Perbezaan antara semakan "Initial D"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Saiz tidak berubah ,  12 tahun lalu
Bagaimanapun, setelah Mako membawanya dalam satu pemanduan di sebuah trek pergunungan, Miyahara kemudiannya memahami yang Mako tidak akan berhenti berlumba dan menyedari yang Mako sebenarnya meminati seorang lelaki lain, Iketani.
 
===Peringkat Ketiga ( ThurdThird Stage )===
Ryosuke menawarkan Takumi untuk menyertai sebuah pasukan yang sedang ditubuhkannya, yang mana mempunyai pelumba terbaik di daerah Gunma. Bagaimanapun, Takumi enggan membuat keputusan sehingga beliau menebus kekalahannya kepada Kyoichi. Takumi kemudiannya datang ke Irohazaka untuk mencabar Kyoichi. Ketua pasukan Emperor tersebut meletakkan syarat: Beliau akan membenarkan Takumi berada di depannya, sekiranya Kyoichi berjaya memintas, Kyoichi akan diisytiharkan pemenang. Sebaliknya sekiranya Takumi berjaya menghalang Kyoichi daripada memintasnya, maka Takumi akan diisytiharkan pemenang. Takumi kemudiannya mengatakan bahawa syarat itu tidak adil, namun dinafikan oleh Kyoichi.
Akhirnya, Takumi berjaya menghalang Kyoichi daripada memintasnya. Walaupun Takumi menganggap ianya seri, namun Kyoichi mengakui kekalahannya memandangkan baginya seri di tempat sendiri lebih kurang sama dengan kalah. Namun apa yang lebih penting bagi Takumi, Kyoichi mengakui kemampuan AE86 setelah awalnya memandang remeh kemampuan kereta tersebut.
118

suntingan

Menu pandu arah