Bivalvia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Taxobox | name = Bivalvia (kerang-kerangan) | fossil_range = Cambrian - Recent | regnum = Animalia | phylum = Mollusca | classis = '''Bivalvia'''...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:49, 15 Julai 2009

Bivalvia (kerang-kerangan)
Julat zaman: Cambrian - Recent
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Bivalvia

Subklas

lihat teks

Bivalvia adalah kelas dalam moluska yang mencakupi semua kerang-kerangan: memiliki sepasang cangkang (nama "bivalvia" bererti dua cangkang). Nama lainnya adalah Lamellibranchia, Pelecypoda, atau bivalva. Ke dalam kelompok ini termasuk berbagai kerang, kupang, remis, kijing, lokan, simping, tiram, serta kima; meskipun variasi di dalam bivalvia sebenarnya sangat luas.

Kerang-kerangan banyak bermanfaat dalam kehidupan manusia sejak zaman purba. Dagingnya dimakan sebagai sumber protein. Cangkangnya dimanfaatkan sebagai perhiasan, bahan kerajinan tangan, bekalan kubur, serta alat pembayaran (bahan mata wang) pada masa lampau. Mutiara dihasilkan oleh beberapa jenis tiram. Pemanfaatan modern juga menjadikan kerang-kerangan sebagai biofilter terhadap polutan.

Sistematik

Klasifikasi berikut adalah berdasarkan klasifikasi Newel (1965) yang didasarkan pada morfologi. Hingga sekarang belum tersedia filogeni yang dapat dipercayai sepenuhnya. Beberapa kelompok diketahui parafiletik, terutama Anomalodesmata. Terdapat pula sistematik alternatif berdasarkan morfologi insang dari Franc (1960) dan disebutkan bila perlu pada daftar di bawah. Franc memisahkan Septibranchia dalam kelompok tersendiri, meskipun secara molekularnya membuatkan Eulamellibranchia menjadi parafiletik.

Subkelas Palaeotaxodonta (Protobranchia menurut Franc)

Subkelas Cryptodonta (Protobranchia menurut Franc)

Subkelas Pteriomorphia (tiram, kupang, dll., Filibranchia menurut Franc)

Subkelas Paleoheterodonta (Eulamellibranchia menurut Franc)

Subkelas Heterodonta (mencakupi remis, lokan, dan kerang-kerang yang biasa dikenali, Eulamellibranchia menurut Franc)

Subkelas Anomalodesmata ((Eulamellibranchia menurut Franc)

Referensi

  • Franc, A. (1960): Classe de Bivalves. In: Grassé, Pierre-Paul: Traite de Zoologie 5/II.
  • Newell, N.D. (1969): [Bivalvia systematics]. In: Moore, R.C.: Treatise on Invertebrate Paleontology Part N.
  • Jay A. Schneider (2001). "Bivalve Systematics During the 20th Century". Journal of Paleontology. 75 (6): 1119–1127. doi:10.1666/0022-3360(2001)075<1119:BSDTC>2.0.CO;2. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pranala luar