Sungai Mekong: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Darkicebot (bincang | sumb.)
k bot menambah: simple:Mekong River
Alexbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: zh-yue:湄公河
Baris 164: Baris 164:
[[ur:دریائے میکانگ]]
[[ur:دریائے میکانگ]]
[[wuu:湄公河]]
[[wuu:湄公河]]
[[zh-yue:湄公河]]
[[zh:湄公河]]
[[zh:湄公河]]

Semakan pada 13:14, 5 April 2009

Mekong (Mae Nam Khong)
Láncāng Jiāng, Mae Khaung, Mènam Khong, Mékôngk, Tonle Thom, Cửu Long Giang
Sungai Mekong sebelum matahari terbenam.
Countries China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam
Length 4,350 km (2,700 mi)
Watershed 795,000 km² (307,000 mi²)
Discharge at Laut China Selatan
 - average 16,000 /s (570,000 ft³/s)
 - maximum 39,000 /s (1,380,000 ft³/s)
Source Mata air Lasagongma
 - location Gunung Guozongmucha, Qinghai, China
 - coordinates 33°42′31″N 94°41′44″E / 33.70861°N 94.69556°E / 33.70861; 94.69556
 - elevation 5,224 m (17,139 ft)
Mouth Delta Mekong
 - elevation m (0 ft)
Sungai Mekong di selatan Laos.

Sungai Mekong adalah sungai ke-10 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Semua negara kecuali China dan Myanmar menyertai Suruhanjaya Sungai Mekong.

Di kawasan ini berlaku perbezaan musim yang ketara dan perubahan aliran yang keterlaluan. Di sepanjang sungai ada jeram dan air terjun dan sangat sukar untuk dimudiki.

Asal nama

Asal nama Sungai Mekong dari bahasa etnik Tai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bermaksud Sungai Khong, induk kepada segala sungai. Dialek China pula menyebut 'Meigong He'. Sesetengah yang lain memanggilnya Lancang Jiang (Sungai Lancang). Bahasa Burma memanggilnya Mae Kahung. Bahasa Thai pula 'Mae Nam Khong'. Kong bermaksud buaya besar.

Hulu sungai

Hulu Sungai Mekong tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana ada banyak cawangan dan masih belum diukur dengan tepat akibat masalah komunikasi dan keselamatan. Menurut Persatuan Eksplorasi Sains China, punca sungai ini ialah di air panas Lasagongma yang terletak pada altitud 5224 m. Air panas ini terletak di Gunung Guozongmucha dan banjaran Zayagu. Terletak di barat laut China iaitu di wilayah Qinghai. Ekspedisi oleh Michel Piessel menyatakan Zanaqu sebagai hulu sungai Mekong. Jadi panjang sungai Mekong akan berubah kepada 4909 km.

Catatan tradisional China menyatakan hulu Sungai Mekong terletak di negara Tibet yang dipanggil Daza Chu. Di negara Laos, hulu sungai Mekong terletak di Sungai Ruak, di segi tiga emas.

Sungai Mekong membahagikan negara Laos dan Thailand.

Di Kemboja, sungai ini dipanggil Tonle Thom (sungai besar). Sungai ini betul-betul di atas Phnom Penh, iaitu kuala Tasik Tonle Sap. Mengalir ke selatan dan membentuk Delta Mekong di Vietnam.

Di Vietnam, keseluruhan rakyatnya memanggilnya Sungai Me kong. Ia berkait dengan cerita 'sembilan kepala naga'. Terbahagi kepada dua cawangan sungai iaitu Tien Giang dan Hau Giang.

Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama sekali pesawah padi. Lebih 140,000 km persegi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.

Sejarah

Catatan sejarah menunjukkan telah wujud petempatan di Ban Chiang sejak zaman logam iaitu 2100 SM. Tamadun budaya Indian-Khmer wujud di Funan dekat tebing Sungai Mekong.

Satu kajian arkeologi di Oc Eo, berdekatan An Gaing menemui kepingan syiling dari Empayar Rom. Empayar Khmer wujud sejak abad ke-5 dan Angkor Wat menjadi bukti terbesar kewujudannya.

Penjelajah Eropah yang mula sampai ialah Antonio de Faria dari Portugis pada 1540 Masihi. Peta tahun 1563 yang dilukis menunjukan Sungai Mekong menjadi delta di muara sungai. Sepanyol dan Portugis menjalankan misi agama Kristian dan perdagangan. Kemudian orang Belanda diketuai oleh Gerrit van Wuysthoff mudik di Sungai Mekong hingga ke Vientiane, Laos pada 1641-1642.