Sachsen: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: pam:Saxony
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: pnb:سیکسنی
Baris 68: Baris 68:
[[nn:Sachsen]]
[[nn:Sachsen]]
[[oc:Saxònia (land)]]
[[oc:Saxònia (land)]]
[[pnb:سیکسنی]]
[[pms:Sassònia]]
[[pms:Sassònia]]
[[nds:Sassen (Bundsland)]]
[[nds:Sassen (Bundsland)]]

Semakan pada 07:53, 18 Ogos 2009

Negeri Bebas Sachsen (Jerman: Freistaat Sachsen) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Ia terletak di bahagian paling timur negara ini dan memiliki keluasan sekitar 18,413 km² (yang ke-10 terbesar) manakala penduduknya berjumlah 4.3 juta orang (yang keenam terbanyak).

Negeri ini mempunyai sejarah yang panjang sebagai sebuah duci, kemudian ketuanya berhak menjadi pemilih bagi takhta Empayar Suci Rom, dan seterusnya menjadi sebuah wilayah beraja sebagai Kerajaan Sachsen. Kerajaan itu dihapuskan pada tahun 1918 dan digantikan oleh pemerintahan republik yang ditubuhkan di bawah namanya sekarang sebelum kekalahan Jerman di dalam Perang Dunia Pertama. Namun, ia dihapuskan sama sekali di bawah pemerintahan rejim komunis Jerman Timur selepas Perang Dunia Kedua. Berikutan penyatuan dengan Jerman Barat pada tahun 1990, negeri ini dihidupkan semula dalam bentuk sekarang.

Sewaktu Zaman Pertengahan, nama Sachsen (atau Saxony) merujuk kepada wilayah yang kini dipanggil Niedersachsen (bahasa Inggeris: Lower Saxony) dan Nordrhein-Westphalen (bahasa Inggeris: North Rhein-Westphalia). orang-orang Saxon telah berhijrah ke kawasan negeri-negeri tersebut dari kawasan asal mereka yang kini dikenali sebagai negeri Schleswig-Holstein di antara tahun 250 dan 500.

Ibu negeri Sachsen ialah bandar raya Dresden.