One in a Million (musim 3): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 143: Baris 143:
|}
|}
Sebelum talian undian dibuka, para juri membongkar rahsia yang disimpan sepanjang persembahan iaitu sistem imuniti, yang dikurniakan kepada Esther pada malam ini.
Sebelum talian undian dibuka, para juri membongkar rahsia yang disimpan sepanjang persembahan iaitu sistem imuniti, yang dikurniakan kepada Esther pada malam ini.

{| class="wikitable"
|-
!Top
!Imuniti
!Tersingkir
|-
|Top 12
|Eshter
!-
|}


===Minggu 2 (27 Februari 2009)===
===Minggu 2 (27 Februari 2009)===
Baris 164: Baris 153:
#Simon - ''[[Knocking On Heaven's Door]]'' ([[Guns N' Roses]])
#Simon - ''[[Knocking On Heaven's Door]]'' ([[Guns N' Roses]])
#Nine - ''[[Berita Dari Rantau]]'' ([[Alleycats]])
#Nine - ''[[Berita Dari Rantau]]'' ([[Alleycats]])
#Amylea - ''[[Akan Tiba]]'' ([[Alif Satar]])
#Amy - ''[[Akan Tiba]]'' ([[Alif Satar]])
#Rizu - ''[[My Way]]'' ([[Frank Sinatra]])
#Rizu - ''[[My Way]]'' ([[Frank Sinatra]])
|
|
Baris 170: Baris 159:
<li>Anith - ''[[Rindu (lagu Hetty Koes Endang)|Rindu]]'' ([[Hetty Koes Endang]])
<li>Anith - ''[[Rindu (lagu Hetty Koes Endang)|Rindu]]'' ([[Hetty Koes Endang]])
<li>Tomok - ''[[Rahsia Pohon Cemara]]'' ([[Exists]])
<li>Tomok - ''[[Rahsia Pohon Cemara]]'' ([[Exists]])
<li>Aweera - ''[[She's Gone]]'' ([[Steelheart]])
<li>Weera - ''[[She's Gone]]'' ([[Steelheart]])
<li>Pija - ''[[Since U Been Gone]]'' ([[Kelly Clarkson]])
<li>Pija - ''[[Since U Been Gone]]'' ([[Kelly Clarkson]])
<li>Fify - ''[[Tak Tercapai Akalmu]]'' ([[Elyana]])
<li>Fify - ''[[Tak Tercapai Akalmu]]'' ([[Elyana]])
|}
|}
Amylea diberikan imuniti untuk minggu ini.
Amylea diberikan imuniti untuk minggu ini.

{| class="wikitable"
===Minggu 3 (6 Mac 2009)===
Han disingkirkan di awal malam minggu ketiga, dan menyanyi ''[[I Don't Wanna Miss a Thing]]'' (nyanyian asal [[Aerosmith]]) sebelum berundur. [[Jaclyn Victor]] menjadi juri jemputan minggu ini.
{|
|-
|-
|
! Top
#Amy - ''[[Bohemian Rhapsody]]'' ([[Kumpulan Queen|Queen]])
! Imuniti
#Nine - ''[[Getaran Jiwa]]'' ([[P. Ramlee]])
! Tersingkir
#Fify - ''[[Hor or Cold]]'' ([[Katy Perry]])
|-
#Simon - ''[[Juwita]]'' ([[Saleem]])
| Top 11
#Anith - ''[[Pilihlah Aku]]'' ([[Kris Dayanti]])
| Amylea
|
! Ayu
<ol start="6">
<li>Rizu - ''[[Sandaran Hati]]'' ([[Letto]])
<li>Pija - ''[[So What]]'' ([[P!nk]])
<li>Weera - ''[[Gemilang (lagu Jaclyn Victor)|Gemilang]]'' ([[Jaclyn Victor]])
<li>Esther - ''[[I Try]]'' ([[Macy Gray]])
<li>Tomok - ''[[Crazy in Love]]'' ([[Beyoncé]])
|}
|}
Weera diberikan imuniti untuk minggu ini.


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 15:52, 7 Mac 2009

One in a Million
FormatRancangan permainan realiti interaktif
PengacaraMalaysia Awal Ashaari
Malaysia Marion Caunter
JuriMalaysia Syafinaz Selamat
Malaysia Paul Moss
Lagu pembukaan"Star" oleh Jaclyn Victor
Negara asal Malaysia
Penerbitan
Penerbit eksekutifMalaysia Sunil Kumar
PenerbitMalaysia Kiedd Fariz Aziz
Malaysia David Leong
PenyuntingMalaysia Howie Chin
Malaysia N. Shivadas Menon
LokasiPelbagai (Ujibakat)
Tempoh siaranVaries
Penyiaran
Saluran asal8TV
Kronologi
MengikutiOne in a Million (Musim 2)
Pautan luar
Laman sesawang

One in a Million ialah pertandingan realiti nyanyian pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah tunai sejuta ringgit kepada juaranya. Sempena musim ketiga, Awal Ashaari dan Marion Caunter, dan Syafinaz Selamat dan Paul Moss kembali menyandang tugas masing-masing selaku pengacara dan pengadil OIAM.

Ujibakat

Ujibakat OIAM musim ketiga diadakan sepanjang bulan November di lima bandaraya di Malaysia. Berikut merupakan tempat-tempat ujibakat One in a Million:

Bandar Tempat Tarikh
Kota Kinabalu, Sabah Imperial International Hotel 15 November 2008
Kuching, Sarawak Merdeka Palace Hotel & Suites 15 November 2008
Johor Baru, Johor The Puteri Pacific 22 November 2008
Georgetown, Penang Sunway Hotel 22 November 2008
Kuala Lumpur Berjaya Times Square 29 November 2008

Di samping itu, acara jelajah pra-ujibakat turut diadakan di bandar-bandar tersebut (dua minggu sebelum ujibakat masing-masing), menampilkan promosi One in a Million dan persembahan oleh bekas peserta OIAM. Kelima-lima sesi ujibakat awal dikelola oleh juri-juri lain. Para peserta yang layak dari kelima-lima ujibakat awal ini dikehendaki ke Hotel Gardens, Mid Valley, untuk menjalani sesi penilaian utama pada 30 November dan 1 Disember, di mana barulah mereka bertemu dengan Syafinaz dan Paul Moss.

Seperti musim-musim lalu, artis yang pernah atau masih memegang kontrak rakaman masih dialu-alukan turut serta.[1] Kali ini, mereka dikehendaki terus ke ujibakat utama di Gardens tanpa perlu menjalani ujibakat awal. Daripada lebih 30 artis yang mencuba nasib, 15 orang lulus dari ujibakat tersebut termasuk Wan Mohd Shahril, Ridzwan, Amylea bte Azizan (bekas peserta AF3), Norafizah Mohd Yasin (Pija, juara Mentor), Naufara binti Mohd Yasin, Shah Indrawan Ismail (Tomok New Boyz), Rehana, Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan dan lain-lain lagi; antara peserta yang turut mengambil bahagian tetapi tidak berjaya termasuk Abot dan Khadeeja.[2]

Siaran OIAM3 di 8TV yang bermula pada 23 Januari 2009, hanya bermula dari sesi ujibakat utama di Gardens ini, berbeza dari musim lalu yang bermula dari ujibakat awal.

Central Eliminations

80 orang peserta yang layak akan melalui ujian Central Eliminations di Peninsula Residence, Damansara dari 11 hingga 19 Disember[3] (disiarkan pada 6 dan 13 Februari 2009). Kali ini, ujian-ujian disusun semula dari musim lalu agar dapat menuraskan peserta-peserta mengikut mutu bakat. "Blind Test" (menyanyi di sebalik layar lutcahaya agar juri hanya melihat bayang sambil menumpukan penilaian pada suara) dibawa ke hadapan menjadi ujian pertama. Mengikut Paul Moss, dengan cara ini dapatlah para juri membezakan suara siapa yang lebih mudah diingati. 20 orang tersingkir dari ujian ini.

Ujian kedua menyaksikan peserta yang tinggal dibahagi menjadi beberapa kumpulan berenam atau bertujuh (setiap kumpulan sama jantina) untuk menyanyi secara berkumpulan. Kumpulan wanita memilih antara lagu One Step at a Time (Jordin Sparks) dan Cinta di Akhir Garisan (Ziana Zain); kumpulan lelaki pula Juwita (Citra Terindah) (M. Nasir) atau My Girl (The Temptations). 20 peserta lagi disingkirkan di peringkat ini.

40 peserta yang tinggal dibahagi kepada 20 teratas dan 20 terbawah mengikut pilihan para juri, yang mana setiap peserta teratas memilih pemain MP3 dan menghafal lagu di dalam pemain tersebut, lalu memilih seorang peserta terbawah untuk berduet dalam ujian ketiga yang menentukan siapa yang layak menjadi 20 finalis. Paul Moss memesan peserta 20 teratas agar memilih peserta yang lemah supaya kekuatan mereka lebih terserlah. Walau apapun, peserta yang layak dipilih bukan satu dari setiap pasangan tetapi mengikut penilaian keseluruhan.

Central Eliminations diakhiri dengan penilaian individu yang mana setiap peserta naik pentas secara keseorangan atau berpasangan, menyanyi secara solo di hadapan juri, lalu diberitahu nasibnya sejurus selepas nyanyian berakhir. Hanya dua belas orang yang dipilih untuk berentap dalam pertandingan.

Finalis

Musim ini menyaksikan enam artis rakaman berentap sesama enam wajah baru. Berikut adalah nama penuh, gelaran SMS, umur (di awal peringkat pertandingan), tempat asal dan butiran masing-masing bagi kesemua 12 finalis OIAM3.

Nasharul Aweera bin Noriyissham (Weera, 18, Kangar, Perlis) ialah peserta bersuara lantang yang berazam untuk mengembalikan kegemilangan rock 1980-an.

Norafizah binti Mohamad Yasin (Pija, 20, Ampang, Kuala Lumpur) pernah menjuarai musim pertama Mentor, tetapi sejak itu kurang berjaya dalam industri muzik. Adiknya Naufara juga mencuba nasib bersamanya tetapi tersungkur di Central Eliminations.

Muhammad Ridzuan bin Sharifuddin (Rizu, 19, Klang, Selangor) pernah mengeluarkan single-single Permata Kasih, Teristimewa & Ratnaku pada pertengahan dekad 2000-an. Beliau ialah pemenang kategori Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik 2006 dan Artis Cemerlang Baru Terbaik di Pesta Muzik Asia Shanghai 2006.[4]

Anith Aqilah binti Sulaiman Lim (Anith, 17, Batu Caves, Selangor) ialah peserta yang termuda sekali di kalangan Top 12.

Shah Indrawan bin Ismail (Tomok, 25, Cheras, Kuala Lumpur) sudah lama tidak asing lagi sebagai penyanyi utama kumpulan New Boyz. Hasratnya untuk berjaya di OIAM adalah membuka studio rakaman sendirinya dan menghasilkan album bermutu.[5]

Zulqarnain bin Jaafar (Nine, 27, Alor Setar, Kedah) terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Coco. Beliau merupakan yang tertua di kalangan 12 finalis. Tujuan beliau menyertai OIAM termasuklah menaikkan nama kugirannya itu.[6]

Fify Emielia Shazlin binti Ahmad Murshaidi (Fify, 19, Klang, Selangor) gemar rentak pop rock dan pernah menyertai Bintang Klasik Nasional RTM pada tahun 2007.[7]

Simon Christopher Michael (Simon, 26, Sungai Petani, Kedah) menggemari muzik rock dan pop rock.[8] Dia pernah mencuba nasib di musim kedua pada tahun 2007, tetapi gagal memasuki Top 12 setelah ditewaskan Shila di pusingan penentuan Top 20. Beliau bergelar "the Boss" kerana paling besar di kalangan Top 12.

Amylea binti Azizan (Amy, 22, Ampang, Selangor) ialah pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 2005.

  • Meraih imuniti: 27 Februari 2009

Rehana binti Mohd Yunus (Han, 21, Labuan) pernah menduduki tempat ketiga pertandingan Suara Emas Bintang RTM pada tahun 2007.[9]

Elizabeth Applunius Chin (Esther, 21, Kota Kinabalu, Sabah) pernah mengeluarkan album berbahasa Kadazandusun pada tahun 2005.[10]

  • Meraih imuniti: 20 Februari 2009

Nur Hidayu Binti Md Tekhary (Ayu, 20, Batu Caves, Selangor) menyertai OIAM3 untuk menyara hidup ibu bapanya sebagai tanda mengenang jasa mereka. Dia pernah melatih nyanyian di ASWARA.[11] Dia menggemari Datuk Siti Nurhaliza juara musim lalu iaitu Norayu Damit yang kebetulan sama nama singkat dengannya.

  • Tersingkir: 27 Februari 2009

Pertandingan

Pertandingan nyanyian mingguan diadakan pada malam Jumaat, siaran bermula pukul 9.30 malam, bermula 20 Februari 2009, di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Kejutan terbaru musim ini adalah, setiap minggu imuniti diberikan oleh juri kepada seorang peserta yang mereka rasa adalah yang terbaik pada malam itu, sekaligus membolehkan peserta berkenaan terkecuali dari proses undian. Undian dibuka selepas persembahan, yang mana para penonton boleh mengundi melalui SMS untuk mengekalkan atau menyingkirkan seseorang peserta. Penyingkiran dijalankan pada permulaan setiap malam pertandingan yang seterusnya.

Minggu 1 (20 Februari 2009)

Malam pertandingan pertama dibuka tirainya dengan nyanyian lagu Itu Kamu (nyanyian asal Estranged) oleh kesemua 12 finalis. Seperti biasa, Awal dan Marion memperkenalkan setiap finalis satu demi satu, mengimbau kembali pengalaman para juri sepanjang ujibakat, dan menanyakan harapan juri musim ini.

  1. Anith - That's What You Get (Paramore)
  2. Amy - Aku Skandal (Hujan)
  3. Simon - Home (Daughtry)
  4. Ayu - Matahari Ku (Agnes Monica)
  5. Fify - If I Were a Boy (Beyoncé)
  6. Weera - Aku Dah Bosan (Amy Search)
  1. Pija - Lagu Untukmu (MeetUncleHussain)
  2. Nine - Cinta Ini Membunuhku (D'Masiv)
  3. Han - Menjaga Hati (Yovie & Nuno)
  4. Tomok - Cuba (Faizal Tahir)
  5. Esther - Better in Time (Leona Lewis)
  6. Rizu - Juwita Citra Terindah (M. Nasir)

Sebelum talian undian dibuka, para juri membongkar rahsia yang disimpan sepanjang persembahan iaitu sistem imuniti, yang dikurniakan kepada Esther pada malam ini.

Minggu 2 (27 Februari 2009)

Ayu menjadi peserta pertama yang tersingkir dari pertandingan; sebelum berpisah dia sempat menyanyikan Makhluk Tuhan Paling Seksi (nyanyian asal Mulan Jameela). Malam bertemakan "Memori Tercipta" (lagu-lagu terkenang seseorang) menyaksikan Salamiah Hassan menjadi juri jemputan.

  1. Esther - Mengenangmu (Kerispatih)
  2. Han - Getaran Jiwa (P. Ramlee)
  3. Simon - Knocking On Heaven's Door (Guns N' Roses)
  4. Nine - Berita Dari Rantau (Alleycats)
  5. Amy - Akan Tiba (Alif Satar)
  6. Rizu - My Way (Frank Sinatra)
  1. Anith - Rindu (Hetty Koes Endang)
  2. Tomok - Rahsia Pohon Cemara (Exists)
  3. Weera - She's Gone (Steelheart)
  4. Pija - Since U Been Gone (Kelly Clarkson)
  5. Fify - Tak Tercapai Akalmu (Elyana)

Amylea diberikan imuniti untuk minggu ini.

Minggu 3 (6 Mac 2009)

Han disingkirkan di awal malam minggu ketiga, dan menyanyi I Don't Wanna Miss a Thing (nyanyian asal Aerosmith) sebelum berundur. Jaclyn Victor menjadi juri jemputan minggu ini.

  1. Amy - Bohemian Rhapsody (Queen)
  2. Nine - Getaran Jiwa (P. Ramlee)
  3. Fify - Hor or Cold (Katy Perry)
  4. Simon - Juwita (Saleem)
  5. Anith - Pilihlah Aku (Kris Dayanti)
  1. Rizu - Sandaran Hati (Letto)
  2. Pija - So What (P!nk)
  3. Weera - Gemilang (Jaclyn Victor)
  4. Esther - I Try (Macy Gray)
  5. Tomok - Crazy in Love (Beyoncé)

Weera diberikan imuniti untuk minggu ini.

Rujukan

  1. ^ "OIAM kembali untuk musim ketiga". gua.com.my. 2008-11-12. Dicapai pada 2008-11-12.
  2. ^ Mohd Nasif Baharuddin (2008-12-06). "30 artis sasar RM1j". Harian Metro. Dicapai pada 2008-12-06.
  3. ^ Tan, Anne (2008-11-25). "Striving to be one in a million". The Star. Dicapai pada 2008-12-04.
  4. ^ Profile: Rizu
  5. ^ Profile: Tomok
  6. ^ Profile: Nine
  7. ^ Profile: Fify
  8. ^ Profile: Simon
  9. ^ Khadijah Ibrahim (2007-07-03). "Suara Emas Bintang RTM 2007 lahirkan bintang baru". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2009-03-02.
  10. ^ Profile: Esther
  11. ^ Profile: Ayu

Pautan luar