Kata seru: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairul Khalid (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Baris 27: Baris 27:
* [[Golongan Kata]]
* [[Golongan Kata]]


[[category:Bahasa Melayu]]
[[Kategori: Tatabahasa bahasa Melayu]]

Semakan pada 08:51, 12 April 2006

Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Kata SeruMaksudContoh Ayat
aduhMenyatakan perasaan sakit dan kagum Aduh, sakitnya tanganku
aduhaiMenyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahMenyatakan tidak bersutuju atau menolak sesuatuAh, saya tetap tak bersalah!
amboi/wahMenyatakan perasaan hairan atau kagumWah, berani betul budak itu!
cis/cih/cehMenyatakan perasaan marah atau benciCis, berani dia menentangku!
ehMenyatakan perasaan hairan atau terkejutEh, kamu sudah sampai!
haiMenegur seseorang atau menarik perhatianHai, sudah lama kita tak berjumpa!
wahaiMenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang!
amboiMenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini!
bedebahMenunjukkan perasaan marahBedebah, berani engkau berkata begitu padaku!
syabasMenunjukkan perasaan gembira, puas atau memuji
dan ucapkan tahniah
Syabas, awak bejaya juga akhirnya!
alamakMenunjukkan rasa terkejutAlamak, sudah pukul 9 pagi!
haMenunjukkan perasaan hairanHa, budak itu yang menang!
Ya AllahMenunjukkan rasa terkejut (terutama orang Islam)Ya Allah, apa yang berlaku ini!
Masya AllahMenunjukkan rasa hairan atau marahMasya Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu!
ohMenunjukkan rasa terkejut, hairan atau mengharapOh Tuhan, ampunilah dosaku!

Lihat juga