James Peter Ongkili: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Baris 16: Baris 16:
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1978]] Dr James bertanding di parlimen [[Tuaran]]. Beliau menang kerusi negeri [[Tamparuli]] dalam pilihan raya 1981 dengan majoriti 2,559 undi. Beliau terus menjadi Timbalan Ketua Menteri sehingga rombakan selepas pilihan raya pada April 1981.
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1978]] Dr James bertanding di parlimen [[Tuaran]]. Beliau menang kerusi negeri [[Tamparuli]] dalam pilihan raya 1981 dengan majoriti 2,559 undi. Beliau terus menjadi Timbalan Ketua Menteri sehingga rombakan selepas pilihan raya pada April 1981.


Dr James dilantik oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], Tun Dr [[Mahathir Mohamad pada]] sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri 2 Jun 1983. Selepas itu beliau tidak bertanding di DUN [[Tamparuli]]. Beliau dilantik sebagai Menteri Kehakiman dalam rombakan kabinet pada 14 Julai 1984.
Dr James dilantik oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Jun 1983. Selepas itu beliau tidak bertanding di DUN [[Tamparuli]]. Beliau dilantik sebagai Menteri Kehakiman dalam rombakan kabinet pada 14 Julai 1984.


Beliau bersara dari politik pada Julai 1986 dan tidak dicalonkan oleh parti Berjaya untuk [[parlimen]] [[Tuaran]] . Pada Mei 1988 beliau mengundurkan diri dari parti [[Berjaya]]. Pada Julai 1988 beliau mengasaskan [[Parti Rakyat Sabah]] (PRS) dan menjadi presiden pertama.
Beliau bersara dari politik pada Julai 1986 dan tidak dicalonkan oleh parti Berjaya untuk [[parlimen]] [[Tuaran]] . Pada Mei 1988 beliau mengundurkan diri dari parti [[Berjaya]]. Pada Julai 1988 beliau mengasaskan [[Parti Rakyat Sabah]] (PRS) dan menjadi presiden pertama.

Semakan pada 04:06, 29 Oktober 2008

Fail:James ongkili.jpg

Datuk Dr James Ongkili atau 'Joniston Bangkuai James Ongkili' merupakan bekas Menteri Kehakiman Malaysia dan Timbalan Ketua Menteri Sabah .

Biodata

Dr James dilahirkan pada 13 Mac 1939 di Tambunan, Sabah. Iaterinya Datin Margaret Ganduong (68) dan mempunyai 6 anak iaitu Dr David , Dr Jimmy, Judith, Julia, Paul Martin dan Mark Moses . Adiknya Datuk Dr Maximus Ongkili menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Semasa kecil beliau bersekolah di Sekolah St. Francis Xavier, Keningau .Kemudian menuntut di Sekolah Menengah La Salle Jesselton, Kota Kinabalu. Seterusnya belajar peringkat sarjana muda dan sarjana (MA BA-Hons) Universiti Queensland di Brisbane, Australia. Beliau mendapat Ph.D di Universiti Malaya setelah menulis tesis Nationalisme di Malaysia.

Selepas belajar, Dr James bekerja sebagai pegawai daerah di Kinabatangan dan Keningau pada 1967 dan 1968. Antara Januari 1969 - April 1976 beliau menjadi pensyarah di [Universiti Malaya]].

Politik

Pada April 1976, Dr James bertanding dan menang besar di kawasan Tamparuli atas tiket Berjaya . Oleh itu beliau dilantik serbagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 20 April 1976.

Dr James dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Industri dan Pembangunan Desa pada 17 Julai 1976. Dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran datuk oleh Sultan Pahang pada 23 Oktober 1976. Kemudian dilantik Timbalan Presiden Berjaya pada 18 Mac 1977.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 Dr James bertanding di parlimen Tuaran. Beliau menang kerusi negeri Tamparuli dalam pilihan raya 1981 dengan majoriti 2,559 undi. Beliau terus menjadi Timbalan Ketua Menteri sehingga rombakan selepas pilihan raya pada April 1981.

Dr James dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Jun 1983. Selepas itu beliau tidak bertanding di DUN Tamparuli. Beliau dilantik sebagai Menteri Kehakiman dalam rombakan kabinet pada 14 Julai 1984.

Beliau bersara dari politik pada Julai 1986 dan tidak dicalonkan oleh parti Berjaya untuk parlimen Tuaran . Pada Mei 1988 beliau mengundurkan diri dari parti Berjaya. Pada Julai 1988 beliau mengasaskan Parti Rakyat Sabah (PRS) dan menjadi presiden pertama.

Pada Julai 1990 beliau kalah bertanding di kerusi DUN Tamparuli atas tiket PRS . Beliau dikalahkan oleh Datuk Wilfred Bumburing dari Parti Bersatu Sabah (PBS yang dipimpin oleh pakciknya Datuk Joseph Pairin Kitingan. Pada 1 Ogos 1990 beliau mengumumkan berhenti menjadi presiden PRS dan arena politik tetapi menyertai Parti Bersatu Sabah pada Mac 1981 di kawasan Tamparuli .

Beliau menyumbang kepada penulisan prinsip Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia dan Wawasan 2020. Beliau merupakan nasionalis sebenar dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Dr James mengkaji sejarah negara , pembinaan negara Malaysia dan hubungan etnik. Dia banyak berfikir sebagai ahli politik agar hubungan toleransi terjalin antara etnik.

Bekas Setiausaha akhbar beliau, Almain Ajirul yang kini menjadi Pengarah Penerangan Sabah menganggap Dr James sebagai seorang yang bekerja kuat .

Meninggal dunia

Beliau menderita sakit dan menggunakan kerusi roda selama 10 tahun kerana masalah stroke peringkat 3.Bagi mengatasi penyakitnya , beliau mengambil 6 jenis ubat. Serangan stroke pertama berjaya diatasi. Serangan kedua dia masih boleh berjalan. Tetapi serangan ketiga beliau terus lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Mac ketika berusia 67 tahun. Upacara pengkebumian dijalan oleh Gereja St John , Tuaran pada 22 Mac dan dikebumikan di tapak perkuburan Bukit Aman, Jalan Kiulu, Tamparuli, Sabah.[1]

Rujukan