Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Malekhanif (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Aurora
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7: Baris 7:


Selain menjadi pengerusi Kumpulan Perindustrian Melewar, baginda juga mempunyai jawatan yang sama dalam MAA Holdings, Georgetown Holdings dan Datuk Keramat Holdings.
Selain menjadi pengerusi Kumpulan Perindustrian Melewar, baginda juga mempunyai jawatan yang sama dalam MAA Holdings, Georgetown Holdings dan Datuk Keramat Holdings.

==Melawat Israel==
Selaku ahli perniagaan terkenal dan bertaraf antarabangsa, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah melawat negara Israel pada bulan Jun 1994. Berita lawatan ini disiarkan dalam [[Utusan Malaysia]] dan mengejutkan ramai pihak kerana pasport Malaysia melarang rakyatnya melawat Israel. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Wartawan Utusan Malaysia iaitu [[Astora Jabat]] juga pernah pergi ke [[Baitul Maqdis]], [[Israel]] tetapi beliau rakyat [[selatan Thailand].


== Kemangkatan ==
== Kemangkatan ==
Jenazah Tunku Abdullah telah mangkat pada [[20 Ogos]] [[2008]] di sebuah klinik di [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] (KLIA). Baginda dikatakan baru sampai di KLIA dari [[London]] dan mengalami sesak nafas, lalu dikejarkan ke klinik tempat baginda disahkan mangkat pada kira-kira pukul 9.20 pagi.
Jenazah Tunku Abdullah telah mangkat pada [[20 Ogos]] [[2008]] di sebuah klinik di [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] (KLIA). Baginda dikatakan baru sampai di KLIA dari [[London]] dan mengalami sesak nafas, lalu dikejarkan ke klinik tempat baginda disahkan mangkat pada kira-kira pukul 9.20 pagi.


Jenazah Tunku Abdullah tiba di Bandar Diraja Seri Menanti pada 4.45 petang dari kediamannya di [[Kuala Lumpur]], kemudian disembahyangkan di Istana Besar Seri Menanti sebelum dibawa ke makam diraja, dengan penuh istiadat dan kebesaran sebelum disemadikan bersebelahan makam kekandanya, [[Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tunku Munawir]] di Makam Diraja Seri Menanti, [[Kuala Pilah]] pada pukul 6.45 petang.
Jenazah Tunku Abdullah tiba di Bandar Diraja [[Seri Menanti]] pada 4.45 petang dari kediamannya di [[Kuala Lumpur]], kemudian disembahyangkan di [[Istana Besar Seri Menanti]] sebelum dibawa ke makam diraja, dengan penuh istiadat dan kebesaran sebelum disemadikan bersebelahan makam kekandanya, [[Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tunku Munawir]] di Makam Diraja Seri Menanti, [[Kuala Pilah]] pada pukul 6.45 petang.


{{Kehidupan|1925|2008|}}
{{Kehidupan|1925|2008|}}

Semakan pada 19:20, 28 Januari 2009

Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (2 Mei 1925 - 20 Ogos 2008) merupakan adinda kepada Tuanku Ja'afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10. Baginda juga merupakan putera kedua daripada perkahwinan antara Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong pertama bersama Che Maimunah dan diputerakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Baginda turut dikenali dengan nama gelaran "Charlie".

Kehidupan

Tunku Abdullah mengahwini Tunku Zaharah Tunku Zakaria pada tahun 1946, Che Engku Ho Yuzin pada tahun 1959, Che Engku Khatijah pada tahun 1966, Che Engku Chesterina pada tahun 1973, Che Engku Maimunah pada tahun 1991 dan Che Engku Rozeeta pada tahun 1997. Perkahwinan baginda dikatakan perkahwinan muhibbah kerana mengahwini dua orang Melayu, seorang Cina, seorang Kaukasia, seoang Jepun dan seorang Eurasia. Ho Yuzin merupakan orang Cina manakala nama asal Che Khatijah ialah Kathryn Heather Barbara Martin, Chesterina Sim Zecha pula orang Eurasia dan nama Jepun Maimunah ialah Yuko Shima. Baginda mempunyai sembilan orang anak.

Tunku Abdullah menamatkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Glasgow dan mempunyai diploma dalam agrikultur dari Universiti Miyazaki di Jepun. Baginda pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 10 tahun sebelum baginda memasuki bidang politik sebagai ahli Parlimen Rawang dari 1964 hingga 1974.

Selain menjadi pengerusi Kumpulan Perindustrian Melewar, baginda juga mempunyai jawatan yang sama dalam MAA Holdings, Georgetown Holdings dan Datuk Keramat Holdings.

Melawat Israel

Selaku ahli perniagaan terkenal dan bertaraf antarabangsa, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah melawat negara Israel pada bulan Jun 1994. Berita lawatan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak kerana pasport Malaysia melarang rakyatnya melawat Israel. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Wartawan Utusan Malaysia iaitu Astora Jabat juga pernah pergi ke Baitul Maqdis, Israel tetapi beliau rakyat [[selatan Thailand].

Kemangkatan

Jenazah Tunku Abdullah telah mangkat pada 20 Ogos 2008 di sebuah klinik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Baginda dikatakan baru sampai di KLIA dari London dan mengalami sesak nafas, lalu dikejarkan ke klinik tempat baginda disahkan mangkat pada kira-kira pukul 9.20 pagi.

Jenazah Tunku Abdullah tiba di Bandar Diraja Seri Menanti pada 4.45 petang dari kediamannya di Kuala Lumpur, kemudian disembahyangkan di Istana Besar Seri Menanti sebelum dibawa ke makam diraja, dengan penuh istiadat dan kebesaran sebelum disemadikan bersebelahan makam kekandanya, Tunku Munawir di Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah pada pukul 6.45 petang.