K.Pathmanathan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Kumaran Pathmanathan''' adalah rakyat Sri Lanka dan menjadi ketua Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ditahan di Asia Tenggara. Gelarannya KP...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 21:47, 7 Ogos 2009

Kumaran Pathmanathan adalah rakyat Sri Lanka dan menjadi ketua Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ditahan di Asia Tenggara. Gelarannya KP, berumur 54 tahun. Nama lainya ialah Selvarajah Pathmanathan. LTTE lebih dikenali sebagai 'Tamil Tiger'.

Tertangkap

Pada 6 Ogos 2009, K.Pathmanathan berjaya ditangkap di ibukota di negara Asia Tenggara dan dibawa balik ke Colombo,Sri Langka. Risikan menyatakan beliau ditangkap dengan bantuan Interpol di Bangkok atau di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Sebelum ini beliau merupakan perunding dan pengawal kewangan LTTE yang diketuai oleh Velupillai Prabakaran. Malangnya pemimpin utama LTTE itu terbunuh pada 18 Mei 2009. Ramai pemimpin utama LTTE terbunuh .

Pathmanathan menggunakan kapal laut 'Sea Pigeon' untuk mengangkut senjata seludup dan kewangan dari Asia Tenggara dan lain-lain. Setiap tahun LTTE mendapat 300 juta dolar dari mereka yang simpati. Ramai sanak-saudara keturunan Sri Langka berhijrah ke Malaysia pada zaman penjajahan British dan mendapat kerakyatan Malaysia. LTTE mendapat sumber kewangan daripada Malaysia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan lain-lain. Pengedaran dadah dari dan ke Asia Tenggara menjadi sumber utama kewangan.[1]

Pathmanathan melarikan diri ke Asia Tenggara dan Eropah dengan pelbagai cara bagi menghidupkan kembali pergerakan bersenjata itu. Dia menggunakan berdozen pasport antarabangsa. Selepas Perang Eelam IV , Pathmanathan melantik dirinya sebagai ketua LTTE yang baru walaupun perlantikan itu dipertikaikan.

Pilihan raya akan diadakan di Vavuniya dan Jaffna wilayah Uva pada hari Sabtu , 8 Ogos 2009.Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa mahu demokrasi dan keamanan dipulihkan di markas Tamil Tiger itu. Wartawan Tanpa Sempadan mahukan pilihan raya yang bebas dijalankan di situ. Sebelum ini , Prabakaran menguasai dan memerintah Tamil Tiger secara diktator. Dia berjaya menguasai utara Sri Lanka terutama di Vavuniya dan Jaffna buat beberapa lama.[2]

Jurucakap kerajaan Sri Lanka tidak dapat memastikan sama ada Patmanathan akan diekstradisi ke India berhubung pembunuhan Perdana Menteri India,Rajiv Ghandhi. Sri Lanka akan mematuhi norma, perjanjian dan konvensyen antarabangsa. [3]

Rujukan