Sara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Niduzzi (bincang | sumb.)
k Filem Sara dipindahkan ke Sara
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot membetulkan templat {{filem}}
Baris 12: Baris 12:
bahasa=[[Bahasa Melayu]]|
bahasa=[[Bahasa Melayu]]|
negara={{flag|Malaysia}}|
negara={{flag|Malaysia}}|
filemkita=[http://www.filemkita.com/filem/s/sara_01.html Rujukan filemkita]|
filemkita=http://www.filemkita.com/filem/s/sara_01.html|
}}
}}



Semakan pada 15:43, 7 November 2008

Sara
PengarahAlong Kamaruddin
PenulisGunasegaran Subramaniam
Dihasilkan olehMaznita Mokhtar
DibintangiIda Nerina
Shamsul Ghau Ghau
Diedarkan olehTayangan Unggul Sdn Bhd
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Sara mula ditayangkan pada 28 Jun 2001. Penggambaran filem mengambil masa selama 50 hari. Rosyam Nor terpaksa menolak tawaran untuk berlakon watak Manaf kerana terlibat dengan tugas lain. Tempat beliau diambil alih oleh Shamsul Ghau Ghau. Nasha Aziz menjalani uji bakat untuk memegang watak Sara. Bagaimanapun Nasha didapati tidak bersesuaian untuk bergandingan dengan Shamsul Ghau Ghau. Para pelakon menjalani latihan di bawah bimbingan Fatimah Abu Bakar (pelakon teater) selama sebulan sebelum penggambaran dimulakan.

Sinopsis

Templat:Spoiler


Filem ini berkisar tentang masalah pembelian tanah di sebuah kampung di Tanjung Harapan. Manaf berasal dari kampung tersebut dan merupakan seorang lelaki yang ringkas tetapi berpendirian tegas. Manaf yang berpendidikan luar negara, pulang ke kampungnya setelah tamat pengajian. Tujuannya pulang ke kampung adalah kerana tidak mahu melihat orang-orang kampung 'disalahgunakan' oleh orang bandar. Manaf juga ada bakat mengukir dan sayangkan binatang. Dia kemudian membuka kolam memancing, mengusahakan chalet dan menjual ikan pekasam. Cerita ini seterusnya menemukan Manaf dengan Sara, seorang gadis lincah dan berpendidikan barat serta mempunyai ego tersendiri. Sara datang ke kampung tersebut untuk membeli tanah, maka bermulalah perkenalan Manaf dan Sara. Sara yang merasa tercabar dengan sikap degil Manaf yang enggan melepaskan tanah miliknya itu bersetuju mengahwini Manaf semata-mata inginkan tanah pusaka Manaf. Pergolakan timbul sebelum dan selepas berkahwin. Biarpun menjadi suami isteri, masing-masing melakukan hal sendiri. Dalam pergolakan itu berputik cinta di hati Sara.

Pelakon

  1. Ida Nerina (Sara)
  2. Shamsul Ghau Ghau (Manaf)
  3. Zahim Albakri (Johan)
  4. Hisham Ahmad Tajudin (Kassim)
  5. Zami Ismail (Pak Mat)
  6. Piee (Pak Bakar)
  7. Soosan Ho (Khaty)
  8. Siti Shahrizah (Rozita)
  9. Loloq (Salleh)
  10. Ropi Cecupak (Zahid)

Pengarah

  • Along Kamaruddin

Pencapaian

  1. Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
    1. Pengarah Harapan - Along Kamaruddin