Perbadanan Televisyen Singapura: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Kelly Ho (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 23: Baris 23:
* [http://www.youtube.com/watch?v=xW0XRD1o2Ew&feature=related Ident stesen TCS8]
* [http://www.youtube.com/watch?v=xW0XRD1o2Ew&feature=related Ident stesen TCS8]


[[Kategori:Televisyen Singapura]]
[[Kategori:Penyiaran di Singapura]]


[[en:Television Corporation of Singapore]]
[[en:Television Corporation of Singapore]]

Semakan pada 01:23, 6 Januari 2009

Fail:Tcs small low.jpg
Logo TCS

Perbadanan Televisyen Singapura (Inggeris: Television Corporation of Singapore) atau TCS adalah sebuah stesen televisyen di Singapura yang wujud dari penswastaan penuh stesen Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC). Selepas 2001, ia dikenali sebagai MediaCorp TV.

Apabila SBC diswastakan pada 1994, ia dipecahkan kepada tiga syarikat di bawah naungan SIM Group of Companies. TCS mengambil alih bidang penyiaran televisyen dari SBC, RCS atau Radio Corporation of Singapore mengambil alih bidang penyiaran radio sementara TV12 mengoperasi Saluran 12.

Pada 1995, Saluran 5 dan 8 memulakan transmisi 24-jam, dan 2 saluran baru dicipta dari Saluran 12: Prime 12 dan Premiere 12. Saluran 8 menggugurkan rancangan bahasa Tamil dari salurannya dan dipindahkan ke Prime 12. Buat pertama kali dalam sejarah penyiaran Singapura, wujud 4 saluran televisyen yang menyiarkan rancangan dalam keempat-empat bahasa rasmi Singapura.

TCS dinamakan "Penyiar Terbaik" di Asian Television Awards pada 1996 yang dimenanginya selama 5 tahun berturut-turut. Pada tahun itu juga, TV12 menjadi Singapore Television Twelve (STV12). STV12 menghasilkan sebuah sitkom Tamil pertama di dunia, Amali Thumali, yang ditayangkan di Prime 12 dan juga mengeluarkan sebuah siri beranimasi, Jo Kilat dalam bahasa Melayu pada 1998.

Pada 1999, selepas penyusunan semula syarikat SIM Group of Companies, stesen-stesen TCS mengalami rombakan. STV12 mengalami perubahan yang besar dengan terciptanya 2 saluran baru: Suria yang menggantikan Prime 12 sebagai saluran hiburan khusus untuk masyarakat Melayu dan Central yang menggantikan Premiere 12. Siaran-siaran di Central dibahagikan kepada tiga mengikut jadual masa seperti berikut:

  • Kids Central – menyiarkan rancangan kanak-kanak (disiarkan pada waktu pagi)
  • Arts Central – menyiarkan dokumentari dan juga rancangan-rancangan yang berkaitan dengan seni (disiarkan pada waktu petang dan malam)
  • Vasantham Central – menyiarkan rancangan-rancangan dalam bahasa Tamil (disiarkan pada waktu malam)

Pada 1999 juga, TCS telah melancarkan Channel NewsAsia sebuah saluran yang menyiarkan berita sepanjang hari. Pada 2000, TCS melancarkan saluran SportCity yang menayangkan rancangan-rancangan sukan. SportsCity kemudiannya diubah nama kepada CityTv pada 2001 yang menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih bervariasi selain daripada sukan tetapi ditutup pada 2002 disebabkan kegawatan ekonomi dan juga masalah kurang penonton.

Pada 2004 MediaCorp TV bergabung dengan SPH MediaWorks yang mengendalikan dua saluran iaitu Channel i, saluran berbahasa Inggeris dan Channel U, saluran berbahasa Mandarin. Melalui penggabungan ini MediaCorp TV menjadi MediaCorp TV Holdings dengan pegangan 80% untuk MediaCorp dan 20% untuk SPH MediaWorks. Dua saluran kendalian SPH MediaWorks pula diambil alih oleh MediaCorp. Pada 1 January 2005 Channel i ditamatkan operasinya kerana pasaran program berbahasa Inggeris yang kecil di Singapura manakala Channel U kekal bersiaran sehingga kini.

Menjelang suku keempat 2008 MediaCorp TV12 akan melancarkan satu lagi saluran terbaru dikenali sebagai Vasantham khusus untuk masyarakat India. Ia adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat India di Singapura untuk menonton rancangan dan program-program India selama lebih 8 jam setiap hari. Manakala saluran Central dikhususkan untuk kanak-kanak sahaja dan juga untuk dewasa melalui Arts Central.

Pautan luar