Hilir Perak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
== Lokasi ==
== Lokasi ==
Daerah Hilir Perak terletak di selatan Negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan Sungai Bernam dan Sabak Bernam, Selangor di sebelah selatannya dan Selat Melaka di sebelah Barat. Ianya juga bersempadan dengan daerah-daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan Perak Tengah dan Manjung di sebelah Utara dan Barat Lautnya.
Daerah Hilir Perak terletak di selatan [[Negeri Perak|Negeri Perak Darul Ridzuan]] bersempadan dengan Sungai Bernam dan Sabak Bernam, [[Selangor]] di sebelah selatannya dan [[Selat Melaka]] di sebelah Barat. Ianya juga bersempadan dengan daerah-daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan [[Perak Tengah]] dan [[Manjung]]] di sebelah Utara dan Barat Lautnya.
== Keluasan ==
== Keluasan ==
Luas Hilir Perak ialah 166,306 Ha (415,766 Ekar) iaitu keenam dari segi keluasan kawasan daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan
Luas Hilir Perak ialah 166,306 Ha (415,766 Ekar) iaitu keenam dari segi keluasan kawasan daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan

Semakan pada 07:04, 28 Januari 2006

Lokasi

Daerah Hilir Perak terletak di selatan Negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan Sungai Bernam dan Sabak Bernam, Selangor di sebelah selatannya dan Selat Melaka di sebelah Barat. Ianya juga bersempadan dengan daerah-daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan Perak Tengah dan Manjung] di sebelah Utara dan Barat Lautnya.

Keluasan

Luas Hilir Perak ialah 166,306 Ha (415,766 Ekar) iaitu keenam dari segi keluasan kawasan daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan

Mukim

Hilir Perak terbahagi kepada sembilan buah mukim :

  • Mukim Bagan Datoh
  • Mukim Rungkup
  • Mukim Hutan Melintang
  • Mukim Teluk Bharu
  • Mukim Sungai Durian
  • Mukim Durian Sebatang
  • Mukim Changkat Jong
  • Mukim Sungai Manik
  • Mukim Labu Kubong

Guna Tanah

Keluasan tanah yang diusahakan untuk pertanian ialah seluas 127,000 Hektar yang merupakan 77% daripada keseluruhan luas kawasan Daerah Hilir Perak. Daripada luas kawasan tersebut, seluas 75,600 Hektar atau 59.5% adalah kepunyaan Estet manakala 51,400 Hektar adalah kepunyaan pekebun kecil. Daerah Hilir Perak merupakan kawasan terbesar yang ditanam dengan Kelapa Sawit dan Koko/Kelapa iaitu masing-masing 65.5%, 15.2% dan Kelapa Kelapa seluas 8%.

Penduduk

Dalam tahun 1991, Daerah Hilir Perak mempunyai sebanyak 203,020 penduduk tetapi bancian 2000 menunjukkan bahawa penduduk Hilir Perak telah kurang sebanyak 5,941 iaitu 196,098. Ini mungkin disebabkan berlakunya penhijrahan keluar dari daerah untuk mencari kerja.

Mukim Durian Sebatang, Hutan Melintang dan Changkat Jong mengalami pertambahan penduduk seramai 25% terdapat di kawasan bandar sementara 75% tinggal di luar bandar . Ini kerana mukim ini banyak peluang pekerjaan.


Pusat pentadbiran

Teluk Intan merupakan pusat pentadbiran daerah Hilir Perak. Lebih 50 buah jabatan-jabatan kerajaan dan berkanun yang dianggotai lebih kurang 7,500 orang kakitangan bertempat di Teluk Intan.

Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak

Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, merupakan nadi Pusat Pentadbiran Daerah yang bertanggungjawab keseluruhannya dalam hal-hal pentadbiran am daerah, perayaan-perayaan rasmi, perancangan dan penyelarasan projek-projek pembangunan, perlaksanaan projek-projek pembangunan luar bandar dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tanah.


Pentadbir utama daerah adalah Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) yang menyelaraskan perancangan, pengesanan dan perlaksanaan projek-projek bagi keseluruhan daerah.

Pegawai Daerah dibantu oleh :

  • Ketua-Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Dan Tanah)
  • Penolong-Penolong Pegawai Di Pejabat Daerah Dan Tanah.
  • Setiausaha Majlis.

Pegawai Daerah juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah untuk memastikan masyarakat dapat hidup dalam aman dan sejahtera. Disamping itu beliau dibantu oleh Ketua Polis Daerah Dan Setiausaha Keselamatan Daerah.


Pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah dibahagi kepada :

  • Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
  • Bahagian Pembangunan Luar Bandar
  • Bahagian Pentadbiran Tanah.

Bilangan kampung mengikut mukim di Hilir Perak

  • 9 Mukim Bagan Datoh
  • 16 Mukim Rungkup
  • 13 Mukim Hutan Melintang
  • 8 Mukim Teluk Bharu
  • 6 Mukim Sungai Durian
  • 9 Mukim Durian Sebatang
  • 4 Mukim Changkat Jong
  • 18 Mukim Sungai Manik
  • 16 Mukim Labu Kubong