LaTeX: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aviator (bincang | sumb.)
k kategori
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot menambah: id:LaTeX
Baris 39: Baris 39:


[[ar:لاتخ]]
[[ar:لاتخ]]
[[id:LaTeX]]
[[bn:ল্যাটেক]]
[[bn:ল্যাটেক]]
[[bs:LaTeX]]
[[bs:LaTeX]]

Semakan pada 17:00, 13 Februari 2009

Logo LaTeX yang diatur menggunakan LaTeX

LaTeX ialah sebuah bahasa penanda dokumen dan sistem penyediaan dokumen untuk atur cara atur huruf TeX. Namanya ditulis sebagai dalam sistem atur hurufnya.

LaTeX kini digunakan secara meluas oleh ahli-ahli matematik, sains, falsafah, jurutera, sarjana dalam dunia akademik dan perdagangan, serta juga oleh ahli-ahli profesional yang lain.[1] Sebagai format utama atau perantaraan (misalnya untuk menterjemahkan DocBook dan format-format berasaskan XML yang lain kepada PDF), LaTeX digunakan kerana mutu atur hurufnya yang boleh dicapai oleh TeX.

Sistem set taip ini menawarkan ciri-ciri penerbitan meja boleh atur cara serta banyak kemudahan untuk mengautomatikkan kebanyakan aspek atur huruf dan penerbitan meja, termasuk penomboran dan rujukan silang, jadual dan angka, bentangan halaman, serta bibliografi.

LaTeX bertujuan untuk membekalkan bahasa aras tinggi yang dapat mempergunakan kuasa TeX. Ia pada dasarnya terdiri daripada sebuah himpunan makro TeX dan sebuah atur cara untuk memproses dokumen-dokumen LaTeX. Oleh sebab perintah-perintah penformatan TeX adalah amat rendah arasnya, LaTeX adalah jauh lebih mudah untuk digunakan oleh para pengguna akhir.

LaTeX pada asalnya ditulis oleh Leslie Lamport pada dekad 1980-an di SRI Antarabangsa.[2] Ia telah menjadi kaedah yang terutama untuk menggunakan TeX — tidak banyak orang masih menulis dalam TeX biasa. Versi terkini ialah LaTeX2e ().

LaTeX, sebagaimana dengan TeX, ialah perisian bebas.

Contoh

Berikut ialah contoh dokumen hello world yang ditulis dengan penanda LaTeX:

\documentclass[12pt]{article}
\begin{document}
Hello world!
\end{document}

Rujukan

  1. ^ "Apakah itu TeX, LaTeX dan kawan-kawannya?".
  2. ^ Leslie Lamport (23 April 2007). "Karya Leslie Lamport: LaTeX: Sebuah Sistem Penyediaan Dokumen". Laman Web Leslie Lamport. Dicapai pada 2007-04-27.

Pautan luar

  • Laman projek LaTeX rasmi – laman web untuk pembangunan terbuka LaTeX (mempunyai dokumentasi untuk dan pautan ke LaTeX2e serta kod pra-lepasan uji kaji yang mungkin amat berguna untuk LaTeX3)
  • CTAN – Rangkaian Arkib TeX Yang Menyeluruh – pakej dan perisian berkait (La)TeX yang tekini
  • Soalan lazim TeX UK – dikendalikan oleh Robin Fairbairns
  • Kumpulan Pengguna TeX – mempunyai banyak pautan ke maklumat-maklumat lain, termasuk mesyuarat, persidangan, set taip, jurnal TUGboat, dan kumpulan-kumpulan pengguna tempatan di banyak negara