Abu Sufyan ibni Harb: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Islam}}
'''Abu Sufyan ibni Harb''' ialah ketua puak [[Banu Abd Shams]] daripada kaum [[Quraish]]. Beliau juga merupakan ketua keseluruhan kaum Quraish, menjadikannya salah seorang daripada orang yang berpengaruh di [[Makkah]] semasa hayat [[Nabi Muhammad s.a.w.]]

Isteri Abu Sufyan bernama [[Hind binti Utbah]]. Beliau juga mempunyai seorang anak perempuan yang mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. iaitu [[Ramlah binti Abu Sufyan]].

Datuk kepada Abu Sufyan ialah Ummaiyyah, nama [[Kerajaan Bani Ummaiyyah]] diambil sempena namanya manakala moyang Abu Sufyan pula bernama Abd Shams. Abang kepada moyangnya pula ialah Hashim, moyang Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada anak Abu Sufyan, [[Muawiyah]] mengasaskan [[Kerajaan Bani Ummaiyyah]].

Posisi Abu Sufyan sebagai ketua Quraish menjadikannya musuh ketat Nabi Muhammad s.a.w. Abu Sufyan menganggap Nabi Muhammad sebagai satu ancaman dan berusaha beberapa kali untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Anak perempuan Abu Sufyan memeluk [[Islam]] dan tidak terlepas daripada didera oleh kaum musyrikin Makkah. Selepas beberapa pertempuran di antara Muslimin [[Madinah]] dan Musyrikin Makkah terjadi, satu perjanjian iaitu [[Perjanjian Hudaibiyyah]] ditandatangani. Perjanjian ini kemudiannya dicabuli oleh sekutu kaum Quraish. Peristiwa ini menyaksikan pembukaan kota Makkah oleh tentera [[Muslim]] secara aman. Selepas peristiwa terbabit, Abu Sufyan memeluk [[agama]] [[Islam]] dengan ikhlas.

[[Category:Islam]]

[[en:Abu Sufyan ibn Harb]]
[[zh:阿布·苏富扬]]

Semakan pada 13:05, 5 Februari 2006