Perang Salib Keenam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 38: Baris 38:


==Perang Salib==
==Perang Salib==

==Kesan==


[[Kategori:Perang Salib]]
[[Kategori:Perang Salib]]

Semakan pada 01:31, 30 Januari 2009

Perang Salib Keenam
Sebahagian daripada Perang Salib

Frederick II (kiri) berjumpa al-Kamil.
Tarikh1228 - 1229
Lokasi
Keputusan Penyerahan secara aman Jerusalem kepada Frederick II. Bermulanya ketegangan di antara Empayar Rom Suci dan Negeri Salib.
Nota: Jerusalem kemudian dirampas oleh bangsa Turki Khwarezm.
Perubahan
wilayah
Jerusalem, Nazareth, Sidon, Jaffa, dan Bethlehem diberikan kepada Tentera Salib. Orang Islam mengekalkan Temple Mount.
Pihak yang terlibat

Empayar Rom Suci dan sekutu

Negeri Salib dan Sarasen

Komandan dan pemimpin
Frederick II
Hermann von Salza
Henry I
John dari Ibelin
Al-Kamil

Perang Salib Keenam bermula pada tahun 1228 sebagai cubaan untuk menawan kembali Baitulmaqdis. Perang ini berlaku selama tujuh tahun selepas kegagalan Perang Salib Kelima.

Frederick II dan pihak Pope

Frederick II, Maharaja Rom Suci, melibatkan diri secara umumnya dalam Perang Salib Kelima dengan menghantar pasukan tentera dari Jerman, namun dia gagal untuk menyertai pasukan tentera tersebut secara langsung meskipun telah diberi galakan oleh Honorius III dan kemudiannya Gregory IX, disebabkan dia perlu mengukuhkan kedudukannya di Jerman dan Itali sebelum bertolak untuk melancarkan perang salib. Walau bagaimanapun, Frederick sekali lagi berjanji untuk keluar berperang selepas dimahkotakan sebagai maharaja oleh Pope Honorius III pada tahun 1220.

Pada tahun 1225, Frederick mengahwini Yolande dari Jerusalem (juga dikenali sebagai Isabella), puteri John dari Brienne, pemerintah Kerajaan Jerusalem pada nama, dan Maria dari Montferrat. Frederick kini menuntut kerajaan yang sudah kontot itu, dan mempunyai alasan bagi cubaan untuk memulihkannya kembali. Pada tahun 1227, setelah Gregory IX menjadi pope, Frederick dan pasukan tenteranya belayar dari Brindisi ke Acre, tetapi satu wabak telah memaksa Frederick kembali ke Itali. Gregory mengambil peluang ini untuk mengucilkan Frederick kerana melanggar sumpah perang salibnya, walaupun ini cuma satu alasan, disebabkan Frederick cuba mengukuhkan kuasa selama beberapa tahun di Itali sehingga menjejaskan pihak Pope.

Gregory menyatakan bahawa alasan bagi pengucilan tersebut ialah keengganan Frederick untuk keluar berperang dalam Perang Salib Kelima. Bagi Gregory, perang salib tersebut cuma satu alasan yang berguna untuk mengucilkan maharaja tersebut. Frederick cuba berunding dengan pope tersebut, namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya, dan belayar ke Syria pada tahun 1228 di sebalik pengucilan tersebut lalu tiba di Acre dalam bulan September.

Perang Salib

Kesan