Titik G: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
|||
Baris 2: | Baris 2: | ||
== Asal == |
== Asal == |
||
Titik G mula disebut dalam kertas akademik (Addiego et al.) pada tahun 1981. Titik G dinamakan sempena pakar sakit puan dari |
Titik G mula disebut dalam kertas akademik (Addiego et al.) pada tahun 1981. Titik G dinamakan sempena [[pakar sakit puan]] dari [[Jerman]], Ernst Grafenberg, yang mendakwa sebagai orang pertama menghipotesis kewujudannya pada tahun 1950. Sebuah buku mengenai titk G diterbitkan pada tahun 1982 bertajuk "The G Spot and Other Recent Discoveries About Human Sexuality" oleh Ladas et al. |
||
== Lokasi == |
== Lokasi == |
Semakan pada 15:08, 3 Oktober 2008
Titik G atau titik Grafenberg (bahasa Inggeris: G-spot) adalah satu kawasan yang boleh ditemui dibelakang tulang pubik wanita. Ia sebahagian dari span uretra. Sesetengah orang percaya ia adalah saraf dalam sistem pembiakan wanita. Jika titik G terangsang ketika hubungan seks, ia akan menyebabkan sensasi kenikmatan seperti puncak syahwat dan pancutan mani perempuan.
Asal
Titik G mula disebut dalam kertas akademik (Addiego et al.) pada tahun 1981. Titik G dinamakan sempena pakar sakit puan dari Jerman, Ernst Grafenberg, yang mendakwa sebagai orang pertama menghipotesis kewujudannya pada tahun 1950. Sebuah buku mengenai titk G diterbitkan pada tahun 1982 bertajuk "The G Spot and Other Recent Discoveries About Human Sexuality" oleh Ladas et al.
Lokasi
Titik G tidak ada tempat khusus tetapi ada dua cara boleh digunakan untuk mencarinya:
- tahap kenikmatan seks
- ketika kawasan yang disentuh menyebabkan pancutan air mani wanita
Terdapat wanita yang mengatakan mereka mencapai puncak syahwat yang lebih apabila titik G terangsang.[1]
Ahli sains juga melakukan eksperimen dengan faraj dengan menyentuhnya pada beberapa tempat. Hasil penemuan mereka pada kebanyakan eksperimen, titik G berdekatan dengan bahagian hadapan faraj.[2]
Pandangan umum
Sesetengah orang tidak percaya titik G wujud dan menganggapnya sebagai dongeng. Tetapi hari ini, titik G diterima sebagai wujud oleh majoriti manusia. Sesetengah mereka hanya mengatakan ia satu "kawasan yang sensitif" di faraj.[3]
Nota kaki
- ^ Addiego, F; Belzer, EG; Comolli, J; Moger, W; Perry, JD; Whipple, B. (1981). "Female ejaculation: a case study". Journal of Sex Research. 17 (1): 13–21.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Goldberg, DC; Whipple, B; Fishkin, RE; Waxman H; Fink PJ; Wiesberg M. (1983). "The Grafenberg Spot and female ejaculation: a review of initial hypotheses". J Sex Marital Ther. 9: 27–37.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Darling, CA; Davidson, JK; Conway-Welch, C. (1990). "Female ejaculation: perceived origins, the Grafenberg spot/area, and sexual responsiveness". Arch Sex Behav. 19: 29–47. doi:10.1007/BF01541824.CS1 maint: multiple names: authors list (link)