Bismillah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: sv:Bismillah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: sv:Basmala
Baris 28: Baris 28:
[[pt:Basmala]]
[[pt:Basmala]]
[[ru:Басмала]]
[[ru:Басмала]]
[[sv:Bismillah]]
[[sv:Basmala]]
[[te:బిస్మిల్లా హిర్రహ్మా నిర్రహీం]]
[[te:బిస్మిల్లా హిర్రహ్మా నిర్రహీం]]
[[tr:Besmele]]
[[tr:Besmele]]

Semakan pada 01:09, 29 September 2008

Karya tulis Arab frasa Bismillah
Sebuah bentuk kesenian Bismillah dalam bentuk sebuah jambu

Bismillah atau Basmalah (Bahasa Arab: بسملة) adalah sebuah perkataan Arab yang digunakan sebagai nama pengumpulan pada keseluruhan frasa Islam secara berulangan. Frasa ini merupakan ayat pertama pada "surah" (atau bab) dalam Al-Qur'an, dan digunakan dalam berbilangan konteks oleh umat Muslim. Ia disebut beberapa kali dalam solat dan sering dijadikan frasa mukadimah dalam segala urusan rasmi bagi beberapa negara Islam.

Dalam Qur'an, ia sering dinomborkan sebagai ayat pertama surah pertama, tetapi menurut pandangan Al-Tabari, ia adalah pendahuluan sebelum ayat pertama. Ia juga terletak di semua permulaan surah kecuali surah kesembilan, tetapi tidak dinomborkan kecuali di surah pertama tadi. Frasa ini juga muncul dua kali dalam Surah An-Naml, iaitu dipermulaan dan pada ayat ke-30.

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi
"Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang"

Perkataan "basmalah" sendiri terbit dari sebutan empat konsonan pertama bagi bismi-llāhi... yang akarnya adalah b-s-m-l (ب س م ل). Akar konsonan abstrak ini digunakan untuk menerbitkan kata nama basmalah, begitu juga bentuk kata kerja yang bermaksud "baca basmala". Perlakuan memberikan nama bagi perkataan yang lazim disebut atau zikir juga berlaku seperti frasa "Allahu Akbar", yang dirujuk sebagai "Takbir" (juga Ta'awwudh dll.); dan kaedah mengambil empat huruf konsonan juga seperti berlaku seperti kata nama "Hamdala" bagi Alhamdulillah.