Teo Wei Sing: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rimara (bincang | sumb.)
Hezery99 (bincang | sumb.)
k Teo wei sing dipindahkan ke Teo Wei Sing: Salah ejaan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:23, 11 Mac 2009

Teo Wei Sing merupakan penulis sajak berbangsa Cina yang berkecimpung dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai, Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Thomas, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART). Ijazah sarjana muda beliau diperolehi di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dalam jurusan Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama). Beliau mendapat didikan daripada Sasterawan Negara, S. Othman Kelantan dan bimbingan daripada Prof. Madya. Dr. Lim Swee Tin. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah sambilan di Kolej Taylor’s Petaling Jaya. Sajak beliau telah dibukukan dalam antologi cerpen dan sajak yang berjudul "DENDANG DUNIA" bersama rakan.


Hasil karya

Dendang Dunia (antologi cerpen dan sajak)
Suara Anak Pahang (antologi sajak)

Pautan luar

laman blog Teo Wei Sing