UVERworld: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
GnawnBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: ko:UVERworld
Baris 484: Baris 484:
[[es:UVERworld]]
[[es:UVERworld]]
[[fr:Uverworld]]
[[fr:Uverworld]]
[[ko:UVERworld]]
[[ja:UVERworld]]
[[ja:UVERworld]]
[[no:UVERworld]]
[[no:UVERworld]]

Semakan pada 09:39, 7 Februari 2009

Fail:UVERworld Timeless.jpg
UVERworld

UVERworld (ウーバーワールド) merupakan sebuah kumpulan J-rock/J-pop di bawah label Sony. Ahli-ahli kumpulan ini berasal dari Shiga, Kansai, Jepun. TAKUYA∞ merupakan peneraju utama kumpulan ini kerana dialah yang menulis lirik, vokalis, dan berupaya bermain pelbagai jenis alat muzik. Nama UVERworld ini berasal dari gabungan perkataan 'über' dan 'over' serta 'world' yang membawa maksud kepada mereka sebagai 'melangkaui dunia mereka sendiri'. Maskot mereka yang digunakan dalam tiga single pertama dan album pertama mereka merupakan sesuatu yang unik dan telah mendapat perhatian orang ramai terutamanya peminat mereka. Maskot yang dinamakan UVER-chan hasil ciptaan David Horvath merupakan gabungan beruang dan kelawar. UVER-chan setakat ini diketahui mempunyai lima warna: merah jambu, hijau, jingga, biru dan putih. Bagi single mereka yang keempat hingga keenam dan album kedua mereka, BUGRIGHT, ilustrasi oleh Wake Up telah digunakan.

Ahli

TAKUYA∞ - Vokalis

Fail:TAKUYA∞.jpg
  • Tarikh lahir: 21 Disember 1979
  • Horoskop  : Sagittarius
  • Jenis darah : B
  • Tinggi  : 168 cm
  • Berat  : 56 kg


Katsuya (克哉) - Gitar

  • Tarikh lahir: 22 Februari 1980
  • Horoskop  : Pisces
  • Jenis darah : O
  • Tinggi  : 160 cm
  • Berat  : 52 kg


Akira (彰) - Gitar

Fail:Akira.jpg
  • Tarikh lahir: 8 Mac 1984
  • Horoskop  : Pisces
  • Jenis darah : A
  • Tinggi  : 170 cm
  • Berat  : 52 kg


Nabuto (信人) - Bass

Fail:Nobuto.jpg
  • Tarikh lahir: 14 Februari 1980
  • Horoskop  : Aquarius
  • Jenis darah : A
  • Tinggi  : 171 cm
  • Berat  : 64 kg


Shintarou (真太郎) - Drum

Fail:Shintarou.jpg
  • Tarikh lahir: 5 November 1983
  • Horoskop  : Scorpio
  • Jenis darah : O
  • Tinggi  : 175 cm
  • Berat  : 63 kg

Infomasi

Kumpulan ini pada asalnya ditubuhkan pada bulan Jun 2002 dengan nama Sangoku Road (さんごくロード / Sound Goku Road) dan terdiri daripada tujuh ahli, Ace∞Trigger, Katsuya, Akira, Nobuto, Shintarou, Seika dan seorang lagi vokalis. Pada tahun 2003, pemain sax, Seika dan seorang lagi vokalis tersebut telah meninggalkan kumpulan tersebut. Daripada detik tersebut, ahli yang tinggal telah mengambil keputusan untuk mengubah nama kumpulan mereka. Maka, wujudlah sebuah kumpulan dengan nama UVERworld yang terdiri daripada lima orang ahli dan diketuai oleh Katsuya. Walaupun telah meninggalkan kumpulan tersebut, Seika telah dijemput untuk bersama-sama membuat persembahan dan turut menyumbang usaha dalam pembuatan lagu Yasashisa no Shizuku dari album pertama mereka, Timeless.

Pada tahun yang sama, mereka telah menghasilkan CD demo yang telah berjaya dijual sebanyak 3 000 salinan. Pada tahun 2005 pula, mereka telah diterima masuk untuk bernaung di bawah gr8! Records (sub-label bagi Sony Music Entertainment). Single pertama mereka D-tecnoLife dijadikan lagu pembuka kedua bagi sebuah rancangan anime yang popular di Jepun, BLEACH. Sambutan bagi single ini adalah amat hangat sehingga berjaya dijual sebanyak 103 104 unit dan menduduki tempat ke-99 dalam carta Oricon untuk jualan terbaik single 2005.

Diskografi

Album


Single

# Muka depan Maklumat Jualan
1
D-tecnoLife
  • Dikeluarkan: 6 Julai 2005
  • Format: CD5"
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #4
108,579
dijual


Senarai Lagu

  1. D-tecnoLife
  2. Mixed-Up
  3. ai ta kokoro (ai ta 心)
  4. D-tecnoLife (SAIZ TV)

D-tecnoLife merupakan single pertama kumpulan ini yang telah dijadikan lagu pembuka kedua bagi anime popular, BLEACH, untuk episod 26 hingga episod 51 (5 April 2005 - 27 September 2005). Single ini telah berjaya menduduki tempat ke-4 dalam carta Oricon dan bertahan selama 20 minggu. Single ini juga berjaya dijual sebanyak 103 104 unit dan menduduki tempat ke-99 dalam carta jualan terbaik single pada tahun 2005.

Sebenarnya, single ini telah dirakam sebanyak dua kali. Walaupun CD telah dihantar namun TAKUYA∞ berasa tidak puas hati dan telah merakam semula bahagian vokal. Lagu D-tecnoLife dan ai ta kokoro juga telah dirakam sekali lagi sebagai versi album (album version) untuk album pertama mereka, Timeless.


# Muka depan Maklumat Jualan
2
CHANCE!
  • Dikeluarkan: 26 Oktober 2005
  • Format: CD5"
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #5
36,058
dijual


Senarai Lagu

  1. CHANCE!
  2. PRIME
  3. SHINE
  4. CHANCE! (SAIZ PERMAINAN)

CHANCE! merupakan single kedua bagi kumpulan UVERworld. Lagu CHANCE! telah dijadikan lagu tema untuk permainan PSP BLEACH ~Heat the Soul 2~. Single ini telah menduduki tempat ke-5 dalam carta Oricon selama empat minggu. Bagi single ini, pelbagai genre muzik digabungkan seperti rap dan rock.


# Muka depan Maklumat Jualan
3
just Melody
  • Dikeluarkan: 25 Januari 2006
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #17
22,405
dijual


Senarai Lagu

  1. just Melody
  2. Revolve
  3. D-tecnoLife (RKD Remix)

UVERworld tampil dengan single terbaru just Melody pada awal tahun 2006. Single yang dikeluarkan pada 25 Januari 2006 ini diselitkan dengan DVD khas untuk edisi terhad. DVD tersebut mengandungi temu ramah terkini daripada kumpulan UVERworld yang dinamakan WELCOME TO UVERworld.

Walaupun mengandungi lagu-lagu yang menarik, namun single ini gagal mencatat jualan yang baik dengan hanya mencapai tempat ke-17 dalam carta Oricon.


# Muka depan Maklumat Jualan
4
Colors of the Heart
  • Dikeluarkan: 17 Mei 2006
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #3
77,657
dijual


Senarai Lagu

  1. Colors of the Heart
  2. SORA (Sky / Langit)
  3. Hitori ja nai kara (一人じゃないから/ Because I'm Not Alone / Kerana ku Tidak Keseorangan)

Lagu Colors of the Heart dari single keempat UVERworld telah dijadikan lagu pembuka ketiga siri anime BLOOD+ dari episod 26 hingga episod 38 (8 April 2006 - 1 Julai 2006). DVD Colors of the Heart (BLOOD+ version) and pelekat BLOOD+ disertakan dalam edisi terhad. Single ini berjaya mencapai tangga ketiga dalam carta Oricon, mengalahkan single pertama mereka, D-tecnoLife yang menduduki tempat keempat. Dalam carta jualan single Oricon bagi tahun 2006 pula Colors of the Heart menduduki tempat ke-126 dengan jumlah jualan 77 657 salinan.


# Muka depan Maklumat Jualan
5
SHAMROCK
  • Dikeluarkan: 2 Ogos, 2006
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #6
97,091
dijual


Senarai Lagu

  1. SHAMROCK
  2. Boku ni Kasanatte Kuru Ima (僕に重なって来る今)
  3. =

Pada 2 Ogos 2006, UVERworld muncul sekali lagi dengan single ke-6, SHAMROCK. Single ini dipasarkan dalam dua format, CD dan CD+DVD. DVD UVERworld LIVE DIGEST from Timeless Tour 2006@shibuyaAX merupakan sedutan persembahan secara langsung UVERworld semasa mengadakan tour bagi album pertama mereka Timeless. Lagu-lagu yang disampaikan termasuklah just Melody, Mixed-Up, Burst, Yasashisa no Shizuku, CHANCE! dan D-tecnoLife. Panjang DVD tersebut adalah selama lebih kurang 14 minit.

Lagu SHAMROCK telah dijadikan lagu tema dorama (drama) Jepun, Dandori. ~Dance☆Drill~ yang mula disiarkan pada 11 Julai 2006 sehingga 19 September 2006. Walaupun hanya menduduki tempat ke-6 dalam carta Oricon, SHAMROCK telah berjaya mencatat kutipan jualan yang tinggi. Single ini berjaya menduduki tempat ke-102 dalam carta jualan single Oricon 2006 dengan jumlah jualan 97 091 salinan.


# Muka depan Maklumat Jualan
6
君の好きなうた
Kimi no Suki na Uta
  • Dikeluarkan: 15 November 2006
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #2
82,712 unit
dijual


Senarai Lagu

  1. Kimi no Suki na Uta (君の好きなうた / Your Favourite Song)
  2. Extreme
  3. Yasashisa no Shizuku (versi akustik)


Edisi terhad

UVERworld menghasilkan sebuah lagi single yang dipasarkan pada 15 November 2006. Kumpulan yang semakin popular ini telah memberi kejutan kepada peminat dengan pertama kali menghasilkan single yang berentak balada. Versi akustik Yasashisa no Shizuku turut mengejutkan peminat kerana ramai di antara mereka menyangkakan lagu SHAMROCK yang akan dipilih. Lagu kedua mereka pula memberi kelainan kepada single tersebut kerana Extreme merupakan lagu bergenre hard rock. Lagu Kimi no Suki na Uta pertama kali didendangkan semasa mereka mengadakan tour pada bulan September 2006 dan dijadikan lagu tema rancangan televisyen Jepun, Koi Suru Hanikami!. PV (video klip) Kimi no Suki na Uta telah menampilkan pelakon muda Jepun, Tomoka Kurokawa.

Versi edisi terhad single ini disertakan DVD selama 15 minit sedutan tour mereka pada September hingga Oktober 2006 yang dinamakan 2006 TOUR DOCUMENT. Kad X-mas turut disertakan. Single ini telah berjaya menduduki tempat kedua dalam Carta Oricon dan ini merupakan pencapaian terbaik mereka setakat ini. Dengan jumlah jualan sebanyak 72 527, single ini menduduki tempat ke-132 dalam carta jualan single Oricon 2006.


# Muka depan Maklumat Jualan
7
endscape
  • Dikeluarkan: 30 Mei 2007
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #4
71,958
dijual

Senarai Lagu

  1. endscape
  2. UNKNOWN ORCHESTRA
  3. モノクローム~気付けなかったdevotion~
Edisi terhad

UVERworld telah melahirkan sebuah lagi single yang bertajuk endscape. Lagu endscape merupakan lagu pembuka pertama bagi sebuah anime bertajuk 地球へ (Terra E) yang ke udara pada 7 April 2007 di stesen TV Jepun. Endscape dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan Mei. Edisi terhad single ini disertakan DVD yang dimuatkan dengan video iaitu UVERworld Trailer 2007 (映像2007), endscape (Teaser CM) dan endscape ("Terra e..." SPECIAL ANIMATED MUSIC VIDEO).


# Muka depan Maklumat Jualan
8
シャカビーチ~Laka Laka La~
Shaka Beach ~Laka Laka La~
  • Dikeluarkan: 8 Ogos 2007
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #2
49,730
dijual

Senarai Lagu

  1. シャカビーチ~Laka Laka La~
  2. Rainy
  3. sorrow [filed name "moment"]

Sekali lagi UVERworld melahirkan single untuk musim panas pada tahun 2007. Edisi terhad single ini disertakan dengan DVD yang dimuatkan tiga klip video iaitu Burst (2007.04.27 Zepp Tokyo Toward the endscape tour Live), UNKNOWN ORCHESTRA (2007.04.27 Zepp Tokyo Toward the endscape tour Live) dan UVERworld JUMP CLIPS.

# Muka depan Maklumat Jualan
9
浮世CROSSING
Ukiyo CROSSING
  • Dikeluarkan: 14 November, 2007
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #3
71, 508
dijual


Edisi terhad

Senarai Lagu

  1. 浮世CROSSING
  2. DISCORD~your voices mix~
  3. energy

Lagu dari single ke-9 iaitu 浮世CROSSING telah digunakan sebagai lagu tema drama Jepun, Hataraki Man dari 10 Oktober 2007 hingga 19 Disember 2007. Edisi terhad single ini disertaikan dengan DVD yang memuatkan klip video persembahan mereka yang bertajuk DoSummer! voices ~what we need pada 20 Ogos 2007. Antara lagu yang dipersembahkan adalah シャカビーチ~Laka Laka La~(Shaka Beach ~Laka Laka La~), Colors of the Heart, D-tecnoLife, just Melody dan 君の好きなうた(Kimi no Suki na Uta).

# Muka depan Maklumat Jualan
10
激動/Just break the limit!
Gekidou/Just break the limit!
  • Dikeluarkan: 11 Jun, 2008
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #2
96,521
dijual
Edisi terhad

Senarai Lagu

  1. 激動
  2. Just break the limit!
  3. core ability +81


Kali ini UVERworld telah mengeluarkan single double A-side buat pertama kalinya. Lagu Gekidou telah digunakan sebagai lagu pembuka keempat anime D.Gray-man dari episod 77 (disiarkan pada 1 April 2008) dan seterusnya. Manakala, lagu Just break the limit! telah digunakan sebagai lagu untuk iklan minuman Pocari Sweat. DVD yang disertakan dengan edisi terhad single ini mengandungi klip bertajuk talking about“U” ~激動から始まるUVERworld第4世紀へのインタビュー~ . Klip tersebut merupakan interview yang berkaitan tentang kemasukkan ke dalam era keempat mereka yang bermula dengan single ini. Dua klip iaitu 激動 (TV Spot) (type 1, 2) yang merupakan klip promosi single ini turut terdapat dalam DVD ini.

# Muka depan Maklumat Jualan
11
恋いしくて
Koishikute
  • Dikeluarkan: 10 September, 2008
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: #3
67, 725
dijual
Edisi terhad

Senarai Lagu

  1. 恋いしくて (Koishikute)
  2. 志-Kokorozashi-
  3. over the stoic


Sekali lagi UVERworld menghasilkan single dengan lagu ballad. DVD yang disertakan dengan edisi terhad single ini mengandungi video klip Just break the limit! limited edition dan satu lagi klip bertajuk UVERworld 予告編.

Edisi terhad
# Muka depan Maklumat Jualan
10
儚くも永久のカナシ
Hakanaku mo Towa no Kanashi
  • Dikeluarkan: 19 November, 2008
  • Format: CD5", CD5"+DVD
  • Oricon Top 200 Weekly Peak: 1

23341 dijual
Edisi Gundam 00

Senarai Lagu

  1. 儚くも永久のカナシ (Hakanaku mo Towa no Kanashi)
  2. 体温 (Taion)
  3. ハルジオン

Untuk single ke-10 ini, lagu 儚くも永久のカナシ(Hakanaku mo Towa no Kanashi) telah dipilih sebagai lagu pembuka pertama anime Mobile Suit Gundam 00 yang mula disiarkan pada 5 Oktober 2008. Lagu ini juga dimainkan sebagai lagu penutup untuk episod pertama anime ini. Juga buat pertama kalinya single dari kumpulan ini dikeluarkan dalam tiga versi iaitu edisi biasa, edisi terhad dan edisi Gundam 00. Edisi terhad disetakan dengan DVD yang mengandungi persembahan dari PROGLUTION TOUR 2008 mereka iaitu Revolve, EMPTY96 dan GROOVY GROOVY GROOVY. Edisi Gundam 00 pula disertai trek lagu tambahan, 儚くも永久のカナシ (アニメver.)(Hakanaku mo Towa no Kanashi(anime ver.)).

DVD

  1. just Melody
  2. Mixed-Up
  3. Toki no Namida
  4. expod-digital
  5. ai ta kokoro
  6. SHINE
  7. CHANCE!
  8. PRIME
  9. Revolve
  10. D-tecnoLife
  11. Lump of Affection
  1. to the world(SE)
  2. brand new ancient
  3. 病的希求日記(Byouteki Kikyuu Nikki)
  4. GROOVY GROOVY GROOVY
  5. Colors of the Heart
  6. 神集め(Kami Atsume)
  7. forecast map 1955 ~ ENERGY
  8. シャカビーチ〜Laka Laka La〜(Shaka Beach ~Laka Laka La~)
  9. expod-digital
  10. 妙策号外ORCHESTRA〜UNKNOWN ORCHESTRA(Myousaku Gougai ORCHESTRA~UNKNOWN ORCHESTRA)
  11. Nitro
  12. endscape
  13. D-tecnoLife
  14. 浮世CROSSING (Ukiyo CROSSING)
  15. Roots
  16. 激動(Gekidou)
  17. just Melody

Trek bonus: Back Stage Story

Edisi terhad disertakan CD dengan klip video persembahan mereka untuk lagu EMPTY96, forecast map 1955~ENERGY dan Rainy.


Kompilasi

2- D-tecnoLife

  • Dandori. ~Dance Drill~ Original Soundtrack (23 Ogos 2006)

17- SHAMROCK (versi piano)

18- SHAMROCK (versi drama)

5- Colors of the Heart

4- D-tecnoLife

4- ~流れ・空虚・THIS WORD~(versi D.N.)

28- endscape (versi TV)

  • 39 Anime x Music Collaboration '02-'07 (26 Mac 2008)

27- Colors of the Heart 35- endscape

9- 激動

Lain-lain

Album bergambar (photo album) mereka yang pertama ini seperti juga album kedua mereka, BUGRIGHT telah ditunda dari 17 Januari 2007 ke 21 Februari 2007 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Buku ini adalah setebal 160 muka surat dan bersaiz B5. Kandungan buku ini ialah 100 Q&A, gambar-gambar terbaru mereka dan juga semasa mereka masih di tempat asal mereka, temubual dan laporan persembahan mereka.

  • 凛句 (Rinku)

凛句 merupakan sebuah lagu yang digubah khas oleh UVERworld untuk peminat mereka. Ia adalah umpama sebuah lagu pesanan kerana mereka hendak menunjukkan yang mereka berasa kesal dan ingin meminta maaf daripada peminat mereka terhadap apa yang terjadi di antara bulan Disember 2006 hingga Februari 2007 iaitu berlakunya skandal dan mereka terpaksa menghentikan segala aktiviti kumpulan mereka. Pada 10 Februari 2007, UVERworld telah menyambung semula aktiviti mereka dengan mengadakan konsert Xmas Live yang ditangguh sejak bulan Disember 2006. Lagu ini telah didendangkan semasa konsert tersebut. Pada 13 Februari 2007, pukul 2 petang (waktu Jepun), lagu ini dapat didengari oleh semua orang menerusi laman web mereka. Akan tetapi lagu 凛句 ini hanya dapat didengari selama sebulan iaitu dari 13 Februari 2007 hingga 12 Mac 2007.

Trivia

  1. Nama UVERworld merupakan idea Akira.
  2. Shintarou pernah menganggotai kumpulan Double Impact sebagai pemain drum.
  3. TAKUYA∞ telah menggunakan nama Ace∞Trigger semasa kumpulan tersebut masih lagi bergelar Sound Goku Road.
  4. Pada asalnya Sound Goku Road dianggotai seorang lagi ahli bernama Ryuhei tetapi telah meninggalkan kumpulan tersebut setelah berkahwin.
  5. Pada 26 Ogos 2004, mereka telah menghasil sebuah single berjudul PRIME'03 yang mengandungi empat buah lagu, Sad'it, SHINE, Lamp of Affection dan PRIME'03.
  6. Setakat yang diketahui, lagu demo mereka terdiri daripada TOVILA (~tie senses~), Leave Alone dan Lamp of Affection.
  7. TAKUYA∞ dan Nobuto merupakan kawan karib kerana telah berkawan selama lebih 20 tahun iaitu sejak berumur 3 tahun.
  8. Akira merupakan jiran TAKUYA∞ dan menurut Katsuya anda boleh berjalan dari rumah Akira ke rumah TAKUYA∞ dengan mata tertutup.
  9. Shintarou dan Akira merupakan rakan sekelas.
  10. TAKUYA∞ sering disalah anggap sebagai ketua kumpulan dan ahli paling muda sedangkan Katsuya yang memegang gelaran ketua kumpulan dan TAKUYA∞ merupakan ahli paling tua.
  11. Katsuya pandai memasak.
  12. Semua ahli UVERworld tinggal di dalam rumah yang sama.


Pautan luar