gen Amaranthus manakala bayam spinacia adalah dari gen Spinacia. Malah, terdapat beza dari segi jenis dan rasa.

Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan spinach untuk bayam.

Khasiat

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbut dan diminum dapat memperbaiki penglihatan dan memperkuatkan hati.

Lihat juga

Pautan luar