Menara Babel: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8: Baris 8:
Menurut kisah, kerana sikap sombong manusia ini Tuhan menurunkan hukuman sehingga mereka tercerai-berai dan tidak boleh memahami bahasa mereka satu sama lain yang pada mulanya satu.
Menurut kisah, kerana sikap sombong manusia ini Tuhan menurunkan hukuman sehingga mereka tercerai-berai dan tidak boleh memahami bahasa mereka satu sama lain yang pada mulanya satu.


Sindrom Menara Babel ini juga, menurut para sejarawan, mempengaruhi [[Nebuchadnezzar II]] membangun Taman Tergantung Babylon di kompleks istananya. Baginda membangun kompleks istana begitu megah, yang sekarang sisa-sisanya masih bisa dilihat, dan memerintah dengan tangan besi. Pada zaman Nebuchadnezzar II, yang memerintah pada tahun 605 SM-562 SM, Babylon mencapai masa keemasan.
Sindrom Menara Babel ini juga, menurut para sejarawan, mempengaruhi [[Nebuchadnezzar II]] membangun [[Taman Tergantung Babylon]] di kompleks istananya. Baginda membangun kompleks istana begitu megah, yang sekarang sisa-sisanya masih bisa dilihat, dan memerintah dengan tangan besi. Pada zaman Nebuchadnezzar II, yang memerintah pada tahun 605 SM-562 SM, Babylon mencapai masa keemasan.


== Menara Babel dalam Kitab Kejadian ==
== Menara Babel dalam Kitab Kejadian ==

Semakan pada 09:26, 8 Oktober 2008

The Tower of Babel oleh Pieter Brueghel (1563).
Lukisan The Confusion of Tongues oleh Gustave Doré (1865), yang dikatakan berdasarkan latar belakang Menara Samarra.

Menara Babel (Ibrani: מגדל בבל Migdal Bavel Arab: برج بابل Burj Babil) adalah struktur yang disebut dalam bab 11 Kitab Kejadian sebagai menara yang hebat yang melambangkan keangkuhan pencapaian bandar Babilu iaitu nama yang diberi untuk Babylon dalam bahasa Akkadia. Menurut cerita dalam Kitab Bible, Babel adalah bandar yang menyatukan seluruh umat manusia yang semuanya bercakap dalam bahasa yang satu dan mereka datang dari timur. Ia juga bandar kepada Raja Namrud yang merupakan bandar pertama dibina selepas Banjir Besar. Penduduknya mengambil keputusan kota ini memerlukan sebuah menara yang hebat sehingga mencecah langit. Bagaimanapun Menara Babel bukan dibina untuk Tuhan tetapi sebagai menunjuk-nunjuk kehebatan dan kesombongan manusia terutama mereka yang membinanya seperti yang diceritakan dalam Kitab Kejadian:

Mereka berkata: Ayuh, mari kita bina bandar kita sendiri, dengan sebuah menara yang mencapai ke langit, supaya kita dapat mencipta nama untuk kita sendiri dan tidak terselerak ke merata dunia. - Kitab Kejadian 11:4

Menurut kisah, kerana sikap sombong manusia ini Tuhan menurunkan hukuman sehingga mereka tercerai-berai dan tidak boleh memahami bahasa mereka satu sama lain yang pada mulanya satu.

Sindrom Menara Babel ini juga, menurut para sejarawan, mempengaruhi Nebuchadnezzar II membangun Taman Tergantung Babylon di kompleks istananya. Baginda membangun kompleks istana begitu megah, yang sekarang sisa-sisanya masih bisa dilihat, dan memerintah dengan tangan besi. Pada zaman Nebuchadnezzar II, yang memerintah pada tahun 605 SM-562 SM, Babylon mencapai masa keemasan.

Menara Babel dalam Kitab Kejadian

Menara Babel (Kitab Kejadian 11: 1-9)

  1. Maka seluruh dunia mempunyai satu bahasa dan pertuturan yang sama.
  2. Ketika manusia mengembara ke Timur, mereka terjumpa sebuah kawasan tanah lapang di Syinar dan menetap di sana.
  3. Maka mereka pun bercakap antara satu sama lain, "Ayuh, mari kita buat bata dan membakarnya dengan sempurna." Maka mereka menggunakan bata sebalik daripada batu, dan tar untuk mortar.
  4. Kemudian, mereka berkata, "Ayuh, mari kita bina bandar kita sendiri, dengan sebuah menara yang mencapai ke langit, supaya kita dapat mencipta nama untuk kita sendiri dan tidak terselerak ke merata dunia."
  5. Akan tetapi, Tuhan turun ke bumi dan melihat bandar dan menara yang manusia sedang bina.
  6. Maka kata-Nya, "Jika seseorang bercakap dalam satu bahasa dan ini yang mereka lakukan, maka tiada apa-apa pun yang mereka ingin lakukan ialah mustahil.
  7. Ayuh, mari Kita pergi ke bawah dan mengelirukan bahasa mereka supaya mereka tidak akan memahami antara satu sama lain."
  8. Maka Tuhan menyelerakkan manusia ke merata muka bumi, dan mereka berhenti membina bandar tersebut.
  9. Sejak itulah bandar tersebut diberi nama Babel, kerana dari situlah Tuhan mengelirukan bahasa dunia. Dan juga dari situlah Dia menyelerakkan manusia ke merata muka bumi.