Syukur 21: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
ArrazzazBot (bincang | sumb.) k Bot membetulkan templat {{filem}} |
||
Baris 12: | Baris 12: | ||
bahasa=[[Bahasa Melayu]]| |
bahasa=[[Bahasa Melayu]]| |
||
negara={{flag|Malaysia}}| |
negara={{flag|Malaysia}}| |
||
filemkita= |
filemkita=http://www.filemkita.com/filem/s/syukur21_01.html| |
||
}} |
}} |
||
Semakan pada 15:49, 7 November 2008
Syukur 21 | |
---|---|
Pengarah | Eddie Pak |
Penulis | Farihin Abdul Fatah (cerita) Eddie Pak (cerita) Zack Idris (lakon layar) |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | Kumpulan Raihan Mustapha Kamal Yassin (Brothers) |
Diedarkan oleh | Metrowealth Movies Production |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Syukur 21 ialah sebuah filem yang dilakonkan oleh Kumpulan Raihan. Antara lokasi penggambaran ialah Putrajaya, Cyberjaya, Jakarta, Surabaya dan Yogyakarta. Filem ini filem pertama menggunakan sistem bunyi SDDS di Malaysia.
Sinopsis
Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatarbelakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimedia itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.
Pelakon
- Nazrey (Raihan)
- Che Amran (Raihan)
- Abu Bakar (Raihan)
- Zairi (Raihan)
- Yassin (Brothers)
- Norzizi Zulkifli
- Eisya
- Mustapha Kamal
- Man Bai
- Umi Kalsum
- Mahyon Ismail
- Yang Kassim
- Ellie Suriaty
- Mazlan Ahmad
- Dharma Harun
- Rohimi Sobeng
- Ismadi Wakiri
- Rika Yulianty
Pengarah
- Eddie Pak
Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
- Skor Muzik Terbaik - Farihin Abdul Fatah
- Anugerah Khas Juri - Usaha menampilkan nilai-nilai murni