Ben 10: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khalidrizuan91 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Khalidrizuan91 (bincang | sumb.)
Baris 25: Baris 25:


== Plot ==
== Plot ==
Siri animasi ini mengisahkan [[Senarai watak-watak dalam Ben 10#Ben Tennyson|Ben Tennyson]], sepupunya [[Senarai watak-watak dalam Ben 10#Gwen Tennyson|Gwen]], dan datuk mereka iaitu [[Senarai watak-watak dalam Ben 10#Max Tennyson|Max]]. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Bagi menghilangkan kebosanannya, Ben merayau-rayau di hutan lalu terlihat sesuatu objek berupa [[meteor]] yang terbang menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah pod asing. Dalam pod terbabit, Ben terjumpa sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar [[Omnitrix]]. Alat itu melekat pada pergelangan tangannya dan memberinya kebolehan menukar bentuk menjadi pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia masih bermain-main dengan kuasanya itu.
Siri animasi ini mengisahkan [[Senarai watak-watak dalam Ben 10#Ben Tennyson|Ben Tennyson]], sepupunya [[Senarai watak-watak dalam Ben 10#Gwen Tennyson|Gwen]], dan datuk mereka iaitu [[Senarai watak-watak dalam Ben 10#Max Tennyson|Max]]. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Bagi menghilangkan kebosanannya, Ben merayau-rayau di hutan lalu terlihat sesuatu objek berupa [[meteor]] yang terbang menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah pod asing yang menpumyai sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar [[Omnitrix]] di dalamnya. Alat itu melekap pada pergelangan tangannya dan memberinya kebolehan menukar bentuk menjadi pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia masih bermain-main dengan kuasanya itu.


== Omnitrix ==
== Omnitrix ==

Semakan pada 05:45, 15 Disember 2008

Ben 10
Ben 10 Show Logo
FormatAnimasi / Aksi
PenciptaDuncan Rouleau
Joe Casey
Joe Kelly
Steven T. Seagle
Pelakon suara
Tara Strong
Dee Bradley Baker
Fred Tatasciore
Jim Ward
Meagan Smith
Paul Eiding
Richard McGonagle
Richard Steven Horvitz
Steven Jay Blum
Penggubah lagu tema
Andy Sturmer
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan musim4
Bilangan episod49
Penerbitan
Penerbit eksekutifSam Register
Mark Burton
Tempoh siaran22 minit
Syarikat pengedaran
Warner Bros. Village Roadshow Pictures
Penyiaran
Saluran asalCartoon Network
Siaran asal27 Disember 200515 April 2008
Kronologi
Diikuti olehBen 10: Alien Force
Pautan luar
Laman sesawang

Ben 10 ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat rekaan kumpulan "Man of Action" (yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly dan Steven T. Seagle) terbitan Cartoon Network Studios.

Plot

Siri animasi ini mengisahkan Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka iaitu Max. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Bagi menghilangkan kebosanannya, Ben merayau-rayau di hutan lalu terlihat sesuatu objek berupa meteor yang terbang menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah pod asing yang menpumyai sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar Omnitrix di dalamnya. Alat itu melekap pada pergelangan tangannya dan memberinya kebolehan menukar bentuk menjadi pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia masih bermain-main dengan kuasanya itu.

Omnitrix

Omnitrix.

Tumpuan utama siri ini ialah Omnitrix, sebuah perkakasan asing berupa jam tangan yang ditemui Ben pada awal siri. Dengan menggunakan alat ini, Ben boleh bertukar menjadi beberapa bentuk makhluk asing untuk melawan pelbagai penjahat dalam siri ini. Omnitrix berfungsi dengan menggabungkan DNA makhluk asing dengan DNA Ben, lalu menukarkannya menjadi makhluk pilihannya selama sepuluh minit, selepas itu pulih kepada rupa asal. Seperti yang diterangkan dalam Ben 10: Race Against Time, had masa ini bertujuan untuk menghalang DNA makhluk asing dari menguasai penggunanya.

Untuk mengelakkan sesiapa mencuri Omnitrix dari Ben, Omnitrix itu disifatkan agak sukar ditanggal, seolah-olah berpadu dengan kulit Ben. Lebih-lebih lagi, jikalau seseorang cuba menanggalkannya, alat itu menghasilkan ledakan tenaga untuk menghindarkannya.

Filem

Dua filem Ben 10 telah dikeluarkan pada masa-masa berlainan pada tahun 2007 dan 2008. Filem pertama ialah cetera animasi pertama berjudul Secret of the Omnitrix, di mana Omnitrix disetkan untuk musnah sendiri secara tidak sengaja dan Ben mesti mencari pencipta alat itu untuk menghentikannya. Filem ini disiarkan pada 10 Ogos 2007. [1] Dua versi berlainan yang menampakkan perbezaan dari keluaran asal masing-masing dikeluarkan pada 1 September 2007 dan 20 Oktober 2007.

Filem kedua ialah filem lakonan hidup berjudul Ben 10: Race Against Time[2] yang disiarkan pada 21 November 2007. Plotnya mengisahkan Ben, Gwen dan Max kembali ke tempat asal mereka di Bellwood dan cuba kembali menjalani kehidupan 'normal'. Malangnya, hidup mereka diganggu oleh seekor makhluk asing bergelar Eon yang mempunyai hubungkait dengan Omnitrix. Race Against Time ditayangkan buat julung kali di Cartoon Network pada 21 November 2007. Filem ini diarah oleh Alex Winter.[3]

Rujukan

  1. ^ "CN Upfront: "Ben 10" Live Action and Animated Movies In Production-UPDATED". Dicapai pada 2007-10-25.
  2. ^ "TZ @ SDCC: 3 Versions of "Ben 10" Animated Movie, Plot of Live Action Movie (Updated)". Dicapai pada 2007-10-25.
  3. ^ "CN Upfront: 2007 Overview". Dicapai pada 2007-10-25.

Pautan luar

Templat:Cartoon Network Original Series