Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khalidrizuan91 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Khalidrizuan91 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Building under construction|article}}
{{Infobox masjid
{{Infobox masjid
| nama masjid = Masjid Besi
| nama masjid = Masjid Besi

Semakan pada 05:18, 11 Oktober 2008

Masjid Besi
[[Fail:Masjid Keluli|260px]]
Masjid Besi dalam proses pembinaan
Maklumat am
Dibuka padaDisember 2008
StatusDalam pembinaan
Tempoh pembinaan± 4 tahun
Maklumat geografi
LokasiPresint 3, Putrajaya,
Malaysia Malaysia
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah20,000
Keluasan73,795 meter persegi (73,795 m²)
ArkitekKumpulan Senireka Sdn. Bhd.
KontraktorAhmad Zaki Resources Bhd.
Bahan binaanKeluli, konkrit kaca teguh
KosRM 180 juta (sekitar AS$ 47 juta)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Besi atau juga dikenali sebagai Masjid Keluli merupakan sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya. Masjid ini yang dibina pada bulan April 2004 dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2008 yang bakal menerima 20,000 orang terutama sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18. Masjid ini mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Pembinaan

Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.

Ciri keistimewaan

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit kaca teguh (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara.

Kemudahan

  • Ruang solat termsuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
  • Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
  • 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
  • Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
  • Dapur
  • Bilik orang kenamaan
  • Bilik penyelenggaraan
  • Bilik jenazah
  • Pejabat
  • Bilik kawalan audio visual
  • Ruang letak kereta bawah tanah