Geng: Pengembaraan Bermula: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 129: Baris 129:
|-
|-
|7 hari (hingga 18 Feb)
|7 hari (hingga 18 Feb)
|RM2.3 juta<ref>{{cite news|title=Kutipan cecah RM2.3 juta|publisher=Harian Metro|url=http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Rap/20090221100437/Article/index_html}}</ref>
|RM2.3 juta<ref name=luarbiasa>{{cite news|title=Kutipan cecah RM2.3 juta|publisher=Harian Metro|url=http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Rap/20090221100437/Article/index_html}}</ref>
|-
|-
|11 hari (hingga 22 Feb)
|11 hari (hingga 22 Feb)
|RM3.7 juta<ref>{{cite news|author=Siti Azira Abd. Aziz|title=Geng: Pengembaraan Bermula bakal kutip RM4 juta selepas dua minggu|publisher=mSTAR|url=http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/25/mstar_hiburan/20090225090912&sec=mstar_hiburan|date=2009-02-25|accessdate=2009-03-01}}</ref>
|RM3.7 juta<ref name=sitiazira>{{cite news|author=Siti Azira Abd. Aziz|title=Geng: Pengembaraan Bermula bakal kutip RM4 juta selepas dua minggu|publisher=mSTAR|url=http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/25/mstar_hiburan/20090225090912&sec=mstar_hiburan|date=2009-02-25|accessdate=2009-03-01}}</ref>
|-
|-
|14 hari (hingga 25 Feb)
|14 hari (hingga 25 Feb)

Semakan pada 09:29, 5 Mac 2009

Geng: Pengembaraan Bermula
Fail:Geng poster.jpg
Poster promosi Geng
PengarahMohd Nizam Abdul Razak
PenulisMuhammad Anas Abdul Aziz
Dihasilkan olehHj Burhanuddin Md Radzi
Dibintangi(suara)
Amir Izwan Abdul Rahim
Kee Yong Pin
Nur Fathiah Diaz
Kannan Rajan
Balqis
Mohd Syafiq
Muzik olehYuri Wong
Mohamed Azfaren Aznam
Diedarkan olehGrand Brilliance
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins untuk pasaran luar negara, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.

Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan.

Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem yang bakal diterbitkan nanti.

Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selasa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.

Plot

Templat:Spoiler Stesen televisyen LCTV bersiaran langsung dari Kampung Durian Runtuh untuk meliputi kejadian kecurian durian yang ganjil. Tok Dalang muncul di kaca TV untuk menceritakan fasal "Hantu Durian" yang menggerunkan penduduk kampung. Di Kuala Lumpur, Badrol, cucu Tok Dalang, bersama kawannya Lim menonton telatah datuknya, kebetulan mereka bersiap sedia untuk menziarahinya pada hari keesokannya.

Pada pagi keesokan, Badrol dan Lim bertolak ke Kampung Durian Runtuh dengan menaiki bas, tetapi bas rosak di tengah jalan, walaupun cuma 5 km dari kampung. Mereka berdua terpaksa berjalan kaki (Lim pula dibebani beg yang berat diisi barang-barang yang tidak penting) sehingga tibanya lori Pak Mail dan Singh. Dalam lori, Pak Mail menceritakan misteri Hantu Durian kepada kedua-dua pemuda ini.

Setibanya di kampung, mereka bertemu dengan Muthu untuk bertanya jalan. Muthu menyuruh si kembar Upin dan Ipin yang asyik mengacaunya, agar menemani Badrul dan Lim ke sana, diikuti sekali oleh Ros, kakak kepada Upin dan Ipin.

Setibanya di rumah Tok Dalang, selepas berehat sejenak, mereka mencuba motosikal yang diletak di kawasan rumah Tok Dalang. Lagak mereka meriuhkan suasana sepanjang jalan-jalan kampung, sehingga mereka bertembung dengan Rajoo dan Sapy, menyebabkan alat radio Rajoo tercicir ke dalam air. Rajoo mengugut mereka untuk menggantikan radionya yang rosak itu, jadi Lim terpaksa berjanji untuk menyerahkan pemain CD kepadanya pada keesokan hari.

Pada waktu malam, Tok Dalang menceritakan lagi misteri Hantu Durian kepada Badrol dan Lim. Ketika waktu tidur, Lim tercari-cari tandas tetapi tidur balik gara-gara perasaan ngeri, memandangkan bilik tandas tidak sebumbung dengan rumah.

Bermulanya hari yang baru, Tok Dalang memesan Rajoo agar membawa Badrol dan Lim ke dusunnya dengan menaiki kereta lembu yang digerakkan oleh Sapy. Dalam perjalanan, Rajoo menunjuk-nunjukkan bakat bercakap dengan haiwan, Upin dan Ipin menaiki kereta sambil diawasi Ros, dan seluruh kampung menyanyi dan menari untuk meraikan kedamaian masyarakat desa. Setibanya di dusun, Badrol dan Lim menunggu buah durian gugur. Apabila kedengaran durian gugur, sayangnya buah-buah itu dicuri makan dengan begitu pantas.

Ketika Badrol dan Lim menyiasat fenomena ini, Upin, Ipin dan Rajoo merayau-rayau pula. Di dalam hutan mereka bertemu dengan sesuatu makhluk kecil berbulu merah putih yang aneh dan seolah-olah boleh bertutur dalam bahasa seakan manusia. Mereka mengejar-ngejar mahkluk itu jauh ke dalam hutan yang mereka tidak biasa alami, sambil membahayakan diri mereka. Rajoo menterjemahkan kata-kata makhluk itu dan daripada itulah kita tahu namanya "Oopet". Badrol, Lim dan Ros sempat mencari mereka, tetapi akibatnya mereka berenam sesat di hutan.

Hari sudah senja, dan orang-orang tua di kampung mula risau dengan anak cucu masing-masing. Maka Tok Dalang, Mak Uda dan Muthu melancarkan operasi pencarian. Enam orang muda yang bermalam di hutan digemparkan dengan bunyi-bunyi bising. Tiba-tiba muncul seekor makhluk ganas berwajah tengkorak yang bertanduk kerbau, bermancung dan bergigi panjang dan badannya berduri, dan di sinilah budak-budak bandar terpisah dari budak-budak kampung.

Oopet membawa Ros, Rajoo, Upin dan Ipin ke dalam kawasan kelam untuk berteduh, tetapi diancam pula oleh seekor ular tedung raksasa dan sekawan lintah gergasi. Apabila mereka selamat lagi, Oopet mendapat ruang untuk menceritakan asal-usulnya. Dalam sedutan imbas kembali, Oopet dan ibunya tinggal di sebuah dunia berlainan yang penuh warna-warni. Ketika mengejar serangga, Oopet melalui gerbang ke dunia kita lalu bertembung dengan raksasa tengkorak dalam suasana yang kelam dan ngeri. Ibunya datang untuk melindunginya tetapi diculik oleh raksasa tersebut.

Tak lama kemudian, mereka berempat menyedari selama ini Badrol dan Lim diculik oleh raksasa tengkorak tersebut, yang rupa-rupanya adalah Singh yang menyamar! Singh membantu Pak Mail menyimpan rahsia iaitu makhluk besar luar biasa, iaitu ibu Oopet, untuk dijual. Oleh itu, anak-anak kampung bertungkus-lumus untuk menyelamatkan Badrol dan Lim dan juga ibu Oopet. Apabila Pak Mail menyedari perkara ini, maka timbulnya huru-hara apabila dia dan konco-konconya Singh dan Sally bertarung dengan Oopet dan keenam-enam budak itu.

Di tengah perbalahan, ibu Oopet menyaksikan anaknya pengsan lalu bertukar menjadi gergasi dan garang lalu menyerang sesiapa sahaja di perkarangan rumah Pak Mail. Di samping mengerjakan Pak Mail dan konco-konconya, ibu Oopet juga bertembung dengan ular tedung raksasa. Dalam saat-saat genting, Oopet kembali sedar lalu bergegas untuk memberi dorongan kepada ibunya dan meredakan keadaan. Ular tedung itu berjaya ditewaskan.

Sudah tiba masanya Oopet bepisah dengan rakan-rakan manusianya kerana ibunya menegah manusia untuk datang ke dunia asal dua makhluk beranak ini. Akhirnya keenam-enam budak ditemui orang tua mereka, dan mulai saat itu, enam sekawan menggelar diri mereka satu "geng".

Pak Mail dan Singh pula termasuk ke dalam alam Oopet. Apabila menyangka diri mereka bernasib baik kerana banyaknya hasil buruan, mereka tetap tidak diundang oleh penduduk alam tersebut. Templat:Endspoiler

Watak

Watak utama

Badrol (Amir Izwan Abdul Rahim[1])
Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.
Lim (Kee Yong Pin[1])
Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.
Rajoo (Kannan a/l Rajan[2])
Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.
Ros (Balqis Fadhullah Lee[1])
Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.
Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz[3])
Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi "s".

Watak tambahan

Mak Uda
Opah (nenek) kepada Ros, Upin dan Ipin. Dia baik hati dan selalu menjaga cucu-cucunya dengan memberi nasihat berguna.
Tok Dalang
Nama sebenarnya ialah Senin bin Khamis. Dia ialah datuk kepada Badrol dan ketua kampung Durian Runtuh. Dia ialah bekas jaguh wayang kulit dan kini memiliki dusun durian.
Muthu (Mohd Shafiq[1])
Seorang peniaga gerai makanan di Kampung Durian Runtuh dan bapa kepada Rajoo. Sikap peramahnya membolehkan Muthu digemari penduduk kampung.
Pak Mail
Seorang pemburu yang menjumpai seekor makhluk istimewa dan hendak menawarkan makhluk tersebut untuk tujuan untung. Dialah yang membawa Badrol dan Lim ke Kampung Durian Runtuh di awal filem.
Singh
Pembantu dan konco Pak Mail. Di awal filem, dia memandu lori yang mengangkut Badrol dan Lim ke Kampung Durian Runtuh. Di tengah filem pula, rupa-rupanya dia menyamar sebagai seekor raksasa ganas yang menculik Badrol dan Lim untuk menyimpan rahsia Pak Mail.
Salleh @ Sally
Si bapuk yang menonjol kelembutannya di Kampung Durian Runtuh. Tanpa sedar dia menyertai Pak Mail lalu terjebak dalam kegiatan buruknya.
Ah Tong
Seorang tua Cina yang sukar mempercayai apa yang diperdengarkan oleh rakan-rakannya di kampung, termasuk Misteri Hantu Durian.

Makhluk ganjil

Oopet ialah seekor makhluk ganjil yang ditemui di dusun Tok Dalang. Ia berasal dari suatu dimensi lain yang boleh dimasuki melalui sesuatu gerbang ajaib. Dia berada di dunia kita kerana hendak mencari ibunya dan selalu mencuri durian yang menyerupai buah kegemarannya di dunia asalnya. Begitu kemas potongan Oopet sehingga menyebabkan penduduk kampung percaya wujudnya "Hantu Durian". Rupa-rupanya ibunya ditangkap oleh kumpulan Pak Mail yang hendak menjual makhluk istimewa tersebut, oleh itu dia bersama Badrol, Lim, Rajoo, Ros, Upin dan Ipin berusaha menyelamatkan ibunya.

Di samping itu, geng berenam tersebut juga bertembung dengan seekor ular tedung besar dan sekawan lintah gergasi di bawah tanah. Mereka juga bertembung dengan dua ekor "raksasa" berupa tengkorak dan berduri, yang rupa-rupanya adalah konco-konco Pak Mail yang menyamar. Oleh itu, "Hantu Durian" yang digeruni penduduk Kampung Durian Runtuh ini sebenarnya merupakan manifestasi lebih dari satu hidupan: potongan durian yang halus sebenarnya merupakan kerja Oopet, sementara wajah "mengerikan" yang diceritakan Tok Dalang mungkin antara raksasa-raksasa lain ataupun konco-konco Pak Mail yang menyamar, yang diperlihatkan sepanjang filem.

Penerbitan

Filem Geng ini memakan masa dua tahun, belanja sebanyak RM 4.7 juta[4] dan 40 orang animator tempatan untuk disiapkan. Pengarahnya Mohd Nizam Abdul Razak membandingkan belanja filem ini dengan filem animasi Barat yang menelan "kos sekitar RM15 juta hingga RM40 juta" dan "lebih kurang 130 hingga 150 animator". Katanya, "Sekalipun kos tidak sehebat filem animasi barat, filem animasi Geng tetap mempunyai kekuatannya dari segi adunan elemen seram, thriller (suspen), dramatik dan lucu yang semuanya dapat dirasai menerusi kesan bunyi dan suara yang mantap. Sokongan padu penonton tempatan sangat diperlukan kerana filem ini dihasilkan dengan daya kreativiti karyawan muda tanah air. Menerusi filem animasi dihasilkan ini, kami berharap ia dapat menarik minat lebih ramai pelabur untuk membiayai kos penerbitan filem animasi tempatan pada masa depan."[5]

Pengarah Urusan Les'Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi, menceritakan bahawa perancangan untuk menerbitkan filem itu bermula ketika Mohd Nizam dan dua rakannya iaitu Muhammad Usamah Zaid and Mohd Safwan Ab Karim[4] bertemu dengannya dan menyuarakan impian mereka untuk menghasilkannya. Menyentuh strategi penjimatan kos, katanya, "Semua peralatan seperti komputer hanya dibeli di Plaza Low Yat dan mereka (karyawan muda) juga mengubahnya menjadi sistem sendiri. Selain itu, pihak kami mendapat bantuan dan sokongan MDeC, Mimos Bhd dan MOSTI".[5] Pembikinan filem ini menggunakan dua perisian penting termasuk Maya dan MentalRay selain proses animasi pertama yang menggunakan teknik perkomputeran grid dibekalkan MIMOS. Kata Nizam, “Perkakasan berjuta-juta ringgit oleh Mimos memberi peluang kepada kami melakukan teknik render yang mengurangkan masa pembikinan animasi 3D kerana kebiasaannya ia mengambil tempoh lebih setahun. Namun, melalui perkomputeran grid, tempoh masa terbabit berjaya dikurangkan ke enam hingga lapan bulan saja yang secara tidak langsung menjimatkan kos operasi.”[6]

Filem Geng asalnya disiapkan pada Ogos 2008 berukuran 108 minit panjangnya, lalu ditayangkan secara khusus kepada penonton jemputan yang terdiri daripada pihak MDeC, Finas, Mimos, RTM, Media Prima, Astro dan para wartawan, tetapi dikurangkan hingga 90 minit untuk tontonan umum atas nasihat FINAS demi kepuasan pihak pawagam. Pada masa yang sama, para kakitangan cuba menyiapkan siri baru Upin & Ipin tepat mengikut jadual yang ditetapkan, maka sedikit menjejaskan perancangan untuk filem Geng.[7] Pihak Les' Copaque menyediakan lima gelendong filem Geng yang asli, tiga daripadanya dihantar ke syarikat Kantana Group di Bangkok, Thailand untuk menjalani proses adunan bunyi. Gelendong pertama yang dipulangkan dari Kantana cuma mengalami adunan audio kasar, dan dihantar ke Lembaga Penapisan Filem untuk dikaji kandungannya.[8] Pada akhir bulan November 2008, pihak Les' Copaque memaklumkan mereka sudah menerima kelulusan dari LPF tanpa potongan dan diberi kebenaran untuk menayangkan filem ini oleh FINAS.[9]

Sambutan

Pihak Les' Copaque mengadakan satu lagi previu khas untuk wartawan pada 13 Januari 2009.[10] Mereka melaporkan sambutan memberangsangkan daripada para penonton yang disifatkan "berdiri dan bertepuk tangan sebanyak 3 kali di penghujung filem kerana (tersilap) menyangka filem telah tamat."[11]

Filem Geng mula ditayangkan pada 12 Februari 2009 di 56 buah pawagam seluruh negara.[12] Les' Copaque dilaporkan menetapkan sasaran kutipan antara RM5 juta[5] hingga RM10 juta, ataupun setinggi RM100 juta jika diambil kira perancangan pasaran ke luar negara[13].

Sambutan para penonton terhadap filem Geng amat memberangsangkan. Dilaporkan filem Geng mengaut kutipan RM4.8 juta[14] dari hari pembukaan hingga 1 Mac, apatah lagi disahkan filem ini menduduki tangga teratas dalam carta 10 filem teratas rangkaian GSC, pengendali sinepleks terbesar di Malaysia, selama dua hujung minggu berturut-turut (12-15 Feb, 19-22 Feb)[15][16], sekaligus menimbulkan fenomena filem tempatan mengalahkan mengalahkan filem-filem asing yang lain seperti Slumdog Millionaire dan The Curious Case of Benjamin Button yang menerima pencalonan Anugerah Akademi ke-81 yang juga berlangsung pada bulan Februari.

Ulasan pengkritik filem juga tidak kurang hebatnya. Ulasan di laman web gua.com.my (15 Januari, dari previu akhbar) memuji "jalan ceritanya berlapis dan berisi walaupun menghiburkan pada permukaannya", "watak boleh percaya dan berwarna-warni", "arahan dan persembahan dialog yang cukup bernyawa sekali oleh barisan pelakon suara kecil" dan "jelas usaha gigih serta dedikasi terhadap kraf ‘storytelling’ dan ‘filmmaking’ Les’ Copaque Production...memperagakan mutu kerja yang sangat ‘detail’ dan tiada ralat yang dilepaskan begitu sahaja".[17] Ulasan dalam seksyen Z! Berita Harian (14 Februari) menyanjung filem ini kerana "mempunyai jati diri, terutama dalam memaparkan budaya ketimuran", di samping "berjaya menyajikan kualiti yang diharapkan," sekalipun kos pelaburan agak rendah berbanding filem animasi Barat.[18]

Pihak Les' Copaque cuba berunding dengan pihak pawagam untuk melanjutkan tayangan Geng serta memastikan ruang tayangan yang cukup, selepas didapati ruang tayangan filem ini dikurangkan begitu banyak berikutan tamatnya tempoh Syarat Wajib Tayang untuk filem tempatan.

Kronologi kutipan

Tempoh Kutipan kumulatif
4 hari (hingga 15 Feb) RM 1.75 juta[19][20]
7 hari (hingga 18 Feb) RM2.3 juta[21]
11 hari (hingga 22 Feb) RM3.7 juta[22]
14 hari (hingga 25 Feb) RM 4.09 juta[23]
18 hari (hingga 1 Mac) RM4.8 juta[14]

Pemasaran antarabangsa

Setakat ini, Nizam bagi pihak Les' Copaque Production mengesahkan filem Geng dijadualkan tayangannya di kira-kira 50 buah pawagam Indonesia pada 16 September 2009, di samping mengharapkan filem ini turut dibuka di pawagam Singapura dan Brunei.[22] Tambahan pula, pihak LCP mengaku menerima tawaran dari syarikat dari India, Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk mengalih suara dan menayangkan filem ini di negara masing-masing.[21], lebih-lebih lagi filem ini dijangka ditayangkan di Pesta Animasi Annecy di Paris, Perancis pada bulan Jun.[4]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c d Geng: Di Sebalik Tabir (video)
  2. ^ "Voice Cast : Rajoo - Kannan". Les' Copaque Community Forum. Dicapai pada 2008-09-02.
  3. ^ "Voice Cast : Upin & Ipin - Fathiah". Les' Copaque Community Forum. Dicapai pada 2008-09-02.
  4. ^ a b c Yam Phui Yee (2009-02-18). "Daring adventures". R.AGE (the Star). Dicapai pada 2009-02-21.
  5. ^ a b c Ramlah Zainal (2009-02-02). "Filem animasi Geng sasar RM5 juta". Harian Metro. Dicapai pada 2009-02-14.
  6. ^ Afiq Hanif (2009-01-14). "Animasi 3D pertama telan RM4j". Harian Metro. Dicapai pada 2009-02-18.
  7. ^ ""GENG:THE ADVENTURE BEGINS" STATUS QUO". Les' Copaque Production. 2008-10-05. Dicapai pada 2009-02-18.
  8. ^ "Geng in Film Reel". Les' Copaque Production. 2008-11-14. Dicapai pada 2009-02-18.
  9. ^ ""GENG:PENGEMBARAAN BERMULA" IS COMING TO TOWN". Les' Copaque Production. 2008-11-26. Dicapai pada 2009-02-18.
  10. ^ "Geng Press Preview Part1". Les' Copaque Production. 2009-01-14. Dicapai pada 2009-02-18.
  11. ^ "Geng Press Preview Part2". Les' Copaque Production. 2009-01-14. Dicapai pada 2009-02-18.
  12. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (2009-02-25). "Upin, Ipin semakin popular". Berita Harian. Dicapai pada 2009-03-03.
  13. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (2008-08-25). "Geng sasar kutipan RM100 juta". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2009-02-18.
  14. ^ a b "Gengmania". Les' Copaque. 2009-03-02. Dicapai pada 2009-03-03.
  15. ^ "Geng is the number 1 movie". Les' Copaque Production. 2009-01-14. Dicapai pada 2009-02-18.
  16. ^ "Geng still the number 1 movie". 2009-02-24. Dicapai pada 2009-03-01.
  17. ^ Izuan Shah (2009-01-15). "'Geng' Filem Animasi Gempak". gua.com.my. Dicapai pada 2009-02-19.
  18. ^ Rozdan Mazalan (2009-02-14). "Telatah Upin, Ipin tak membosankan". Berita Harian. Dicapai pada 2009-02-19.
  19. ^ Zul Husni Abdul Hamid (2009-02-19). "Sambutan Geng luar biasa". Berita Harian. Dicapai pada 2009-02-21.
  20. ^ Lee Zhiang Yang, Ezekiel (2009-02-18). ""Geng" takes RM1.75mil". Cinema Online. Dicapai pada 2009-02-21.
  21. ^ a b "Kutipan cecah RM2.3 juta". Harian Metro.
  22. ^ a b Siti Azira Abd. Aziz (2009-02-25). "Geng: Pengembaraan Bermula bakal kutip RM4 juta selepas dua minggu". mSTAR. Dicapai pada 2009-03-01.
  23. ^ "Oh Negara Ku". Les' Copaque. 2009-02-26. Dicapai pada 2009-03-01.

Pautan luar