Afrika Selatan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Palica (bincang | sumb.)
k robot Adding: am, an, ar, ast, bg, bs, cs, et, gl, he, hi, hr, ht, hu, io, is, ko, ks, lb, li, mi, mk, nn, rm, ro, sa, scn, sk, sq, sr, tl, tr, uk, vi, zh Modifying: ang, ja, lv, nds, no
Master2841 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
:''Rencana ini adalah tentang sebuah negara. Untuk rencana mengenai benua Selatan Afrika, lihat [[Selatan Afrika]]''


{| border=1 cellpadding="2" cellspacing="0" width="300px" align="right" style="margin-left: 10px"
{| border=1 cellpadding="2" cellspacing="0" width="300px" align="right" style="margin-left: 10px"
|+<font size="+1">'''Republik Afrika Selatan <br>IRiphabliki yaseNingizimu Afrika <br> Republiek van Suid-Afrika <br> Republic of South Africa'''
|+<font size="+1">'''Republik Afrika Selatan <br>IRiphabliki yaseNingizimu Afrika <br> Republiek van Suid-Afrika <br> Republic of South Africa'''

Semakan pada 17:51, 23 Mac 2006

Rencana ini adalah tentang sebuah negara. Untuk rencana mengenai benua Selatan Afrika, lihat Selatan Afrika


Republik Afrika Selatan
IRiphabliki yaseNingizimu Afrika
Republiek van Suid-Afrika
Republic of South Africa
Fail:South africa flag medium.png Fail:Za-coa.png
Bendera Jata
Cogan kata negara: !ke e: /xarra //ke
Khoisan: Rakyat majmuk bersatu
Bahasa-bahasa rasmi Afrikaans, Inggeris, Zulu, Xhosa, Swazi, Ndebele, Sotho Selatan, Sotho Utara, Tsonga, Tswana dan Venda
Ibu kota Cape Town (legislatif)
Pretoria (eksekutif)
Bloemfontein (kehakiman)
Presiden Thabo Mbeki
Keluasan 1,219,912 km²
Penduduk
 - Jumlah
 - Kepadatan

43,647,658 (2002)

36/km²
Kemerdekaan
 - Tarikh
Daripada Inggeris
31 Mei 1910
Mata wang Rand
Zon masa UTC +2
Lagu kebangsaan Nkosi Sikelel iAfrica dan Die Stem/The Call
Domain Internet .za
Kod panggilan 27

Afrika Selatan adalah sebuah republik di selatan Afrika. Ianya bersempadan dengan Namibia, Botswana dan Zimbabwe di utara, Mozambique dan Swaziland ditimur laut. Manakala, keseluruhan negara Lesotho terletak di pendalaman Afrika Selatan.

Pada suatu masa dahulu kerajaan negara ini dikecam kerana dasar 'apartheid'nya tetapi sekarang ia adalah sebuah negara demokratik dengan penduduk kulit putih terbesar di benua Afrika. Afrika Selatan merupakan negara pelbagai bangsa dan ia mempunyai 11 bahasa rasmi. Ia juga terkenal sebagai pengeluar berlian, emas dan platinum yang utama di dunia.

Sejarah

Untuk rencana lanjutan lihat: Sejarah Afrika Selatan

Afrika Selatan merupakan negara tertua di benua Afrika. Ramai puak telah menjadi penghuninya termasuklah puak Khoi, Bushmen, Xhosa dan Zulu. Peneroka Belanda telah tiba disini pada 1652 dan mereka dikenali sebagai Afrikaner. Namun demikian, British juga berminat dengan negara ini, terutamanya selepas penemuan berlian yang banyak. Ini telah mencetus Perang British-Belanda dan dua perang Boer. Pada 1910, empat republik utama telah digabungkan di bawah kesatuan Afrika Selatan. Pada 1931, Afrika Selatan telah menjadi jajahan British sepenuhnya.

Walaupun negara ini berada di bawah jajahan British, mereka terpaksa berkongsi kuasa dengan pihak Afrikaner. Perkongsian kuasa ini telah berlanjutan hingga 1940an, bila parti pro-Afrikaner iaitu Parti Kebangsaan (NP) mencapai majoriti di Parlimen. Para strategi parti tersebut telah mencipta dasar apartheid (yang dikuatkuasakan pada tahun 1948), suatu cara untuk mengawal sistem ekonomi dan sosial negara dengan mengekalkan dominasi kulit putih dan diskriminasi perkauman. Namun demikian kerajaan British kerap menggagalkan usaha Apartheid yang menyeluruh di Afrika Selatan. Oleh itu pada tahun 1961, selepas suatu pungutan suara kaum kulit putih, negara ini telah diisyhtiharkan sebagai sebuah republik. Bermula pada 1960an, 'Grand Apartheid' telah dilaksanakan yang menekankan pengasingan wilayah dan kezaliman pihak polis.

Penindasan kaum kulit hitam telah berlanjutan sehingga akhir abad ke 20. Pada Februari 1990, rentetan dari pemulauan antarabangsa dan tentangan hebat dari pelbagai gerakan anti-apartheid terutamanya Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), kerajaan Parti Kebangsaan di bawah pimpinan Presiden F.W. de Klerk telah menarik balik pengharaman Kongres Kebangsaan Afrika dan persatuan politik berhaluan kiri yang lain dan membebaskan Nelson Mandela dari penjara. Undang-undang apartheid telah dimansuhkan secara perlahan-lahan dan pilihan raya pelbagai bangsa yang pertama telah diadakan pada tahun 1994. Parti ANC telah meraih kemenangan yang besar dan Nelson Mandela, telah dilantik sebagai Presiden kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan.Walaupun kuasa telah berada ditangan kaum kulit hitam, berjuta-juta penduduknya masih hidup dalam kemiskinan.

Sewaktu Nelson Mandela menjadi Presiden negara ini selama 5 tahun, kerajaannya telah berjanji untuk melaksanakan perubahan terutamanya dalam isu-isu yang telah diabaikan semasa era apartheid. Antara isu-isu yang ditangani oleh kerajaan pimpinan ANC termasuklah pengangguran, wabak AIDS, kekurangan perumahan dan jenayah. Pentadbiran Mandela juga mula memperkenalkan kembali Afrika Selatan kepada ekonomi global setelah beberapa tahun dipulaukan disebabkan amalan apartheid. Disamping itu, dalam usaha mereka untuk menyatukan rakyat semula kerajaan telah menubuhkan satu suruhanjaya yang dikenali sebagai Truth and Reconciliation Committee (TRC) dibawah pimpinan Biskop Desmond Tutu. Suruhanjaya ini berperanan untuk memantau agensi kerajaan seperti agensi polis agar masyarakat Afrika Selatan boleh hidup dalam aman dan harmoni. President Mandela telah menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pendamaian di tahap nasional, dan cuba untuk membina satu identiti untuk Afrika Selatan dalam masyarakat majmuk yang terpisah akibat konflik perkauman sejak beberapa dekad. Kebolehan Mandela dalam mencapai objektifnya jelas terbukti kerana selepas 1994 negara ini telah bebas dari keganasan politik. Nelson Mandela telah meletak jawatan sebagai Presiden parti ANC pada Disember 1997, untuk memberi laluan kepada Presiden yang baru iaitu Thabo Mbeki. Mbeki dipilih sebagai presiden Afrika Selatan selepas memenangi pilihan raya nasional pada tahun 1999, dan partinya menang tipis dua pertiga majoriti di parlimen. Presiden Mbeki telah mengalih tumpuan kerajaan daripada pendamaian kepada perubahan, terutamanya dari segi ekonomi negara.

Politik

Untuk rencana lanjutan lihat: Politik Afrika Selatan

Bangunan National Assembly di Cape Town

Afrika Selatan merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan sistem "three-tier" dan institusi kehakiman yang bebas. Terdapat tiga peringkat iaitu kebangsaan, wilayah dan kerajaan tempatan yang mempunyai badan legislatif serta eksekutif dengan bidangkuasa yang terhad dalam sfera masing-masing.

Presiden Afrika Selatan memegang dua jawatan iaitu sebagai Ketua Negara dan juga Ketua kerajaan. Beliau dipilih sewaktu kedua-dua dewan bergabung, iaitu Perhimpunan Kebangsaan (National Assembly) dan Majlis Negeri-Negeri Kebangsaan (National Council of Provinces). Lazimnya, Presiden adalah pemimpin parti majoriti di Parlimen.

Perhimpunan Kebangsaan mempunyai 400 ahli yang dipilih melalui pilihan raya secara perwakilan seimbang atau "proportional representation". Majlis Negeri-Negeri Kebangsaan (NCoP), yang telah menggantikan Senat pada 1997, terdiri dari 90 ahli yang mewakili setiap 9 negeri termasuk bandar-bandar besar di Afrika Selatan.

Di Afrika Selatan, pilihan raya diadakan setiap 5 tahun dan setiap rakyat berusia 18 tahun keatas diwajibkan mengundi. Pilihan raya terakhir ialah pada April 2004, dimana parti ANC berjaya memenangi 69.68% kerusi diparlimen. Parti ini bersama Parti Kebebasan Inkatha (6.97%) telah membentuk barisan kerajaan. Parti pembangkang utama pula termasuklah Democratik Alliance atau Barisan Demokratik (12.37%) , Pergerakan Demokratik Bersatu atau UDM (2.28%), Demokrat Bebas atau ID (1.73%), Parti Kebangsaan Baru atau NNP (1.65%) dan Parti Demokratik Kristian Afrika atau ACDP(1.6%).

Disamping itu, setiap negeri di Afrika Selatan mempunyai satu penggubal undang-undang negeri dan Majlis Eksekutif yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri atau "Premier".

Negeri dan bandar

Fail:PetaProvinsiAfrikaSelatan.jpg
Peta Afrika Selatan

Negeri

Afrika Selatan terdiri dari sembilan negeri (province) iaitu:

Bandar Utama

Bandar-bandar utama di Afrika Selatan termasuk Johannesburg, Durban, Cape Town, Pretoria, Kimberley, Port Elizabeth dan Bloemfontein.

Geografi

Untuk rencana lanjutan lihat: Iklim Afrika Selatan

Afrika Selatan terletak di 29° 00' S, 24° 00' T. Luas kawasannya adalah 1,219,912 km² termasuk Pulau Robben dan Kepulauan Prince Edwards (Pulau Marion dan Pulau Prince Edward). Afrika Selatan bersempadan dengan Lautan Atlantik di pantai barat dan Lautan Selatan dan Lautan Hindi di pantai timur. Arus utama di lautan tersebut adalah arus sejuk Benguela dan arus suam Agulhas. Titik paling rendah adalah Lautan Atlantik pada 0 m dan paling tinggi ialah Njesuthi pada ketinggian 3,408 m.

Afrika Selatan mempunyai iklim yang berbeza-beza. Di barat-daya negara ini, iklimnya adalah Mediterranean, di kawasan pendalaman ia beriklim sederhana, dan di timur-laut iklimnya adalah separa tropika atau "subtropical".

Afrika selatan merupakan sebuah negara yang kaya dengan galian bernilai seperti emas, platinum dan berlian. Galian semulajadinya termasuklah emas, kromium, antimoni, arang, bijih besi, manganese, nikel, fosfat, bijih timah, uranium, berlian, platinum, kuprum, vanadium, garam, gas asli.

Ekonomi

Afrika Selatan adalah sebuah negara maju dengan penduduk yang berpendapatan sederhana. Negara ini kaya dengan galian terutamanya galian bernilai tinggi seperti emas, platinum dan berlian. Ia juga mempunyai sistem kewangan, perundangan, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur yang maju dan moden. Bursa sahamnya di Johannesburg begitu aktif, sehinggakan ia pernah berada di tangga ke-10 terbesar di dunia.

Fail:Inn di Afrika Selatan.jpg
Tempat penginapan di tengah hutan

Sejak kedatangan British di sini, ekonomi negara bergantung kepada sektor perlombongan. Tetapi beberapa dekad yang lalu, ia telah digantikan oleh sektor pengeluaran. Sektor industri Afrika Selatan yang sangat maju, telah menjadikannya ekonomi ke-25 terbesar di dunia. Dengan hanya 7% penduduk dan 4% jumlah kawasan keseluruhan Afrika, Afrika Selatan mengeluarkan lebih satu pertiga produk dan perkhidmatan di Afrika, dan hampir 40 % pengeluaran industri di Afrika. Bahan komoditi yang dieksport: alat-alat mesin, makanan dan peralatan, bahan kimia, produk petroliam dan peralatan saintifik.

Namun demikan, jangkitan HIV merupakan masalah kritikal di negara ini. Dianggarkan 4.79 juta penduduknya dijangkiti AIDS dan kerajaan Afrika yang baru terpaksa berbelanja berjuta-juta Rand untuk menangani masalah ini. Sejak Afrika Selatan membuka sempadannya selepas tamatnya Apartheid, sindiket jenayah antarabangsa telah menembusi negara ini. Kini, Afrika Selatan adalah pengeluar dadah marijuana terbesar di dunia. Pergolakan politik di Zimbabwe juga memberi impak yang buruk kepada ekonomi negara ini. Ramai pelabur asing bimbang masalah ini akan berlanjutan ke Afrika Selatan. Pada tahun 2002, masalah-masalah ini telah menjadi faktor utama penurunan nilai Rand sebanyak 30 peratus tetapi pada tahun ini matawang Rand telah kembali kukuh.

Akibat dasar Apartheid yang dlaksanakan selama lebih empat dekad, kemiskinan di kalangan penduduk kulit hitam merupakan masalah paling utama kerajaan baru Afrika Selatan. Pada akhir 1980an dianggarkan 16 juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan dan 2.3 juta orang berisiko kebuluran dan kurang zat makanan. Walaupun begitu, kerajaan kulit hitam Afrika Selatan telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 42% pada 1994 ke 24% pada tahun 2003.

Demografi

Demografi di Afrika Selatan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu: orang kulit hitam, orang kulit putih, orang berwarna (orang dari Asia atau peranakan) dan orang berbangsa India.

Kaum yang terbesar di Afrika Selatan adalah kaum pribumi berkulit hitam iaitu 77% jumlah penduduk disini. Penduduk kulit hitam terdiri dari masyarakat majmuk yang boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan etnik berdasarkan kepada bahasa masing-masing. Kumpulan yang terbesar iaitu 50% penduduk Afrika disini adalah yang berbahasa Nguni termasuk bangsa Ndebele, Swazi, Xhosa dan Zulu. Kumpulan yang kedua terbesar adalah yang berbahasa Sotho-Tswana, termasuklah beberapa bangsa Sotho, Pedi, dan Tswana dan merupakan majoriti di kebanyakan kawasan Highveld. Dua kumpulan yang terakhir adalah Tsonga, atau Shangaan, yang tertumpu di Utara dan wilayah Mpumalanga, dan Venda, yang juga tertumpu di wilayah utara Afrika Selatan.

Kaum kulit putih terdiri dari 11% penduduk di sini, yang berbangsa Belanda, Perancis, Inggeris dan Jerman. Kebanyakan orang Eropah di negara ini adalah keturunan peneroka-peneroka awal di koloni Cape. Terdapat juga kumpulan minoriti Portugis — kumpulan pertama dari keturunan peneroka Eropah yang awal, manakala kumpulan kedua keturunan hamba abdi Belanda yang datang dari Indonesia.

9% dari penduduk Afrika Selatan terdiri dari bangsa berwarna atau coloured. Bangsa ini termasuklah kumpulan peranakan dan juga pendatang Asia, termasuk orang Melayu dan Indonesia (dipanggil Cape Malays) yang dibawa masuk untuk bekerja sebagai kuli di Natal. Manakala, 3% lagi terdiri dari bangsa India yang berasal dari pedagang-pedagang India.

Pendidikan

Untuk senarai universiti sila lihat: Universiti di Afrika Selatan

Untuk rencana lanjutan sila lihat: Sejarah Pendidikan Afrika Selatan

Di Afrika Selatan, alam persekolahan adalah selama 13 tahun - atau gred. Namun, tahun pertama pendidikan atau gred 0 dan tiga tahun terakhir iaitu dari gred 10 hingga gred 12 (juga dipanggil "matric") adalah tidak wajib. Kebanyakan sekolah rendah menawarkan gred 0. Tetapi gred ini boleh juga dibuat di tadika. Lazimnya untuk memasuki universiti, seseorang itu wajib melepasi "matric" dengan minimum tiga matapelajaran gred tinggi dan bukan sekadar lulus (standard). Malah beberapa universiti yang berprestij akan mengenakan syarat akademik yang lebih tinggi. Walaupun begitu, mereka yang lulus "National Senior Certificate" layak untuk belajar di "technikon" atau kolej teknikal.

Di bawah sistem apartheid, sistem pendidikannya dirangka mengikut warna kulit iaitu kementerian yang berasingan untuk pelajar kulit putih, berwarna, Asian, dan kaum kulit hitam diluar bantustan. Pengasingan ini telah menghasilkan 14 kementerian pendidikan yang berbeza di negara ini.

Pengstrukturan sistem pendidikan selepas era-apartheid merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan negara ini. Kerajaan baru telah membentuk suatu sistem pendidikan kebangsaan tanpa diskriminasi kaum tetapi menggabungkan 14 kementerian pendidikan merupakan tugas yang sukar. Oleh itu pada Februari 1996, Kementerian Pendidikan telah melancarkan satu kurikulum baru yang dinamakan "Curriculum 2005". Kurikulum ini yang akan menggantikan dasar pendidikan berdasarkan apartheid, akan memberi tumpuan kepada "outcome" atau hasilnya iaitu pelajar akan menjadi lebih proaktif dalam persekitarannya dan juga di dalam masyarakat. Untuk mencapai objektif ini, pada 1999 kerajaan telah memperuntukkan 5.7 peratus belanjawan untuk sektor pendidikan termasuk membina 2,000 sekolah-sekolah baru, 65,000 bilik darjah yang baru dan beralatan penuh, 60,000 guru-guru yang terlatih dan 50 juta buku teks yang dicetak.

Pada 2004, Afrika Selatan mempunyai 366,000 guru dan hampir 28,000 sekolah-sekolah -termasuk 390 sekolah khas dan 1,000 sekolah swasta. Dari jumlah ini, 6,000 adalah sekolah tinggi (gred 7 hingga gred 12) dan selebihnya adalah sekolah rendah (gred 1 hingga gred 6).

Afrika Selatan juga mempunyai suatu sistem pendidikan tinggi yang maju, yang juga dipisahkan mengikut ras sewaktu era apartheid. Pada 1995 terdapat 385,000 pelajar yang belajar di 21 universiti dan 190,000 pelajar di "technikon" (institut teknikal atau vokasional). Hampir 37 peratus adalah dari golongan kulit putih. Tetapi sejak 1994, penyertaan pelajar kulit hitam di universiti-universiti yang dikhaskan untuk pelajar kulit putih telah bertambah secara mendadak.[1]

Budaya

Untuk rencana lanjutan sila lihat: Budaya pelbagai bangsa di Afrika Selatan

Pergaulan bebas dikalangan masyarakat Afrika Selatan di kawasan-kawasan bandar dan penindasan budaya kaum kulit hitam sewaktu era apartheid telah mengakibatkan hilangnya cara hidup lama di bandar-bandar disini. Namun, budaya kulit hitam masih wujud di kawasan desa. Beberapa perbezaan budaya tetap ada diantara etnik-etnik di sana, seperti adat perkahwinan dan pantang-larang mereka. Tetapi pada umumnya, tradisi masyarakat kulit hitam adalah berlandaskan kepercayaan kepada dewa-dewa yang perkasa serta maskulin, semangat nenek-moyang dan kuasa-kuasa ghaib. Poligami juga dibenarkan dan "lobolo" (mas kahwin) biasanya akan dibayar. Kerbau memainkan peranan penting dalam kebanyakan budaya, sebagai simbol kekayaan dan binatang korban.

Seni Afrika Selatan boleh dilihat dari pelbagai lukisan gua dan batu oleh puak San, sebahagiannya dilukis sejak 26,000 tahun yang lalu. Manik-manik yang direka secara teliti oleh puak Zulu juga merupakan kraftangan yang popular di negara ini. Malangnya, budaya kaum kulit hitam telah dihapuskan sewaktu era-apartheid. Amalan seharian yang berkait rapat dengan tradisi dan budaya kaum kulit hitam telah diabaikan dan juga dihapuskan. Contoh yang paling ketara adalah pemusnahan "District Six", suatu kawasan pelbagai budaya di Cape Town dan Sophiatown di Johannesburg, dimana ramai pemuzik-pemuzik terkenal antarabangsa berhimpun dan mengasah kemahiran mereka. Antara kumpulan muzik terkenal termasuklah Ladysmith Black Mambazo yang berjaya membawa bunyian Afrika Selatan kedunia barat, sebelum dan juga selepas apartheid.

Dari segi makanan, pihak British patut dipersalahkan kerana membawa makanan yang membosankan di Afrika Selatan.Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini keadaan tersebut telah bertambah baik. Stik atau sosej boerewors, sayur rebus dan chips (kentang goreng) adalah makanan utama, dan makanan yang lebih mencabar biasanya menakutkan. Para vegetarian tidak akan menikmati makanan disini yang lebih kepada daging. Makanan kaum Afrika jarang dijual di restoran-restoran disini, walaupun seseorang itu boleh mendapat nasi yang murah serta "stew" dari gerai-gerai dibandar. Bir dan brandi merupakan minuman paling popular dikalangan masyarakatnya, dan wain terbaik dari Afrika Selatan semakin popular disini.

Organisasi antarabangsa

Afrika Selatan adalah ahli kepada beberapa organisasi antarabangsa, antaranya:

Lihat juga

Pautan luar