Turbin kipas: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: id:Mesin turbofan
Zamwan (bincang | sumb.)
k Turbofan dipindahkan ke Turbin kipas: Istilah yang lebih tepat
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 02:27, 31 Januari 2009

Rajah skema menunjukkan enjin kipas turbo bersaluran tinggi
Rajah skema menunjukkan enjin kipas turbo bersaluran rendah

Kipas turbo (bahasa Inggeris:Turbofan adalah sejenis enjin jet, lebih kurang menyamai konsep turbojet. Turbofan biasanya terdiri dari kipas penyalur dengan enjin turbojet berukur lilit kecil dipasang dibahagian belakang untuk mengerakkan kipas. Sebahagian dari aliran udara dari kipas penyalur akan melalui turbojet di mana ia akan digunakan untuk proses pembakaran untuk mengerakkan kipas, akan tetapi sebahagian lagi, kebiasaannya majoriti, akan mengalir melalui saluran pintasan, dan ini akan menghasilkan lebih kuasa tujahan dengan cekap.[1]

Beberapa reka bentuk turbofan mungkin sedikit berbeza. Ia mempunyai bilah-bilah kipas tambahan berpusar yang dipasang dari dasar unit turbin tekanan rendah.

Turbofan memiliki kelajuan ekzos bersih kurang daripada enjin turbojet. Ini menjadikan ia lebih cekap di kelajuan subsonik berbanding dengan enjin turbojet, yang mana enjin turbojet adalah lebih cekap pada kelajuan supersonik.

Kesemua enjin jet yang digunakan pada pesawat jet komersil adalah enjin turbofan. Ia digunakan secara meluas disebabkan kerana ia lebih cekap, dan lebih senyap semasa digunakan. Enjin turbofan juga banyak digunakan dalam pesawat jet tentera.

Nota

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.