A-10 Thunderbolt II: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SilvonenBot (bincang | sumb.)
Darkicebot (bincang | sumb.)
Baris 83: Baris 83:
[[fi:A-10 Thunderbolt II]]
[[fi:A-10 Thunderbolt II]]
[[sv:Fairchild-Republic A-10]]
[[sv:Fairchild-Republic A-10]]
[[th:เอ-10 ธันเดอร์โบลท์ II]]
[[th:เอ-10 ธันเดอร์โบลท์ 2]]
[[vi:A-10 Thunderbolt]]
[[vi:A-10 Thunderbolt]]
[[tr:A-10 Thunderbolt II]]
[[tr:A-10 Thunderbolt II]]

Semakan pada 22:30, 7 Mac 2009

A-10 Thunderbolt II
A-10 Thunderbolt II
Penerangan
Jenis Pesawat sokongan udara
Pengeluar Fairchild-Republic
Kos seunit AS$ 11.7 juta (sekitar RM 37 juta)
Penerbangan sulung 10 Mei 1972
Pengguna pertama Tentera Udara Amerika Syarikat
Krew 1
Dimensi
Panjang 16.16 m (53 kaki 4 in)
Tinggi 4.42 m (14 kaki 8 in)
Panjang sayap 17.42 m (57 kaki 6 in)
Luas sayap 47 m² (506 kaki²)
Berat
Berat tanpa muatan 9,761 kg (21,519 paun)
Berat muatan penuh 14,846 kg (32,730 paun)
Berat berlepas maksimum 22,950 kg (51,000 paun)
Janakuasa
Enjin 2 kipas turbo General Electric TF34-GE-100
Tujahan maksimum 40 kN (9,065 paun) setiap enjin
Persenjataan
Meriam 1× 30 mm (1.18 in) meriam gatling GAU-8/A Avenger dengan 1174 tembakan seminit.
Bom 11 pylon (3 di bawah sayap dan 8 di bawah fiuslaj) seberat 7,200 kg (16,000 paun) dan disesuaikan dengan bom-bom tertentu.
Prestasi
Kelajuan maksimum 676 km/j (420 batu/j)
Jarak pemanduan 4,091 km (2,542 batu)
Jarak tempur 1,000 km (620 batu)
Altitud tertinggi 13,636 m (45,000 kaki)
Kadar panjat 1,828 m/min (6,000 kaki/min)
Formasi pesawat A-10 Thunderbolt II.

Kapal terbang Fairchild-Republic A-10 Thunderbolt II adalah sejenis pesawat penyerang satu tempat duduk yang direka khusus untuk memberikan bantuan serangan rapat ataupun bantuan udara rapat kepada pasukan-pasukan tentera darat. Pesawat ini direka khusus sebagai pesawat antikereta kebal, dan boleh memusnahkan kereta kebal, kereta perisai dan lain-lain sasaran di darat.

Pesawat ini boleh juga digunakan untuk memberikan kawalan udara hadapan atau forward air control dan memberikan petunjuk kepada lain-lain pesawat penyerang. Pesawat ini adalah pesawat pertama Tentera Udara Amerika Syarikat yang dibina khusus untuk peranan bantuan udara rapat bagi membantu pasukan-pasukan darat.

Nama kapal terbang ini asalnya digunakan untuk pesawat Republic P-47 Thunderbolt yang berkhidmat sebagai pesawat pejuang semasa Perang Dunia II. Pesawat P-47 bukan sahaja cemerlang menjalankan misi mengiring pasukan pesawat pengebom B-17 Superfortress dan B-24 Liberator dalam misi pengeboman ke atas Berlin, tetapi pesawat ini juga menjadi jaguh dalam peranan serangan sasaran darat, khususnya dalam memberikan serangan bantuan rapat.

Namun demikian, di kalangan anggota tentera dan juruterbangnya, pesawat ini dipanggil Warthog ataupun Hog sahaja. Kerangka yang sama digunakan untuk pesawat OA-10 bila digunakan untuk peranan kawalan udara hadapan.

Latar Belakang

Pesawat A-10 dibangunkan untuk mengatasi masalah kerentanan pesawat-pesawat yang menjalankan serangan bantuan rapat kepada serangan oleh pasukan pertahanan darat yang menggunakan senjata terdiri dari artileri antiudara dan tembakan oleh peluru dari pelbagai kaliber dan juga peluru berpandu darat ke udara semasa Perang Vietnam. Jumlah kehilangan pesawat yang menjalankan serangan bantuan rapat semasa Perang Vietnam amat tinggi. Perang tersebut menonjolkan peranan yang dimainkan oleh pesawat A1 Skyraider yang berupaya berlegar ataupun loiter untuk jangka masa yang lama sambil membawa persenjataan yang berat.

Kelasakan pesawat A-10 Thunderbolt terbukti apabila pesawat yang dipandu Kim Campbell berjaya pulang dengan selamat ke pangkalan walaupun mengalami kerosakan teruk semasa menyerang kota Baghdad.

Lihat juga

Senarai kategori kapal terbang