Basel I: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Ptbotgourou (bincang | sumb.)
k bot menambah: es:Basilea I
Baris 22: Baris 22:
[[Kategori:Perbincangan antarabangsa]]
[[Kategori:Perbincangan antarabangsa]]


[[id:Basel I]]
[[de:Basel I]]
[[de:Basel I]]
[[en:Basel I]]
[[en:Basel I]]
[[es:Basilea I]]
[[fr:Bâle I]]
[[fr:Bâle I]]
[[id:Basel I]]
[[it:Basilea I]]
[[it:Basilea I]]

Semakan pada 09:50, 19 Oktober 2008

Basel I adalah istilah yang merujuk kepada persidangan oleh bank-bank pusat seluruh dunia. Ia merupakan hasil Persefahaman Basel pertama, yang merupakan cadangan berkenaan peraturan dan undang-undang perbankan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank - (Basel Committee on Banking Supervision - BCBS). Pada tahun 1988, Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank (Basel Committee on Banking Supervision - BCBS) di Basel, Switzerland, menerbitkan set keperluan modal minima bagi bank-bank. Ia juga dikenali sebagai 1988 Basel Accord, dan dikuatkuasakan menurut perundangan bagi negara-negara Kumpulan Sepuluh (G-10) pada 1992, dengan bank Jepun membenarkan tambahan masa bagi tempoh peralihan. Basel I kini secara umumnya dianggap sudah lapuk, dan garis panduan yang lebih menyeluruh, dikenali sebagai Basel II kini sedang dilaksanakan di beberapa negara.

Latar belakang

Jawatankuasa Basel dibentuk sebagai tindak balas kepada masaalah kecairan tunai yang mendorong kepada kemuflisan bank yang diasaskan di Cologne pada 1974. Pada 26 Jun 1974, beberapa bank telah mengeluarkan Deutschmark kepada Bank Herstatt sebagai pertukaran bagi bayaran dollar yang dihantar di New York. Disebabkan perbezaan dalam zon waktu, terdapat jurang dalam bayaran dollar kepada bank pihak-lain (counter-party), dan semasa jurang ini, dan sebelum bayaran dollar sempat dilaksanakan di New York, Bank Herstatt telah di mansuhkan (liquidated) oleh pihak berkuasa Jerman.

Kejadian ini menyebabkan negara-negara G-10 untuk membentuk, Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank pada penghujung 1974, di bawah kelolaan Bank of International Settlements (BIS) yang terletak di Basel, Switzerland.

Rangka utama

Basel I, iaitu Persetujuan Basel 1988 tertumpu terutamanya pada risiko kredit. Harta bank dikelas dan dikelompok kepada lima kategori menurut risiko kredit, dengan beban risiko sifar (terutama bagi negara asal hutang sovereign), sepuluh, dua puluh, lima puluh, dan sehingga seratus peratus (kategori ini, sebagai contoh, merangkumi kebanyakan hutang korporate). Bank yang hadir dipasaran antarabangsa diperlukan untuk memegang modal (capital) yang bersamaan 8 % daripada beban risiko aset (risk-weighted assets).

Semenjak 1988, rangka kerja ini telah diperkenalkan secara berterusan dinegara ahli G-10, yang kini terdiri dari 13 negara, iaitu, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Luxemburg, Netherland, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan negara lain, kini berjumlah melebihi 100, turut menerima pakai, sekurang-kurangnya, mengaku, prinsip yang digambarkan di bawah Basel I. Keberkesanan perlaksanaannya adalah berbeza, walaupun di kalangan Kumpulan Sepuluh.

Rujukan