Gereja Jesus Benar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jose77 (bincang | sumb.)
Jose77 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 57: Baris 57:


==Lihat juga==
==Lihat juga==
*[http://www.ftsm.ukm.my/jawi/Process.aspx?url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_Jesus_Benar Gereja Jesus Benar] (Tulisan Jawi)
*[http://www.ftsm.ukm.my/jawi/Process.aspx?url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_Jesus_Benar)


==Pautan luar==
==Pautan luar==

Semakan pada 09:08, 30 Jun 2009

Gereja Jesus Benar merupakan sebuah pertubuhan agama Kristian yang berasingan dan yang tidak dikuasai oleh mana-mana satu mazhab Kristian yang lain. Bagaimanapun, mengikut pengelasan terkini, Gereja Jesus Benar tergolong dalam cabang Pentekostalisme Protestan.

Diasaskan pada tahun 1917 di Beijing, China, penganut-penganut awal yang bertanggungjawab kepada penubuhan gereja ini adalah Paulus Wei, Chang Lin Shen, dan Barnabas Chang. Perkembangan dan penyebaran ajaran gereja ini berlaku dengan pesat dan khutbahnya sampai ke Asia Tenggara pada tahun 1926, dan kemudiannya ke Sandakan, Borneo Utara pada tahun 1927.


Dasar kepercayaan

Dasar kepercayaan Gereja Jesus Benar adalah:

  1. Jesus Christ, Tuhan yang datang dalam bentuk manusia dan mati pada salib untuk menebus dosa manusia, dibangkitkan semula pada hari ketiga dan naik ke Syurga. Dialah satu-satunya Penyelamat manusia, Pencipta langit dan bumi, serta Tuhan sejati.
  2. Kitab Bible, yang terdiri daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dan yang diilhami oleh Tuhan, adalah satu-satunya kebenaran Kitab dan pedoman untuk kehidupan orang-orang Kristian.
  3. Gereja Jesus Benar yang didirikan oleh Tuhan kita, Jesus Christ, melalui Roh Kudus pada waktu 'hujan terakhir' adalah gereja kerasulan sejati yang dipulihkan.
  4. Pembaptisan air adalah sakramen untuk penghapusan dosa bagi kelahiran semula. Pembaptisan harus dilakukan dengan air alam semula jadi, seperti sungai, laut, atau mata air. Seorang yang menerima pembaptisan air serta pembaptisan Roh Kudus melakukan pembaptisannya demi Tuhan Jesus Christ. Orang yang dibaptiskan harus sepenuhnya masuk ke dalam air dengan kepala yang menunduk dan mukanya mengarah ke bawah.
  5. Baptis Roh Kudus (Holy Spirit) yang dibuktikan dengan bahasa roh adalah jaminan kita untuk mencapai Baqa Tuhan.
  6. Sakramen pembasuhan kaki memungkinkan seseorang untuk mengambil bahagian bersama dengan Tuhan Jesus. Sakramen ini juga berfungsi sebagai suatu perikatan yang berterusan bahawa kita harus memiliki kasih, kesucian, rendah hati, pengampunan, dan pelayanan. Setiap orang yang sudah menerima pembaptisan air harus dibasuh kakinya demi Jesus Christ. Saling membasuh kaki dapat dilakukan pada bila-bila masa saja apabila dianggap perlu.
  7. Perjamuan Suci adalah sakramen untuk memperingati kematian Tuhan Jesus Christ. Hal ini memungkinkan kita mengambil bahagian dalam daging dan darah Tuhan kita dan bersekutu denganNya agar kita dapat mencapai kehidupan kekal dan dibangkitkan semula pada akhir zaman. Sakramen ini boleh diadakan sekerap yang mungkin. Hanya seketul roti tak beragi serta jus anggur digunakan.
  8. Hari Sabat, iaitu hari yang ketujuh (Sabtu), adalah hari kudus yang diberkati dan disucikan oleh Tuhan. Hari Sabat diperingati melalui limpah kurnia Tuhan untuk penciptaan dan keselamatan, dengan harapan untuk memperoleh istirehat yang kekal dalam kehidupan setelah meninggal dunia.
  9. Keselamatan diberikan oleh Tuhan melalui iman. Orang yang percaya kepada Tuhan harus mengandalkan Roh Kudus untuk mengamalkan kehidupan yang suci, memuliakan Tuhan, serta mengasihi sesama manusia.
  10. Kedatangan Tuhan yang kedua kalinya akan terjadi pada akhir zaman, ketika Dia turun dari Syurga untuk mengadili semua manusia: orang-orang benar akan mendapatkan kehidupan kekal, manakala orang-orang yang jahat akan dihukum untuk selama-lamanya.

Penubuhan gereja di Sabah

Gereja Jesus Benar yang pertama dibuka di Sandakan, Borneo Utara selepas Dn. John Voon dari Gereja Singapura mengirimkan senaskah majalah "Holy Spirit Times" versi Mandarin, satu surat berita Ibu Gereja (Pusat Pentadbiran) di Nanking, China, kepada temannya, Tsen En Fook di Jesselton pada awal 1926.

Tsen yang tidak berkesempatan untuk membaca majalah tersebut disebabkan terlalu sibuk dengan perniagaannya, mengirimkan majalah itu kepada Lee Siak Lin, seorang temannya di Sandakan yang merupakan penganut "Adventis Hari Ketujuh", dengan catatan: "Sebuah gereja benar telah bangkit". Terharu selepas membaca "Holy Spirit Times", Lee berhasrat untuk mendalami diri dalam ajaran gereja itu. Pada hari pertama Tahun Baru Cina, 1927, beliau menaiki kapal ke Singapura untuk mencari Gereja Jesus Benar di sana.

Setelah belajar Kebenaran untuk satu tempoh, Lee kemudian menerima pembaptisan air pada 11 Januari 1927. Tiga hari kemudian, beliau menerima anugerah Roh Kudus. Tidak lama kemudian Pnt. Tan Chien Sing, Dn. John Voon, dan beberapa orang yang lain, pergi ke Sandakan untuk berkhutbah Injil di sana. Dengan itu, Gereja Jesus Benar yang pertama di Sabah didirikan di Sandakan pada tahun 1927.

Sebelum Pnt Tan dan Dn. Voon meninggalkan Sandakan, mereka mengambil Mark Chin, Philemon Ho, dan Phoebe Kong sebagai paderi-paderi, dan Lee sebagai setiausaha untuk mengurus pentadbiran gereja.

Ibu Gereja di Nanking telah menamakan "Lembaga Cawangan Borneo Utara", dengan gereja Sandakan sebagai pusat pentadbiran untuk cawangan ini. Kini, Ibu Gereja Sabah (Pusat Pentadbiran) terletak di Likas di Km. 5.2, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Penyebaran di kawasan bumiputera bukan Islam

Permulaan pengkhutbahan kepada kaum bumiputera bukan Islam menghadapi satu tempoh yang sukar disebabkan kaum itu masih berpegang teguh pada amalan dan kepercayaan nenek moyang mereka. Namun pada waktu itu, kemudahan prasarana, termasuk kemudahan kesihatan, masih kurang. Banyak di antara kaum itu mengidapi penyakit-penyakit yang telah menjejaskan pekerjaan dan kehidupan harian mereka. Ketika melakukan penyembuhan di gereja, banyak mukjizat telah berlaku.

Penubuhan Gereja Jesus Benar Tuaran pada 1936 merupakan permulaan era penyebaran agama kepada kaum-kaum bumiputera bukan beragama Islam. Melalui Lumbihan bte Gimpit, seorang daripada suku kaum Dusun, ajaran Gereja Jesus Benar tersebar ke daerah Tamparuli dan Wangkod.

Pada awal 1958, seorang lelaki kaum Murut bernama Sahoh Ahar menghidapi penyakit batuk kering. Kebetulan pada waktu itu, Dn. Philip Tyan sedang berkhutbah di kawasan pedalaman, dan beliau mengambil kesempatan untuk berkhutbah kepadanya. Setelah menerima tumpangan tangan dalam doa, Sahoh pulih daripada penyakitnya selepas beberapa hari kemudian. Sejak peristiwa itu, bilangan penganut Gereja Jesus Benar semakin bertambah dan Kem Doa telah didirikan di rumah Sahoh. Sebuah gereja di Sungai Apih kemudian didirikan pada 17 April 1961.

Kini, banyak gereja telah didirikan di kawasan pedalaman dan terdapat banyak paderi dan diakon di kalangan kaum bumiputera bukan beragama Islam, serta banyak penganut daripada kaum itu yang rajin dan giat dalam kerja-kerja berkhutbah serta menghadiri kebaktian setiap kali diadakan.

Pengikut-pengikut Gereja Jesus Benar di Seluruh Dunia


Rujukan: http://www.worldchristiandatabase.org/

Lihat juga

Pautan luar

ak:Ỳesu Asafo Ankasaankasa