Perbezaan antara semakan "Perang Salib Keenam"

Jump to navigation Jump to search
 
Pada tahun 1225, Frederick mengahwini [[Yolande dari Jerusalem]] (juga dikenali sebagai Isabella), puteri [[John dari Brienne]], pemerintah [[Kerajaan Jerusalem]] pada nama, dan [[Maria dari Montferrat]]. Frederick kini menuntut kerajaan yang sudah kontot itu, dan mempunyai alasan bagi cubaan untuk memulihkannya kembali. Pada tahun 1227, setelah [[Pope Gregory IX|Gregory IX]] menjadi [[pope]], Frederick dan pasukan tenteranya belayar dari [[Brindisi]] ke [[Akko|Acre]], tetapi satu wabak telah memaksa Frederick kembali ke [[Itali]]. Gregory mengambil peluang ini untuk [[pengucilan|mengucilkan]] Frederick kerana melanggar sumpah perang salibnya, walaupun ini cuma satu alasan, disebabkan Frederick cuba mengukuhkan kuasa selama beberapa tahun di Itali sehingga menjejaskan pihak Pope.
 
Gregory menyatakan bahawa alasan bagi pengucilan tersebut ialah keengganan Frederick untuk keluar berperang dalam Perang Salib Kelima. Bagi Gregory, perang salib tersebut cuma satu alasan yang berguna untuk mengucilkan maharaja tersebut. Frederick cuba berunding dengan pope tersebut, namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya, dan belayar ke [[Syria]] pada tahun 1228 di sebalik pengucilan tersebut lalu tiba di Acre dalam bulan September.
 
==Perang Salib==
3,185

suntingan

Menu pandu arah