Peluru berpandu krus: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zamwan (bincang | sumb.)
Sejarah
Zamwan (bincang | sumb.)
k Peluru berpandu kruis dipindahkan ke Peluru berpandu krus menerusi pelencongan: ikut kamus DBP
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 02:56, 16 Januari 2009

Peluru berpandu kruis Tomahawk.

Peluru berpandu kruis (atau kadang kala dipanggil sebagai peluru berpandu peronda atau peluncur) merupakan sebuah peluru berpandu yang menggunakan sayap pengapung dan biasanya sistem tujahan jet untuk mengekalkan penerbangan. Peluru berpandu kruis secara prinsipnya merupakan sebuah pesawat udara tanpa pemandu. Ia biasanya direka untuk membawa kepala peledak nuklear atau sejumlah besar bahan letupan konvensional sejauh beratus-ratus kilometer dengan tepat.

Pada 2005, peluru berpandu kruis biasanya meluncur pada kelajuan sub-sonik, pemanduan-sendiri dan terbang pada aras rendah bagi mengelakkan daripada dikesan oleh radar. Pembangunan terkini peluru berpandu kruis oleh India dan Rusia yang dinamakan BRAHMOS (sempena sungai Brahmaputra di India dan sungai Moscow di Rusia) merupakan sebuah peluru berpandu kruis berkelajuan supersonik dan mempunyai kadar ketepatan yang tinggi. BRAHMOS dipercayai adalah sebuah peluru berpandu supersonik yang paling tepat di dunia dan ia boleh dilancarkan dari udara, laut atau darat.

Sejarah

Sejarah pembangunan peluru berpandu kruis bermula apabila Jerman telah membangunkan peluru berpandu V1 semasa Perang Dunia II. Meskipun peluru berpandu V1 berjaya dipintas, ini tidak menjadikan konsep peluru berpandu kruis telah gagal. Selepas perang, Amerika Syarikat telah meletakkan sejumlah kecil peluru berpandu kruis nuklear di Jerman. Penyelidikan berterusan bagi versi jarak lebih jauh dan lebih pantas kemudian menghasilkan Navaho buatan Amerika Syarikat, manakala Kesatuan Soviet pula telah mengeluarkan Burya dan Buran. Bagaimanapun, konsep penggunaan peluru berpandu kruis jarak jauh dibatalkan apabila peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) telah dibangunkan. Selepas itu, negara seperti Amerika Syarikat lebih banyak memberi tumpuan bagi membangunkan peluru berpandu kruis jarak dekat seperti peluru berpandu Tomahawk.

Pautan luar