Hang Tuah (filem 1956): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot membetulkan templat {{filem}}
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 25: Baris 25:




Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya. Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya berlawan, Hang Tuah berjaya mendapatkan keris Taming Sari.
[[Hang Tuah]] dan empat orang kawannya: [[Hang Jebat]], Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di [[Gunung Ledang]]. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota [[Melaka]]. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya. Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya berlawan, Hang Tuah berjaya mendapatkan keris Taming Sari.


Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah mengamok dan menghuru-harakan Melaka.
Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke [[Pahang]] bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah mengamok dan menghuru-harakan Melaka.


==Pelakon==
==Pelakon==

Semakan pada 09:51, 12 November 2008

Rencana ini berkenaan dengan sebuah filem. Untuk kisah mengenai Hang Tuah, sila lihat: Hang Tuah.


Hang Tuah
PengarahPhani Majumdar
PenulisMC ff. Sheppard (cerita)
Phani Majumdar (lakon layar)
Buyong Adil (dialog)
Jamil Sulong (dialog)
Dihasilkan olehMalay Film Productions
DibintangiP. Ramlee
Saadiah
Ahmad Mahmud
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd.
Negara Singapura
BahasaBahasa Melayu

Filem Hang Tuah diterbitkan pada tahun 1956, dan dilakonkan oleh P. Ramlee sebagai Hang Tuah. Filem ini yang berasaskan kepada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ialah filem mengenai Hang Tuah yang paling berkesan dan tidak lari daripada fakta sebenar.

Ringkasan

Templat:Spoiler


Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya. Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya berlawan, Hang Tuah berjaya mendapatkan keris Taming Sari.

Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah mengamok dan menghuru-harakan Melaka.

Pelakon

  1. P. Ramlee (Hang Tuah)
  2. Saadiah(Melor)
  3. Ahmad Mahmud (Hang Jebat)
  4. Zaiton (Tun Teja)
  5. Haji Mahadi (Sultan Melaka)
  6. Daeng Idris (Dato' Bendahara)
  7. Yusof Latiff (Tun Mat)
  8. Nordin Ahmad (Hang Kasturi)
  9. S. Shamsuddin (Hang Lekir)
  10. Aziz Satar (Hang Lekiu)
  11. Hashim Nur (Adiputra)

Pencapaian

  1. Festival Filem Asia Pasifik ke-3, 1956 (Hong Kong)
    1. Penggubah Lagu Terbaik - P. Ramlee

Dialog

  1. "Burung nuri burung helang, tidak sama terbang tinggi, sekarang puteri berangkat pulang, bila pula berjumpa lagi?" - Hang Tuah
  2. "Kain buruk tepi perigi, dibuat orang pengesat belanga, esok kita berjumpa lagi, tunggulah Teja di taman bunga" - Tun Teja
  3. "Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!" - Hang Jebat
  4. "Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah" - Hang Jebat
  5. "Siapakah yang benar? Jebatkah benar, atau akukah benar?" - Hang Tuah

Lihat Juga