Norhafiz Zamani Misbah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zan husni~mswiki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zan husni~mswiki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18: Baris 18:
nationalyears = 2001-Sekarang|
nationalyears = 2001-Sekarang|
nationalteam = {{flagicon|Malaysia}} [[Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia|Malaysia]] |
nationalteam = {{flagicon|Malaysia}} [[Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia|Malaysia]] |
nationalcaps(goals) = 48 (2) |
nationalcaps(goals) = 49 (2) |
pcupdate = 31 Ogos, 2008 |
pcupdate = 31 Ogos, 2008 |
ntupdate = |
ntupdate = 10 Oktober, 2008|
}}
}}
'''[[Norhafiz Zamani Misbah]]''' ([[Tulisan Jawi|Jawi]]: ﻧﻮﺭﺣﺎﻓﻴﺬ زاﻣﺎﻧﻲ ﻣﻴﺳﺑﺎح lahir pada [[15 Julai]], [[1981]]) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk [[Pahang FA]] di [[Liga Super Malaysia]]. Dia merupakan anggota [[Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia]]. Dia juga merupakan bekas ketua pasukan Malaysia dan antara pemain pertahanan terbaik yang dimiliki Malaysia ketika ini.
'''[[Norhafiz Zamani Misbah]]''' ([[Tulisan Jawi|Jawi]]: ﻧﻮﺭﺣﺎﻓﻴﺬ زاﻣﺎﻧﻲ ﻣﻴﺳﺑﺎح lahir pada [[15 Julai]], [[1981]]) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk [[Pahang FA]] di [[Liga Super Malaysia]]. Dia merupakan anggota [[Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia]]. Dia juga merupakan bekas ketua pasukan Malaysia dan antara pemain pertahanan terbaik yang dimiliki Malaysia ketika ini.

Semakan pada 09:52, 11 Oktober 2008

Norhafiz Zamani Misbah
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Norhafiz Zamani Misbah
Ketinggian 172 cm (5 ka 8 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Pahang FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002-05
2006-Sekarang
Negeri Sembilan FA
Pahang FA
142 (5)
? (?)
Pasukan kebangsaan
2001-Sekarang Malaysia Malaysia 49 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Ogos, 2008
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Oktober, 2008

Norhafiz Zamani Misbah (Jawi: ﻧﻮﺭﺣﺎﻓﻴﺬ زاﻣﺎﻧﻲ ﻣﻴﺳﺑﺎح lahir pada 15 Julai, 1981) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Pahang FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan bekas ketua pasukan Malaysia dan antara pemain pertahanan terbaik yang dimiliki Malaysia ketika ini.

Kerjaya

Norhafiz memulakan kerjayanya sebagai pemain professional bersama Negeri Sembilan FA. Dia merupakan salah seorang pemain yang mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat perak di Sukan SEA 2001 selepas dikecewakan Thailand 0-1. Selepas berakhirnya Sukan SEA, Norhafiz kembali ke Negeri Sembilan FA dengan reputasi yang cukup besar sehingga seringkali dipanggil untuk mewakili pasukan Malaysia.

Norhafiz merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika menentang Brazil dan Manchester United. Dia juga mewakili Malaysia ketika kejohanana Piala Liga Perdana Inggeris Asia dimana Malaysia tewas 1-4 dan 0-4 kepada Chelsea F.C. dan Birmingham City F.C.. Selepas tamatnya perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat, jurulatih Birmingham City F.C. Steve Bruce ditanya siapakah pemain Malaysia yang menarik perhatiannya. Jawapannya Norhafiz Zamani Misbah.

Norhafiz kemudiannya berhijrah ke Pahang FA selepas menghabiskan musim yang gemilang bersama Negeri Sembilan FA. Dia mewakili Pahang FA dalam semua pertandingan seperti Liga Super dan Piala Kelab Bola Sepak ASEAN.

Pada tahun 2007, Norhafiz dipanggil untuk mewakili Malaysia ke Piala Asia dan dilantik sebagai ketua pasukan. Dia menyatakan rasa kecewanya terhadap persembahan memalukan Malaysia dalam kempen Piala Asia dan mencadangkan agar Malaysia perlu melaksanankan program berkesan untuk merealisasikan impian ke Piala Dunia pada 2018.

Pada tahun yang sama, Norhafiz dipanggil semula untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun kebangsaan selepas 3 tahun tidak mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia. Pada kejohanan ini, dia dan dua lagi pemain utama skuad Malaysia membentuk persefahaman mantap bersama pemain muda Malaysia sehingga berjaya merangkul kejuaraan Pesta Bola Merdeka selepas membenam Myanmar 3-1.

Pada tahun 2008, Norhafiz menyatakan hasratnnya untuk meninggalkan Pahang FA kerana mengalami kesukaran beraksi selepas rakan sepasukan Indra Putra Mahayuddin berhijrah ke Selangor.

Gol Antarabangsa

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 12 Oktober, 2003 Kuala Lumpur, Malaysia  Bahrain 2-2 Seri Kelayakan Piala Asia 2004
2. 23 Mac, 2007 Colombo, Sri Lanka  Sri Lanka 1-4 Menang Persahabatan

Pencapaian

  • Pingat Perak Sukan SEA 2001
  • Pingat Gangsa Sukan SEA 2003
  • Juara Piala FA Malaysia 2004

Pautan Luar