Ulquiorra Schiffer: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
StigBot (bincang | sumb.)
AlleborgoBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: fr:Ulquiorra Schiffer
Baris 53: Baris 53:
[[en:List of hollows in Bleach#Espada]]
[[en:List of hollows in Bleach#Espada]]
[[es:Ulquiorra Schiffer]]
[[es:Ulquiorra Schiffer]]
[[fr:Ulquiorra Schiffer]]
[[it:Ulquiorra Schiffer]]
[[it:Ulquiorra Schiffer]]
[[pt:Ulquiorra Schiffer]]
[[pt:Ulquiorra Schiffer]]

Semakan pada 17:42, 15 Disember 2008

Watak Bleach
Ulquiorra Schiffer
Peranan Espada ke-4 dalam tentera Aizen Sōsuke
Zanpakutō Tidak diketahui
Seiyū Daisuke Namikawa
Pelakon suara latar Steven Jay Blum (juga dalam Shattered Blade)

Ulquiorra Schiffer (Jepun: ウルキオラ・シファー, Hepburn: Urukiora Shifā) ialah seorang watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach yang dicipta oleh Tite Kubo. Dia tergolong dalam golongan arrancar dalam tentera Aizen Sōsuke, dan merupakan Espada ke-4.[1] Dalam bancian terkini Shonen Jump, dia berkedudukan ke-10, dibelakang Kira Izuru dengan 101 buah undi.

Watak dan perwatakan

Ulquiorra ialah arrancar lelaki dengan rupa yang melankolik dan memiliki mata berwarna hijau dengan pupil yang bercelah. Dia mempunyai garisan berwarna biru kehijau-hijauan[2][3] yang membentuk garisan daripada matanya hingga ke pipinya, membuatnya kelihatan seperti sedang menangis dan sentiasa bermuram. Dia memakai pakaian tradisional arrancar: jaket putih, tali pinggang hitam bersama-sama hakama berwarna putih; namun, jaketnya mempunyai ekor kot yang lebih panjang daripada biasa. Seperti kebanyakan arrancar yang lain, dia memiliki tinggalan topeng hollownya pada tubuhnya. Dalam kemunculan pertamanya, lubang hollow Ulquiorra terletak di belakang tengkuknya, namun apabila Ichigo bertemu dengannya di Las Noches, lubangnya terletak pula di dadanya.[4][5] Peninggalan topeng hollow Ulquiorra hanya terdapat di atas kepalanya, membentuk sebuah helmet yang telah retak, seperti contoh bayang-bayang seorang vasto lorde. Tatu nombor Espada Ulquiorra iaitu nombor empat yang menandakan pangkat serta tahap kekuatannya, terdapat di sebelah kiri dadanya.[1]

Ulquiorra ialah seseorang yang bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan, ditunjukkan apabila dia memukul rakannya Yammy di perutnya untuk mendapatkan perhatian. Selain itu, Ulquiorra tidak menunjukkan sebarang minat dalam bahagian yang genting apabila bertarung, "menyimpan" tangannya di dalam saku seluarnya apabila dia berlawan. Dia juga menganggap sesiapa sahaja yang tidak menarik minatnya sebagai "sampah", justeru mereka ini "boleh dikorbankan" tanpa sebarang kebimbangan.[6] Seperti yang dikatakan oleh Grimmjow Jeagerjaques, Ulquiorra mempunyai tabiat menikam musuhnya di kawasan di mana lubang hollownya wujud, bila-bila sahaja dia berasa berminat di dalam sesebuah pertarungan.[7]

Ulquiorra juga cekap menganalisis; dalam kunjungannya yang pertama bersama-sama Yammy ke dunia manusia, dia melakukan beberapa komen terhadap manusia yang bersemuka dengan mereka. Dia memberi teorinya iaitu kuasa penyembuhan Inoue Orihime ialah sejenis kebolehan ruang-masa, yang dijelaskan oleh Aizen sebagai "menolak takdir,"[8] dan memberi komen ke atas bankai milik Kurosaki Ichigo dan bagaimana bankainya mampu menembusi pertahanan Yammy. Dia juga mengatakan tentang kekuatan semangat Ichigo yang kian turun dan naik, yang kadang-kala sangat lemah dan adakalanya lebih tinggi berbanding kuasanya sendiri.[9]

Dilihat bahawa Ulquiorra dan Grimmjow, Espada ke-6, tidak bersehaluan. Apabila Ulquiorra membenarkan Yammy untuk membunuh sesiapa sahaja yang dianggapnya sebagai "sampah", termasuklah Ichigo, Ulquiorra telah membenarkannya hidup kerana dia percaya kuasa Ichigo adalah teramat berkuasa sehingga akan datang masanya suatu hari nanti di mana Ichigo akan menghancurkan dirinya sendiri.[10] Tanggapan Grimmjow adalah tidak serupa dengan tanggapan Ulquiorra, di mana dia berkata bahawa Ichigo sepatutnya telah dihapuskan pada waktu itu kerana, suatu masa nanti, dia akan mampu mengatasi kelemahannya dan menjadi lebih kuat. Akan tetapi, Aizen lebih mempercayai tanggapan Ulquiorra.[11] Percanggahan pendapat di antara Ulquiorra dan Grimmjow ini akhirnya telah mengakibatkan Grimmjow sendiri "mengesahkan" serangan haram ke atas dunia sebenar.

Sinopsis

Ulquiorra mula-mula muncul bersama-sama Yammy apabila mereka muncul di Bandar Karakura untuk mendapatkan maklumat tentang Kurosaki Ichigo. Ulquiorra telah kembali ke Hueco Mundo bersama-sama Yammy setelah dia selesai memeriksa kebolehan Ichigo serta mengenalpasti kuasa Inoue Orihime yang mampu memanipulasi takdir. Sebulan selepas kejadian ini, Ulquiorra telah menghantar sekumpulan arrancar, kumpulan kedua (tidak mengambil kira kumpulan yang dihantar Grimmjow Jeagerjaques) yang terdiri daripada beberapa Espada, yang berperanan mengganggu tumpuan golongan shinigami sambil dirinya menculik Orihime. Ulquiorra menggertak Orihime dengan mengancam nyawa rakan-rakannya, lalu menyakinkan gadis tersebut supaya mematuhi arahannya secara aman, membenarkan Orihime mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahaja sebelum dia meninggalkan dunianya.

Sesudah kembalinya Ulquiorra ke Las Noches, dia mengatakan bahawa dia telah mengunci Orihime di dalam sebuah penjara psikologi di mana ketaatannya kepada Aizen adalah dijamin,[12] namun ini telah dibuktikan salah kerana Orihime berputus untuk menghancurkan rancangan Aizen. Setelah Chad ditewaskan dengan mudah oleh Nnoitra, Ulquiorra muncul di penjara Orihime, dan cuba untuk memberinya makanan. Orihime, sebaliknya, bersedih di atas kekalahan Chad. Berasa kecewa dan hampa, Ulquiorra memberitahu Orihime bahawa setiap satu daripada rakannya akan, lama-kelamaannya, menemui maut mereka di tangan Espada, dan Orihime tidak sepatutnya berasa terkejut di atas kematian salah satu daripada rakannya. Orihime membalas kata-kata Ulquiorra dengan tamparan yang kuat ke pipi Espada itu. Ulquiorra tercegat buat beberapa ketika, lalu terus meninggalkan bilik Orihime dan mengingatkannya supaya menghabiskan makanannya dalam masa satu jam, jika tidak dia akan memaksanya menelan makanan tersebut.

Ulquiorra kemudiannya muncul semula untuk menentang Ichigo, yang berakhir dengan kemenangan untuk dirinya. Walaubagaimanapun, Ichigo telah berjaya memaksa Ulquiorra menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menghentikan serangan kebolehan zanpakutōnya, walaupun percubaan Ulquiorra ini gagal dan dirinya dibinasakan sedikit oleh serangan tersebut. Dia meninggalkan Ichigo dalam keadaan separuh sedar, mencadangkan kepadanya supaya melarikan diri jika dia mampu. Selepas mendapat tahu bahawa Grimmjow telah membebaskan Orihime, Ulquiorra telah mencari mereka dan telah bertarung dengan Grimmjow buat suatu masa yang singkat, berakhir dengan Grimmjow menggunakan medan Caja Negación untuk memerangkap Ulquiorra buat sementara waktu.[13]

Kuasa

Ulquiorra merupakan Espada Cuatro, bermakna dia berkedudukan nombor empat dari segi kekuatan dalam tentera Aizen.[14] Dia mampu menggunakan cero dan juga tembakan bala; dilihat berwarna hijau, dan Ulquiorra mampu menepis serangan ini menggunakan tangannya.[15] Dia juga mampu menggunakan garganta untuk bergerak dari dan ke Hueco Mundo.

Ulquiorra mempunyai kebolehan luar biasa di mana dia mampu menunjukkan semula kejadian yang pernah disaksikannya kepada orang lain dengan mengeluarkan dan menghancurkan biji mata kirinya, yang akan bertukar menjadi debu dan mengalir ke arah mereka yang dipilih Ulquiorra untuk melihat sesuatu kejadian itu. Debu ini menunjukkan imej-imej yang pernah dilihat Ulquiorra dalam misi-misinya.[16] Mata kirinya ini boleh tumbuh semula, kerana Ulquiorra dilihat seperti keadaan biasa kembali dalam kemunculan seterusnya, dan dibicarakan oleh Yammy akan kesannya.[17]

Zanpakutō

Nama serta bentuk lepasan zanpakutō Ulquiorra belum lagi didedahkan, kerana dia tidak pernah dilihat menggunakannya, sebaliknya bergantung kepada tangannya dan kulitnya yang kebal. Bahagian pemegang pedangnya berwarna hijau dan kelihatan seperti satu belah organ mata.

Kemunculan dalam media lain

Ulquiorra merupakan arrancar yang pertama untuk diperkenalkan di dalam sebuah permainan video Bleach, di mana dia telah muncul dalam judul-judul Bleach: Heat the Soul 3 dan Bleach: Heat the Soul 4 untuk PlayStation Portable. Dia juga muncul di dalam judul berlawan Wii iaitu Bleach: Shattered Blade dan judul PS2 Bleach: Blade Battlers 2nd. Dia juga mempunyai kameo dan lakaran dalam Bleach DS 2nd: Kokui Hirameku Requiem.

Ulquiorra memiliki album wataknya sendiri, sebahagian daripada 'Bleach Beat Collection Sesi Ke-3". Lagu-lagu vokalnya termasuklah CRUSH the "WORLD" DowN dan Our World.

Rujukan

  1. ^ a b Manga Bleach; bab 271, halaman 16.
  2. ^ Manga Bleach; bab 255, halaman 03.
  3. ^ Manga Bleach; bab 278, halaman 01.
  4. ^ Manga Bleach; bab 190, halaman 19
  5. ^ Manga Bleach; bab 272, halaman 02
  6. ^ Manga Bleach; bab 191, halaman 16
  7. ^ Manga Bleach; bab 277, halaman 13.
  8. ^ Manga Bleach; bab 240, halaman 13
  9. ^ Manga Bleach; bab 193, halaman 21
  10. ^ Manga Bleach; bab 198, halaman 7
  11. ^ Manga Bleach; bab 198, halaman 8.
  12. ^ Manga Bleach; bab 249, halaman 8
  13. ^ Manga Bleach; bab 278, halaman 15.
  14. ^ Manga Bleach; bab 271, halaman 17
  15. ^ Manga Bleach; bab 194, halaman 14.
  16. ^ Manga Bleach; bab 198, halaman 1
  17. ^ Manga Bleach; bab 229, halaman 2