F-15 Eagle: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: ar:إف-15 إيغل
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Baris 349: Baris 349:
[[fi:F-15 Eagle]]
[[fi:F-15 Eagle]]
[[sv:McDonnell Douglas F-15 Eagle]]
[[sv:McDonnell Douglas F-15 Eagle]]
[[ta:எப்-15 ஈகல்]]
[[th:เอฟ-15 อีเกิล]]
[[th:เอฟ-15 อีเกิล]]
[[vi:F-15 Eagle]]
[[vi:F-15 Eagle]]

Semakan pada 21:03, 19 Jun 2009

F-15 Eagle
F-15 Tentera Udara A.S di ruang udara Washington, D.C
Peranan Pesawat penguasaan udara
Pengeluar McDonnell Douglas /
Boeing IDS
Penerbangan sulung 27 Julai 1972
Mula digunakan 9 Januari 1976
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Israel
Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun
Tentera Udara Diraja Arab Saudi
Kos seunit F-15A/B: AS$ 27.9 juta (1998)
F-15C/D: AS$ 29.9 juta (1998)
Kelainan F-15E Strike Eagle
F-15S/MTD

McDonnell Douglas/Boeing F-15 Eagle adalah sebuah pesawat pejuang taktikal semua keadaan cuaca yang direka untuk mendapat dan mengekalkan penguasaan udara dalam pertempuran di udara. Ia telah dibangunkan untuk Tentera Udara Amerika Syarikat, dan telah membuat penerbangan sulung pada Julai 1972. Pesawat terbitan F-15E Strike Eagle adalah sebuah pesawat pejuang penyerang untuk semua keadaan cuaca yang telah memasuki perkhidmatan pada tahun 1989. Pihak Tentera Udara A.S merancang untuk menggunakan pesawat F-15 sehingga tahun 2025.[1]

Pembangunan

Asal

Pada Julai 1967, perisikan Tentera Udara A.S. terkejut [2] apabila mendapati Kesatuan Soviet telah membina sebuah pesawat pejuang yang besar, dikenali sebagai MiG-25 'Foxbat'.[3] Negara Barat pada masa itu tidak mengetahui bahawa pesawat MiG-25 direka sebagai pesawat pemintas berkelajuan tinggi, dan bukannya sebuah pesawat penguasaan udara;[4] Oleh yang demikian, asset utamanya adalah kelajuan dan bukannya kebolehkendalian. Satah ekor dan penstabil menegak besar yang terdapat pada pesawat MiG-25 membayangkan ianya sebuah sebuah yang mempunyai kebolehkendalian yang tinggi, yang mana membimbangkan A.S akan kemungkinan keupayaan pesawat ini melangkaui kemampuan pesawat A.S. Realitinya, sirip dan penstabil menegak yang besat pada pesawat MiG adalah diperlukan untuk mengelakan pesawat daripada mengalami penyangkut kekakuan semasa dalam kelajuan tinggi dan penerbangan pada altitud tinggi.

Program F-X

Penerbangan sulung McDonnell Douglas F-15A (S/N 71-0280).
Kokpit F-15A.
F-15C Tentera Udara A.S bergerak untuk berlepas.

Keperluan pesawat baru bagi kegunaan Tentera Udara A.S untuk mengatasi kekurangan pesawat Phantom semakin mendesak. Setelah menolak program VFX Tentera Laut A.S (yang telah menghasilkan pesawat F-14 Tomcat) disebabkan tidak memenuhi keinginan Tentera Udara A.S, pihak Tentera Udara A.S kemudian mengeluarkan spesifikasi keperluannya untuk Pesawat Pejuang Eksperimen (F-X), satu spesifikasi untuk sebuah pesawat pejuang penguasaan udara ringan.[5] Empat buah firma telah menghantar cadangan, pihak Tentera Udara kemudian menolak cadangan dari firma General Dynamics dan telah memilih Fairchild Republic, North American Rockwell, dan McDonnell Douglas untuk fasa definasi pada Disember 1968. Firma-firma ini kemudian menghantar cadangan teknikal pada Jun 1969. Tentera Udara kemudian mengumumkan pemilihan firma McDonnell Douglas pada 23 Disember 1969.[6] Pesawat McDonnel Douglas memiliki rekabentuk ekor berkembar seperti pesawat F-14, tetapi dengan sayap kepak kaku. Pesawat ini perbezaan ketara dari segi berat dan saiz berbanding dengan pesawat F-4 yang akan digantikannya.

Pesawat awal F-15 Eagle telah ditandakan sebagai F-15A bagi konfigurasi satu tempat duduk dan F-15B (asalnya TF-15A, kemudian dikenali sebagai F-15B kerana ia adalah sebuah pesawat yang memiliki keupayaan penuh untuk pertempuran) bagi versi dua tempat duduk. Versi-versi ini akan menggunakan enjin Pratt & Whitney F100 baru untuk mencapai nisbah tujahan-kepada-berat tempur melebihi 1. Cadangan untuk menggunakan meriam 25 mm Ford-Philco meriam GAU-7 dengan peluru tanpa perumah telah digugurkan untuk memberi laluan untuk menggunakan meriam standard M61 Vulcan disebabkan oleh masalah pembangunan. F-15 masih mengekalkan keupayaan untuk membawa 4 peluru berpandu Sparrow seperti Phantom. Sayap kakunya diratakan, ciri berbadan lebar pula membantu memeberi permukaan angkatan yang efektif. Terdapat keraguan samada keupayaan F-15 dengan persenjataan peluru berpandu Sparrow mencukupi untuk menentang ancaman pesawat aras dan berkelajuan tinggi seperti MiG-25 "Foxbat"; keupayaannya akhirnya akan dibuktikan dalam pertempuran.

Penerbangan sulung F-15A telah dilakukan pada Julai 1972 manakala penerbangan sulung versi dua tempat duduk iaitu F-15B (dahulunya TF-15A) dilakukan pada Julai 1973.[7]

F-15 memiliki radar "pandang bawah/tembak bawah" yang dapat membezakan sasaran bergerak aras rendah daripada permukaan bumi yang berserakan. F-15 akan menggunakan teknologi komputer dengan kawalan dan paparan baru untuk mengurangkan beban kerja juruterbang dan memerlukan hanya seorang juruterbang untuk mejimatkan berat. Tidak seperti F-14 atau F-4, F-15 hanya mempunyai kerangka kanopi tunggal dengan pandangan jelas kehadapan. F-15 diperkenalkan sebagai "pesawat penguasaan udara pertama yang dikhaskan kepada Tentera Udara A.S sejak F-86 Sabre."[8]

F-15 akan menguntungkan pengguna seperti Tentera Udara Israel dan Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun, manakala pembangunan pesawat F-15E Strike Eagle akan menghasilkan pesawat pejuang penyerang yang akan mengantikan pesawat F-111. Walaubagaimanupun, terdapat kritikan ke atas F-15 kerana ia terlalu besar untuk digunakan dalam pertempuran udara jarak dekat, dan juga terlalu mahal untuk diperoleh dalam jumlah yang besar bagi mengantikan F-4 dan A-7, menyebabkan kewujudan program Pesawat Pejuang Ringan (PPR) yang mana telah menghasilkan F-16 Fighting Falcon bagi Tentera Udara A.S dan pesawat kelas sederhana F/A-18 Hornet untuk Tentera Laut A.S.

Pesawat versi satu tempat duduk F-15C dan dua tempat duduk F-15D dikeluarkan pada 1978 dengan penerbangan sulung pada Februari dan Jun 1978.[9] Model-model baru ini memiliki beberapa penambahbaikan termasuk tambahan 900 kg bahan api dalaman tambahan, cadangan untuk membawa tangki bahan api luaran dan berat maksimum berlepas sehingga 68,000 lb (30,700 kg).

Penambahbaikan

Program Penambahbaikan Pelbagai Tahap untuk pesawat F-15 telah dimulakan pada Februari 1983. Pesawat pertama iaitu F-15C telah dikeluarkan pada 1985. Di antara penambahbaikan adalah komputer pusat yang dipertingkatkan; Set Kawalan Persenjataan Boleh Program, yang mana membolehkan penggunaan versi termaju peluru berpandu AIM-7, AIM-9, dan AIM-120A; dan an expanded Sistem Peperangan Elektronik Taktical yang mana menambahbaik penerima amaran radar ALR-56C dan set tindakan penyelamat ALQ-135. Pesawat 43 buah terakhir juga dipasang dengan radar Hughes APG-70 yang telah dipertingkat keupayaannya, radar ini juga digunakan dalam pesawat F-15E. Pesawat F-15C dengan radar APG-63 kemudian digantikan dengan radar APG-63(V)1, yang mana telah memperbaiki kebolehpercayaan dan keboleh-selenggaraan dengan ketara seperti mana keupayaan yang terdapat pada radar APG-70. Penambahbaikan ini kemudian dipasang pada kesemua pesawat sedia ada F-15.[10]

Sejarah operasi

F-15 Tentera Udara Diraja Arab Saudi merapati pesawat tangki KC-135 untuk mengisi minyak semasa Operasi Desert Shield.
F-15D dari Sayap Pejuang ke-325 yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Tyndall, melepaskan suar.

Pengguna terbesar pesawat F-15 adalah Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat pertama F-15B telah dihantar pada 14 November 1974.[11] Pada Januari 1976, pesawat pertama Eagle telah dihantar ke Skuadron Pejuang ke-555.[11] Pesawat-pesawat awal ini dipasang dengan radar Hughes Aircraft (kini Raytheon) APG-63.

Mangsa pertama pesawat F-15 dicapai oleh juruterbang Tentera Udara Israel Moshe Melnik pada 1979.[12] Pada 1979–81 semasa pertikaian sempadan Israel-Lebanon, F-15A telah menembak jatuh 13 buah pesawat MiG-21 "Fishbed" dan dua buah MiG-25 "Foxbat" milik Tentera Udara Syria. Pesawat model F-15A dan B juga telah digunakan oleh Israel dalam operasi Lembah Bekaa. Pesawat F-15 Israel telah menembak jatuh 40 buah pesawat pejuang Syria (23 buah MiG-21 "Fishbed" dan 17 MiG-23 "Flogger") dan sebuah helikopter Gazelle SA.342L.[13]

Juruterbang F-15C Tentera Udara Diraja Arab Saudi menembak jatuh 2 buah pesawat F-4E Phantom II yang diterbangkan oleh juruterbang Tentera Udara Iran dalam pertempuran kecil di sempadan pada bulan Jun 1984, dan menembak jatuh 2 buah pesawat Mirage F1 Iraq semasa Perang Teluk.[14][15][16]

Tentera Udara A.S telah mengatur gerak pesawat versi F-15C, D dan E ke Teluk Parsi pada 1991 untuk menyokong Operasi Desert Storm dimana mereka mencapai 36 kemenangan dari 39 pertempuran udara ke udara. F-15E kebanyakan digunakan pada waktu malam, untuk memburu pelancar peluru berpandu SCUD yang diubahsuai dan tapak artileri menggunakan sistem LANTIRN.[17] Berdasarkan Tentera Udara A.S, F-15C disahkan telah memusnahkan 34 buah pesawat Iraq, kebanyakan dengan tembakan peluru berpandu: 5 buah MiG-29 "Fulcrum," 2 buah MiG-25 "Foxbat," 8 buah MiG-23 "Flogger," 2 buah MiG-21 "Fishbed," 2 buah Su-25 "Frogfoot", 4 buah Su-22 "Fitter", sebuah Su-7, 6 buah Mirage F1, sebuah kapal terbang kargo Il-76, sebuah pesawat latihan Pilatus PC-9, dan 2 buah helikopter Mi-8. Setelah penguasaan udara berjaya dikuasai dalam 3 hari pertama konflik, pesawat Iraq dilaporkan melarikan diri ke Iran dan tidak cuba secara aktif untuk menyerang pesawat A.S. Pesawat satu tempat duduk F-15C telah digunakan untuk menguasai ruang udara manakala pesawat F-15E pula digunakan untun serangan darat. F-15E kemudian berjaya memusnahkan helikopter Mi-8 Iraq dengan menggunakan bom panduan laser. 2 buah F-15E telah musnah disebabkan oleh tembakan dari darat dalam Perang Teluk 1991.[18] Sebuah lagi telah mengalami kerosakan di darat akibat serangan peluru berpandu SCUD ke atas pangkalan udara Dhahran.[19]

Pesawat F-15 juga diatur gerak untuk menyokong Operasi Southern Watch, meronda Zon Larangan Terbang di Selatan Iraq; Operasi Provide Comfort di Turki; menyokong operasi NATO di Bosnia, dan baru-baru ini diatur gerak sebagai pasukan ekspedisi udara. Pada 1994, 2 buah helikopter UH-60 Black Hawk milik Tentera Darat A.S telah ditembak jatuh oleh F-15C milik Tentera Udara A.S kerana menyangka helikopter ini adalah helikopter Hind Iraq di Zon Larangan Udara di utara Iraq.[20] F-15C juga menembak jatuh 4 buah pesawat MiG-29 Yugoslavia menggunakan peluru berpandu AIM-120 AMRAAM semasa penglibatan NATO pada 1999 di Kosovo, dalam Operasi Allied Force.[18]

Setakat 2008, pesawat F-15 dalam kesemua angkatan tentera udara memiliki jumlah rekod pemusnahan di udara sejumlah 104 pesawat dan tiada pesawat F-15 yang musnah.[21] Sehingga kini, tiada versi pesawat penguasaan udara F-15 (model A/B/C/D) yang pernah ditembak jatuh oleh pesawat musuh. Lebih separuh daripada jumlah kemusnahan disumbangkan oleh juruterbang Tentera Udara Israel.

Pemusnah satelit

Pelancaran ujian ASM-135 ASAT.

Dari Januari 1984 hingga September 1986, 2 buah pesawat F-15A telah digunakan sebagai platform pelancaran bagi peluru berpandu anti satelit ASM-135. F-15A (76-0086 dan 77-0084) telah diubahsuai untuk membawa satu peluru berpandu ASM-135 di stesyen garis tengah dengan peralatan tambahan di antara pilon khas di garis tengah.[22] Pesawat lancaran akan berkelajuan pada Mach 1.22, 3.8G dan mendaki pada sudut 65° untuk melepaskan peluru berpandu anti satelit pada ketinggian 38,100 kaki (11.6 km). Komputer penerbangan telah dinaik upaya untuk mengawal kadar panjat dan pelancaran peluru berpandu. Ujian penerbangan ketiga melibatkan satelit komunikasi yang tidak digunakan di ketinggian 555 km di orbit, yang mana telah berjaya dimusnahkan oleh tenaga kinetik. Juruterbang pesawat Tentera Udara A.S, Mejar Wilbert D. "Doug" Pearson, menjadi satu-satunya juruterbang yang telah memusnahkan satelit.[23][24]

Peluru berpandu anti satelit telah direka sebagai senjata anti satelit pelancaran jauh, dengan pesawat F-15A bertindak sebagai tahap pertama. Program peluru berpandu anti satelit telah menglibatkan 5 kali ujian pelancaran; walaubagaimanapun, tidak diketahui samada peluru berpandu ini telah digunakan oleh A.S. Program ini secara rasminya ditamatkan pada 1988.[22]

Disadaikan oleh Tentera Udara A.S

Kesemua pesawat F-15 telah disadaikan oleh Tentera Udara A.S selepas F-15C milik Pengawal Udara Kebangsaan Missouri terpisah dan terhempas semasa penerbangan padan 2 November 2007. Angkatan pesawat F-15E yang lebih baru kemudian dibenarkan untuk digunakan kembali. Tentera Udara A.S melaporkan pada 28 November 2007 bahawa satu lokasi kritikal di bahagian atas longeron model F-15C disyaki menyumbang kepada kegagalan ini, menyebabkan fiuslaj hadapan di salur masuk udara, termasuk kokpit dan radome, terpisah daripada kerangka pesawat.[25]

Pesawat model F-15A hingga D telah diarahkan untuk disadaikan sehingga lokasi yang disyaki ini menjalani pemeriksaan terperinci dan pembaikan yang diperlukan.[26] Pesawat F-15 yang tersadai mendapat perhatian media setelah ia memberi beban ke atas usaha-usaha mempertahankan ruang udara negara.[27] Penyadaian ini menyebabkan beberapa negeri bergantung pada pesawat pejuang negeri jiran untuk melindungi ruang udara, negeri Alaska pula bergantung pada sokongan Angkatan Tentera Udara Kanada.[28]

Pada 8 Januari 2008, Arahan Tempur Udara (ATU) Tentera Udara A.S membenarkan sebahagian angkatan pesawat model F-15A hingga D kembali ke status penerbangan. Ia juga mencadangkan pengoperasian terhad bagi unit-unit di seluruh dunia yang menggunakan model-model yang terjejas.[29] Badan Kajian Kemalangan telah mengeluarkan laporan pada 10 Januari, 2008. Laporan ini menyatakan bahawa analisis terhadap bangkai pesawat F-15C mendapati bahawa longeron tidak memenuhi spesifikasi lukisan, yang mana membawa kepada keretakan lesu dan akhirnya kegagalan yang membawa bencana terhadap struktur sokongan dan memecahkan pesawat semasa dalam penerbangan.[30] Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada 10 Januari 2008, 9 buah pesawat F-15 lain telah dikenal pasti mempunyai masalah yang serupa dengan longeron. Ekoran masalah ini, Jeneral John D. W. Corley telah mengatakan bahawa "masa depan jangka panjang F-15 dipersoalkan."[31] Pada 15 Februari, 2008 ATU membenarkan kesemua pesawat F-15A-D untuk terbang kembali bergantung pada pemeriksaan, kajian semula kejuruteraan dan pembaikan yang diperlukan. ATU juga mencadangkan pelepasan bagi pesawat F-15A-D A.S. yang lain.

Masa depan

Peranan pesawat model F-15C/D dalam perkhidmatan Tentera Udara A.S akan diambil alih oleh F-22 Raptor. Bagaimanapun, model F-15E akan terus digunakan beberapa akan datang disebabkan peranannya dalam misi udar ke permukaan dan jumlah jam penerbangan yang rendah bagi kerangka pesawatnya.[1] Pada 26 September 2006, Pameran Teknologi dan Persidangan Udara dan Angkasa Persatuan Tentera Udara di Washington D.C., Tentera Udara A.S telah mengumumkan rancangan untuk meningkat upaya 178 buah pesawat F-15C dengan radar AN/APG-63(V)3 AESA. Selain itu, Tentera Udara juga merancang untuk menaingkat upaya angkatan pesawat F-15 dengan Joint Helmet Mounted Cueing System (JHMCS).[32] Tentera Udara A.S kemudian menganugerahkan kontrak kepada firma Boeing untuk memasang semula pesawat F-15C dengan radar AN/APG-63(V)3 AESA dan penghantaran akan bermula pada awal 2009.[33] Tentera Udara akan terus menggunakan 178 buah pesawat F-15C dan 224 buah pesawat F-15E dalam perkhidmatannya selepas 2025.[1]

Kelainan

Model asas

F-15C Tentera Udara A.S di ruang udara Florida.
F-15A
Versi pesawat penguasaan udara, satu tempat duduk, semua keadaan cuaca, 384 buah dibina dalam tahun 1972-79.[34]
F-15B
Versi pesawat latihan, dua tempat duduk, dahulunya ditandakan dengan TF-15A, 61 buah dibina dalam tahun 1972-79.[34]
F-15C
Versi pesawat penguasaan udara satu tempat duduk yang dipertingkat, 483 buah dibina dalam tahun 1979-85.[34]
F-15D
Versi latihan dua tempat duduk, 92 buah dibina dalam tahun 1979-85.[34]
F-15J
Pesawat penguasaan udara, satu tempat duduk yang sesuai dalam semua keadaan cuaca untuk Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun, 139 buah dibina dengan kebenaran berlesen oleh Mitsubishi dalam tahun 1981-97, 2 buah pesawat dibina di St. Louis.[34]
F-15DJ
Versi latihan dua tempat duduk untuk Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun. 25 buah dibina dengan kebenaran berlesen oleh Mitsubishi pada tahun 1981-97, 12 buah dibina di St. Louis.[34]
F-15N Sea Eagle
Versi untuk operasi di atas kapal pengangkut dicadangkan pada awal 1970-an kepada Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai pilihan kepada pesawat F-14 Tomcat yang lebih berat pada masa itu, dan dianggap satu program teknologi "berisiko". Pesawat F-15N-PHX merupakan sebuah lagi versi tentera laut yang boleh membawa peluru berpandu AIM-54 Phoenix. Pesawat ini mempunyai sayap berlipat, giar pendaratan diperkukuh dan pencangkuk ekor yang lebih kuat untuk operasi di dek kapal pengangkut.[35]
Pandangan F-15E dari pesawat tangki.

F-15E dan terbitannya

F-15E Strike Eagle
Versi dua tempat duduk pesawat penyerang / serangan darat jarak jauh dan sesuai dalam semua keadaan cuaca untuk Tentera Udara A.S, 237 buah dibina dalam tahun 1985-2001.[34]
F-15F Strike Eagle
Cadangan pesawat satu tempat duduk bagi model F-15E.
F-15H Strike Eagle
Model eksport F-15E Strike Eagle untuk Tentera Udara Greece (dibatalkan)
F-15I Ra'am (Thunder)
Versi termaju F-15E Strike Eagle untuk Tentera Udara Israel, 25 buah dibina dalam tahun 1996-98.[34]
F-15K Slam Eagle
Versi termaju F-15E Strike Eagle untuk Tentera Udara Republik Korea, 40 buah dibina dalam tahun 2005-08.
F-15S Strike Eagle
Versi eksport F-15E Strike Eagle untuk Tentera Udara Diraja Arab Saudi, 72 buah dibina dalam tahun 1996-98.[34]
F-15SG Strike Eagle
Versi termaju F-15E Strike Eagle untuk Angkatan Udara Republik Singapura. Versi asal dikenali sebagai F-15T.
Pesawat penyelidikan F-15B milik NASA, pesawat #836 (74-0141), dipasang dengan penyangkut Quiet Spike yang direka untuk mengurangkan dan mengawal dentuman bunyi.

Penyelidikan dan ujian

F-15 Streak Eagle (72-0119)
Sebuah pesawat F-15A yang tidak dicatkan, memecahkan 8 kali rekod kelajuan dunia di antara 16 Januari dan 1 Februari 1975. Ia kemudian dihantar ke Muzium Kebangsaan Tentera Udara Amerika Syarikat pada Disember 1980.[36]
F-15S/MTD (71-0290)
F-15B pertama yang diubahsuai menjadi pesawat STOL.[37]
F-15 ACTIVE (71-0290)
F-15 S/MTD kemudian diubahsuai menjadi sebuah pesawat penyelidikan teknologi kawalan penerbangan termaju dengan muncung tujahan vektor.[37]
F-15 IFCS (71-0290)
F-15 ACTIVE kemudian diubahsuai menjadi pesawat penyelidikan sistem kawalan penerbangan bijak.
F-15 MANX
Nama konsep bagi pesawat F-15 ACTIVE versi tanpa ekor, tetapi pesawat eksperimen NASA ACTIVE tidak pernah diubahsuai menjadi pesawat versi tanpa ekor.
F-15 Kemudahan Penyelidikan Penerbangan (71-0281 and 71-0287)
2 buah F-15A telah diperoleh pada 1976 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden NASA dan digunakan untuk banyak eksperimen seperti: Highly Integrated Digital Electronic Control (HiDEC), Adaptive Engine Control System (ADECS), Self-Repairing and Self-Diagnostic Flight Control System (SRFCS) and Propulsion Controlled Aircraft System (PCA).[38] Pesawat 71-0281 telah dikembalikan kepada pihak tentera udara dan dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara Langley AFB pada 1983.
F-15B Kegunaan Penyelidikan (74-0141)
Pengguna F-15 terkini dalam warna biru muda, F-15E dalam warna merah, pengguna terkini dan F-15E dalam warna biru gelap
Diperoleh pada 1993, pesawat F-15B yang diubahsuai untuk NASA bagi Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden.[39]

Pengguna

untuk pengguna versi F-15E.
 Israel
  • Tentera Udara Israel menggunakan F-15 sejak tahun 1977. Angkatan pesawat ini dipecahkan kepada tiga skuadron yang terdiri dari dua skuadron F-15A/B dan satu skuadron F-15C/D. 25 buah F-15A/B pertama mempunyai kerangka yang sama dengan model yang digunakan oleh Tentera Udara A.S,[12] melengkapkan Skuadron 133rd. Kumpulan kedua disekat sementara dari dihantar ekoran Perang Lebanon 1982.[40]
Dua F-15J Eagles Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun berlepas semasa latihan bersama Jepun-A.S.
 Jepun
  • Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun memperoleh 203 buah F-15J dan 20 buah F-15DJ pada 1981. Dua buah F-15J dan 12 buah F-15DJ telah dibuat di A.S. dan selebihnya dipasang oleh Mitsubishi dengan kebenaran.. Pada Jun 2007, Jepun memutuskan untuk meningkat upaya beberapa pesawat F-15 dengan memasang pod radar bukaan sintetik; pesawat ini akan mengantikan pesawat RF-4 yang masih berada dalam perkhidmatan.[41]
 Arab Saudi
 Amerika Syarikat
  • Tentera Udara Amerika Syarikat memiliki sebanyak 730 buah F-15 (585 dalam perkhidmatan aktif dan 145 buah dengan Pengawal Udara Kebangsaan, pegangan aktif, semua variasi) sehingga September 2007.[42]

Kemalangan

Pada 1 Mei 1983, semasa juruterbang Tentera Udara Israel melakukan latihan pertempuran udara, F-15D telah berlanggar dengan pesawat A-4 Skyhawk. Juruterbang berjaya mengawal pesawat dari mengalami keadaan pegun, dan mendaratkan pesawat dengan selamat.

Pada 22 November 1995, semasa latihan pemintasan udara di atas Laut Jepun, sebuah pesawat F-15J secara tidak sengaja telah ditembak dengan peluru berpandu Sidewinder AIM-9L oleh rakan sepelatih. Juruterbang, Lt. Tatsumi Higuchi berjaya melenting keluar daripada pesawat. Kedua-dua F-15J yang terlibat adalah dari Skuadron ke-303, Pangkalan Tentera Udara Komatsu.[43]

Pada 2 November 2007, sebuah F-15C yang berusia 25 tahun (no. siri 80-0034 dari Sayap Pejuang ke-131) terhempas semasa melakukan latihan pertempuran udara berdekatan St. Louis, Missouri. Juruterbang, Mej. Stephen W. Stilwell, berjaya melenting keluar tetapi mengalami kecederaan serius. Kejadian ini disebabkan kegagalan struktur pesawat yang pecah semasa dalam penerbangan. Pada 3 November 2007, kesemua model F-15 kritikal bukan misi dilarang dari diterbangkan sehingga keputusan penyiasatan kemalangan diketahui,[44] dan pada hari berikutnya, pesawat F-15 kritikal bukan misi yang digunakan di Timur Tengah pula disadaikan.[45] Sehingga 13 November 2007, lebih daripada 1,100 buah disadaikan setelah Israel, Jepun dan Arab Saudi melarang pesawat F-15 mereka dari diterbangkan.[46] Pesawat F-15E kemudian dibenarkan untuk digunakan pada 15 November 2007 setelah pesawat ini melepasi pemeriksaan.[47] Pada 8 Januari 2008, Tentera Udara A.S membenarkan 60% daripada angkatan pesawat F-15AD kembali digunakan.[29] Pada 10 Januari 2008, badan kajian kemalangan mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa kemalangan pada 2 November 2007 berkait dengan longeron yang tidak memenuhi spesifikasi lukisan.[30] Tentera Udara A.S membenarkan kesemua pesawat F-15AD yang tersadai untuk digunakan semula pada 15 Februari 2008 bergantung kepada pemeriksaan, kajian dan pembaikan yang perlu. Pada Mac 2008, Stilwell, juruterbang yang cedera, telah memfailkan sama ke atas Boeing, pengeluar pesawat F-15.[48]

Spesifikasi (F-15C Eagle)

Orthographically projected diagram of the F-15 Eagle.
Orthographically projected diagram of the F-15 Eagle.
Enjin turbofan Pratt & Whitney F100-229 pada pesawat F-15C Eagle
F-15 dengan tanjakan ruang udara di kedudukan berbeza.

Data dari lembaran fakta Tentera Udara A.S,[49] Jane's All the World's Aircraft,[50] Davies 2002,[51] GlobalSecurity[52]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 63 kaki 9 in (19.43 m)
  • Rentang sayap: 42 kaki 10 in (13.05 m)
  • Tinggi: 18 kaki 6 in (5.63 m)
  • Sayap luas: 608 kaki² (56.5 m²)
  • Aerofoil: NACA 64A006.6 root, NACA 64A203 tip
  • Berat kosong: 28,000 lb (12,700 kg)
  • Berat berisi: 44,500 lb (20,200 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 68,000 lb (30,845 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney F100-100,-220 or -229 turbofan lepas bakar
    • Tujahan kering: 17,450 lbf (77.62 kN) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 25,000 lbf for -220; 29,000 lbf for -229 (111.2 kN for -220; 129.0 kN for -229) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum:
    • Altitud tinggi: Mach 2.5+ (1,650 bsj, 2,660 km/j)
    • Altitud rendah: Mach 1.2 (900 bsj, 1,450 km/j)
  • Jejari bertempur: 1,061 batu nautika (1,222 batu, 1,967 km) untuk misi larangan udara
  • Jarak maksimum: 3,450 batu (3,000 batu nautika, 5,550 km) dengan tangki bahan api luaran
  • Lelangit khidmat 65,000 kaki (20,000 m)
  • Kadar kenaikan: >50,000 kaki/min (254 m/s)
  • Beban sayap: 73.1 lb/kaki² (358 kg/m²)
  • Tujahan/berat: 1.12 (-220), 1.30 (-229)

Persenjataan

Avionik

  • Radar:
    • Raytheon AN/APG-63 atau AN/APG-70 atau
      • Walaupun beberapa pesawat F-15C dikeluarkan dengan menggunakan radar APG-70, kesemuanya telah dipasang semula dengan konfigurasi AN/APG-63(V)1
    • Raytheon AN/APG-63(V)1 atau
    • Raytheon AN/APG-63(V)2 AESA atau
    • Raytheon AN/APG-63(V)3 AESA
      • Kedua-dua aktif AF dan ANG pesawat F-15C akan menerima tambahan sehingga 48 unit V3 di antara 2009-2015, selain 19 buah pesawat sedia ada.[53]
  • Pertahanan diri:
    • Sistem Pengenalan Rakan atau Musuh AN/APX-76 atau AN/APX-119
    • Set Amaran Peperangan Elektronik Magnavox AN/ALQ-128 - sebahagian dari Sistem Peperangan Taktikal Elektronik
    • Penerima Amaran Radar Loral AN/ALR-56 - sebahagian dari Sistem Peperangan Taktikal Elektronik
    • Sistem Pertahanan Diri Dalaman Northrop ALQ-135 - sebahagian dari Sistem Peperangan Taktikal Elektronik
    • Pengeluar suar / penyerak AN/ALE-45
  • Lain-lain:
    • Joint Helmet Mounted Cueing System[53]
    • Pod kargo/perjalanan MXU-648 - untuk membawa barang persendirian, dan sejumlah kecil peralatan penyelenggaraan.[34]

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

Nota

  1. ^ a b c Tirpak, John A. Menjadikan Angkatan Pesawat Pejuang Terbaik, Air Force magazine, Mac 2007.
  2. ^ "Pada Julai 1967, di lapangan terbang Domodedovo berdekatan Moscow, Kesatuan Soviet mendedahkan pesawat tempur generasi baru, kod NATO [sic] Foxbat.": Pembangunan dalam Pesawat Pejuang Moden, 1983
  3. ^ Davies 2002, m/s. 9–11.
  4. ^ Bowman 1980, m/s. 193.
  5. ^ Eden and Moeng 2002, m/s. 944.
  6. ^ Jenkins 1998, m/s. 9–11.
  7. ^ Spick 2000, m/s. 130–131.
  8. ^ Laporan RAND, "Pesawat pejuang penguasaan udara kembali."
  9. ^ Jenkins 1998, m/s. 33–34.
  10. ^ Davies 2002, m/s. 56–57.
  11. ^ a b Scutts 1989, m/s. 47.
  12. ^ a b "An Eagle evolves", Boeing, Januari 2004.
  13. ^ "Kemenangan pertempuran udara ke udara Israel sejak 1974", ACIG.org, 24 September 2003.
  14. ^ Smith, William E., Pushing the Saudis Too Far Time, 18 Jun 1984. Retrieved 26 Januari 2008
  15. ^ Halloran, Richard, 2 buah pesawat pejuang Iran ditembak jatuh oleh Tentera Udara Diraja Arab Saudi New York Times, 6 Jun 1984, p. 1. Retrieved 26 Januari 2008
  16. ^ F-15 in Saudi Service
  17. ^ Davies 2002, m/s. 31–40.
  18. ^ a b U.S. Air Force Historical Research Agency.
  19. ^ 1st. Fighter Wing timeline
  20. ^ [http://www.defenselink.mil/news/Jun1998/n06011998_9806017.html Meronda ruang udara Utara Iraq.
  21. ^ John Correll, "The Reformers", Air Force Magazine (Februari 2008), Vol. 91 Nombor 2, m/s. 44.
  22. ^ a b Jenkins 1998, m/s. 31.
  23. ^ Biografi: Mejar General Wilbert D. "Doug" Pearson Jr., 2 Ogos 2006.
  24. ^ Kisah F-15 ASAT
  25. ^ Imej animasi Air Force Magazine Februari 2008. Retrieved: 7 Februari 2008. Frames from an animated image by Boeing recreating the breakup are here.
  26. ^ "Operasi pesawat F-15 model A-D diarahkan untuk pemeriksaan tambahan", Tentera Udara A.S., 28 November 2007.
  27. ^ Lindlaw, Scott. Penyadaian F-15 membebankan pertahanan udara A.S.[pautan mati]Associated Press, 26 Disember 2007.
  28. ^ Lindlaw, Scott. "F-15 grounding strains U.S. air defenses."[pautan mati]Associated Press, 26 December 2007.
  29. ^ a b "Arahan Tempur Udara membenarkan pesawat F-15 terpilih untuk penerbangan"[pautan mati], Air Force Print News, 9 Januari 2008.
  30. ^ a b "Laporan kemalangan F-15 Eagle dikeluarkan", Tentera Udara A.S, 10 Januari 2008. Retrieved: 26 Januari 2008.
  31. ^ Buzanowski, J.G. Pemimpin Tentera Udara membincangkan kemalangan dan masa depan F-15 Tentera Udara A.S, 10 Januari 2008. Retrieved: 26 Januari 2008.
  32. ^ Air Force Will Get New Bomber, Upgrades To Fighters, Spacewar.com, 5 Oktober 2006.
  33. ^ "Boeing dianugerahkan kontrak bernilai AS$ 70 juta untuk mempertingkatkan radar F-15C", Boeing, 9 Oktober 2007.
  34. ^ a b c d e f g h i j Davies 2002.
  35. ^ Jenkins 1998, m/s. 71–72.
  36. ^ McDonnell Douglas F-15 Streak Eagle fact sheet, National Museum of the United States Air Force.
  37. ^ a b Jenkins 1998, m/s. 65–70.
  38. ^ F-15 Flight Research Facility fact sheet. Dryden Flight Research Center.
  39. ^ F-15B Research Testbed fact sheet. Dryden Flight Research Center.
  40. ^ Gething 1983
  41. ^ "Lockheed Martin akan meningkat upaya radar untuk pesawat pengawasan F-15 Jepun"[pautan mati], kenyataan akhbar Lockheed Martin, 19 Jun 2007.
  42. ^ Mehuron, Tamar A., Assoc. Editor. 2008 Almanak Tentera Udara A.S, Fakta dan Angka, Air Force Magazine, Mei 2008.
  43. ^ F-15 Eagle Losses and Ejections Retrieved: 2 March 2008.
  44. ^ Air Force suspends some F-15 operations, U.S. Air Force, 4 November 2007.
  45. ^ "Air Force grounds F-15s in Afghanistan after Missouri crash", CNN, 5 November 2007.
  46. ^ Warwick, Graham. "F-15 operators follow USAF grounding after crash." Flight International, 14 November 2007.
  47. ^ "Officials begin to clear F-15Es to full-mission status", U.S. Air Force, 15 November 2007.
  48. ^ Lawsuit
  49. ^ Lembaran fakta F-15 Eagle, Tentera Udara A.S, Mac 2008.
  50. ^ Lambert 1993, m/s. 522.
  51. ^ Davies 2002, Appendix 1
  52. ^ F-15 Eagle GlobalSecurity.org. Retrieved: 27 Januari 2008.
  53. ^ a b Schanz, Marc V., Assoc. Editor. F-15s to Get New Radars "F-15s to Get New Radars." Aerospace World: Air Force Magazine, Journal of the Air Force Association Volume 90, Issue 6, p. 18, December 2007. ISSN: 0730-6784.

Bibliografi

  • Bowman, Martin W. US Military Aircraft. London: Bison Books Ltd., 1980. ISBN 0-89009-292-3.
  • Braybrook, Roy. F-15 Eagle. London: Osprey Aerospace, 1991. ISBN 1-85532-149-1.
  • Crickmore, Paul. McDonnell Douglas F-15 Eagle (Classic Warplanes series). New York: Smithmark Books, 1992. ISBN 0-8317-1408-5.
  • Davies, Steve. Combat Legend, F-15 Eagle and Strike Eagle. London: Airlife Publishing, Ltd., 2002. ISBN 1-84037-377-6.
  • Drendel, Lou. Eagle (Modern Military Aircraft Series). Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1985. ISBN 0-89747-168-1
  • Drendel, Lou and Don Carson. F-15 Eagle in action. Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1976. ISBN 0-89747-023-0.
  • Eden, Paul and Soph Moeng, eds. The Complete Encyclopedia of World Aircraft. London: Amber Books Ltd., 2002. ISBN 0-7607-3432-1.
  • Fitzsimons, Bernard. Modern Fighting Aircraft, F-15 Eagle. London: Salamander Books Ltd., 1983. ISBN 0-86101-182-1.
  • Gething, Michael J. F-15 Eagle (Modern Fighting Aircraft). New York: Arco, 1983. ISBN 0-66805-902-8.
  • Gething, Michael J. and Paul Crickmore. F-15 (Combat Aircraft series). New York: Crescent Books, 1992. ISBN 0-517-06734-X.
  • Green, William and Gordon Swanborough. The Complete Book of Fighters. New York: Barnes & Noble Inc., 1988. ISBN 0-07607-0904-1.
  • Gunston, Bill. American Warplanes. New York: Crescent Books. 1986. ISBN 0-517-61351-4.
  • Huenecke, Klaus. Modern Combat Aircraft Design. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press, 1987. ISBN 0-87021-426-8.
  • Jenkins, Dennis R. McDonnell Douglas F-15 Eagle, Supreme Heavy-Weight Fighter. Arlington, TX: Aerofax, 1998. ISBN 1-85780-081-8.
  • Kinzey, Bert. The F-15 Eagle in Detail & Scale (Part 1, Series II). El Paso, Texas: Detail & Scale, Inc., 1978. ISBN 0-81685-028-3.
  • Lambert, Mark, ed. Jane's All the World's Aircraft 1993-94. Alexandria, Virginia: Jane's Information Group Inc., 1993. ISBN 0-7106-1066-1.
  • Scutts, Jerry. Supersonic Aircraft of USAF. New York: Mallard Press, 1989. ISBN 0-792-450-13-2.
  • Spick, Mike. The Great Book of Modern Warplanes. St. Paul Minnesota: MBI, 2000. ISBN 0-7603-0893-4.

Pautan luar

Templat:Link FA