Selat Melaka: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
D'ohBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: lv:Malakas šaurums
FoxBot (bincang | sumb.)
Baris 59: Baris 59:
[[ja:マラッカ海峡]]
[[ja:マラッカ海峡]]
[[no:Malakkastredet]]
[[no:Malakkastredet]]
[[km:ច្រកមលក្កា]]
[[km:ច្រកម៉ាឡាកា]]
[[pl:Cieśnina Malakka]]
[[pl:Cieśnina Malakka]]
[[pt:Estreito de Malaca]]
[[pt:Estreito de Malaca]]

Semakan pada 13:50, 12 Ogos 2009

Fail:StraitOfMalacca.jpg
Selat Melaka memisahkan Sumatera dengan Tanah Melayu.

Selat Melaka adalah suatu bidang perairan yang sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan pulau Sumatra di Indonesia.

Peta dinamik Selat Melaka di Google.

Kepentingan ekonomi

Dari segi ekonomi dan strategik, Selat Malaka merupakan salah satu jalur pelayaran terpenting di dunia, sama pentingnya dengan Terusan Suez atau Terusan Panama. Selat Melaka membentuk jalur pelayaran terusan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik serta menghubungkan tiga dari negara-negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia: India, Indonesia dan China.

Kira-kira 50,000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke Timur setiap tahun. Justeru itu Selat Melaka sangat penting kepada kestabilan ekonomi dunia khususnya kepada negara Amerika Syarikat, Jepun , China dan lain-lain negara di Asia Tenggara. Hampir satu perlima perdagangan dunia terpaksa melalui Selat Melaka. Pada 2003, 11 juta barrel barangan melaluinya setiap hari.

Selat Melaka menjadi nadi pembangunan bagi negara pulau Singapura yang terletak di selatan Johor , Malaysia. Singapura mengambil kesempatan dari kedudukannya itu untuk menjadi pelabuhan enteport terpenting di dunia. Tanpa Selat Melaka, apalah sangat peranan Singapura.

Amerika Syarikat melalui proksi Singapura mahu mengawal Selat Melaka dari kekuasaan Indonesia dan Malaysia. Peningkatan kegiatan kumpulan Abu Sayyaf di Filipina, Gerakan Acheh Merdeka dan lanun memberi hujah kukuh kepada Amerika Syarikat untuk mendirikan sebuah pangkalan di perairan tersebut. Namun, tindakan Amerika Syarikat yang bercita-cita ingin menguasai Selat Melaka ini mendapat bantahan keras dari Indonesia dan Malaysia. Dengan ini, pihak pertahanan maritim dari ketiga-tiga negara yakni Indonesia, Malaysia dan Singapura berhasrat ingin mengadakan rondaan bersama di perairan Selat Melaka pada Julai, 2004, sungguhpun Singapura pada masa itu agak keberatan untuk menyertai rondaan ini yang ditaja oleh kementerian pertahanan dari kedua-dua buah negara nusantara tersebut.

Pada 1994 serangan lanun berjumlah 25 dan mencapai 220 serangan lanun pada tahun 2000.Pada 2003 pula terdapat 150 serangan lanun.

Lanun adalah sebahagian cara hidup di Selat Melaka sejak dahulu lagi. Kegiatan lanun berperanan sebagai pengutip cukai secara tidak rasmi kepada kerajaan Dinding di Perak . Pada suatu ketika, kegiatan lanun akan berkurang jika kapal-kapal membayar 'cukai'. Namun, hasil dari rondaan bersama ini, sebanyak 239 kes serangan lanun berjaya dipatahkan oleh unit-unit marin tentera dan polis tiga negara tersebut mengikut perangkaan dari Biro Maritim Antarabangsa yang berpusat di Kuala Lumpur. Ini membolehkan Amerika Syarikat memberi kepercayaan penuh kepada ketiga-tiga negara ini sekaligus membatalkan hasratnya untuk menguasai Selat Melaka.

Kesesakan perkapalan Selat Melaka dapat diatasi dengan membina terusan di Segenting Kra, selatan Thailand.

Lihat juga