Abdul Rahim Kajai: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''ABDUL RAHIM KAJAI''' adalah Bapa Persuratkhabaran Melayu yang lahir pada tahun 1894 di Selangor, Malaysia. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim bin Haji Salim dan mendapat pendidikan awal sehingga darjah lima di Sekolah Melayu Setapak, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran agama dan Bahasa Arab di Makkah sehingga tahun 1909.
'''ABDUL RAHIM KAJAI''' adalah Bapa Kewartawanan Melayu yang lahir pada tahun 1894 di Selangor, Malaysia. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim bin Haji Salim dan mendapat pendidikan awal sehingga darjah lima di Sekolah Melayu Setapak, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran agama dan Bahasa Arab di Makkah sehingga tahun 1909.


Pada tahun 1925 Abdul Rahim berkhidmat sebagai wartawan di akhbar mingguan ''Edaran Zaman'' yang berpusat di Pulau Pinang. Selepas itu beliau berpindah ke akhbar ''Saudara'' pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi. Dalam penulisannya ketika itu beliau menggunakan nama Abdul Rahim Kajai. Kajai adalah nama sebuah tempat di Sumatera iaitu kampung halaman ibubapanya.
Pada tahun 1925 Abdul Rahim berkhidmat sebagai wartawan di akhbar mingguan ''Edaran Zaman'' yang berpusat di Pulau Pinang. Selepas itu beliau berpindah ke akhbar ''Saudara'' pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi. Dalam penulisannya ketika itu beliau menggunakan nama Abdul Rahim Kajai. Kajai adalah nama sebuah tempat di Sumatera iaitu kampung halaman ibubapanya.

Semakan pada 16:13, 10 April 2006

ABDUL RAHIM KAJAI adalah Bapa Kewartawanan Melayu yang lahir pada tahun 1894 di Selangor, Malaysia. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim bin Haji Salim dan mendapat pendidikan awal sehingga darjah lima di Sekolah Melayu Setapak, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran agama dan Bahasa Arab di Makkah sehingga tahun 1909.

Pada tahun 1925 Abdul Rahim berkhidmat sebagai wartawan di akhbar mingguan Edaran Zaman yang berpusat di Pulau Pinang. Selepas itu beliau berpindah ke akhbar Saudara pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi. Dalam penulisannya ketika itu beliau menggunakan nama Abdul Rahim Kajai. Kajai adalah nama sebuah tempat di Sumatera iaitu kampung halaman ibubapanya.

Pada tahun 1931 beliau menjadi Pengarang untuk akhbar Majlis. Dari situ beliau berpindah pula ke akhbar Warta Malaya juga sebagai Pengarang. Pemilik Warta Malaya, Syed Husin al-Sagaf kemudiannya menerbitkan dua majalah iaitu Warta Ahad dan Warta Jenaka di mana Abdul Rahim telah ditugaskan untuk menulis rencana pengarangnya dan juga cerita-cerita humor di dalamnya.

Abdul Rahim Kajai pernah juga berkhidmat di Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebagai Pengarang. Begitu juga sebagai Pengarang majalah Mustika (sekarang di sebut Mastika). Pada zaman Perang Dunia Kedua, Abdul Rahim bertugas di akhbar Berita Malai iaitu tahun 1943.

Abdul Rahim meninggal dunia pada 5 Disember 1943. Dalam hidupnya beliau pernah mengarang 48 buah cerpen dengan pelbagai tema.