Hukum gerakan planet Kepler: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
SpBot (bincang | sumb.)
Baris 66: Baris 66:
[[ta:கெப்லரின் கோள் இயக்க விதிகள்]]
[[ta:கெப்லரின் கோள் இயக்க விதிகள்]]
[[th:กฎการเคลื่อนที่ของดาวเคราะห์]]
[[th:กฎการเคลื่อนที่ของดาวเคราะห์]]
[[tr:Kepler'in Üç Yasası]]
[[tr:Kepler'in gezegensel hareket yasaları]]
[[uk:Закони Кеплера]]
[[uk:Закони Кеплера]]
[[zh:开普勒定律]]
[[zh:开普勒定律]]

Semakan pada 04:50, 10 Februari 2009

Ilustrasi tiga hukum Kepler dengan dua orbit planet. (1) Orbit adalah berbentuk elips, dengan titik fokus f1 dan f2 bagi planet pertama dan f1 dan f3 bagi planet kedua. Matahari diletakkan di titik fokus f1. (2) Segmen berlorek A1 dan A2 mempunyai luas permukaan yang sama dan masa untuk planet 1 merangkumi segmen A1 adalah sama dengan masa untuk merangkumi segmen A2. (3) Jumlah pusingan orbit bagi planet 1 dan planet 2 adalah dalam nisbah .

Dalam astronomi, hukum gerakan planet Kepler adalah tiga hukum matematik yang menerangkan pergerakan planet dalam sistem suria. Teori ini ditemui oleh seorang ahli matematik dan astronomi Jerman, Johannes Kepler (15711630).

Kepler mempelajari cerapan yang persis yang dilakukan oleh ahli astronomi Denmark, Tycho Brahe. Sekitar 1605, Kepler menemui bahawa cerapan Brahe bagi kedudukan planet turut mengikuti tiga hukum matematik mudah.

Hukum-hukum Kepler

  1. Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya. Elips dicirikan oleh dua titik fokusnya. Maka, Kepler menolak kepercayaan pengikut Aristotle, Ptolemy dan Copernicus yang menyatakan bahawa planet bergerak dalam gerakan membulat.
  2. Satu garis yang menyambungkan planet dengan matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbit. Ini bermakna, planet bergerak lebih pantas ketika menghampiri matahari manakala lebih perlahan ketika menjauhi matahari. Dengan hukumnya ini, Kepler memusnahkan teori astronomi Aristotle tentang pergerakan planet yang seragam.
  3. Kuasa dua bagi tempoh orbit planet berkadar terus dengan paksi semimajor kuasa tiga bagi orbot tersebut. Ini bukan sahaja bermakna orbit yang lebih besar mempunyai lebih lama tempohnya, tetapi juga kelajuan planet di orbit yang lebih besar adalah lebih lambat dari planet yang di orbit yang lebih kecil.

Rujukan


Lihat juga

Templat:Link FA