BBC World News: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 158: Baris 158:
[[fi:BBC World News]]
[[fi:BBC World News]]
[[sv:BBC World News]]
[[sv:BBC World News]]
[[th:บีบีซี เวิล์ดนิวส์]]
[[th:บีบีซี เวิลด์นิวส์]]
[[zh:英國廣播公司世界新聞頻道]]
[[zh:英國廣播公司世界新聞頻道]]

Semakan pada 03:46, 2 September 2009

Fail:BBC World news.jpg
Slogan"Putting News First"

BBC World ialah saluran televisyen berita dan hal ehwal antarabangsa BBC yang menikmati jumlah penonton terbesar di kalangan semua saluran BBC. Dahulunya dikenali sebagai BBC World Service Television, BBC World bersiaran selama 24 jam sehari dengan rancangan-rancangan termasuk buletin BBC News, dokumentari, rancangan gaya hidup dan wawancara. Pesaing global utamanya ialah CNN International, namun banyak juga syarikat penyiaran berita utama yang turut bersaing. BBC World dianggap sebagai saluran berita yang teramai penontonnya, menewaskan CNN dan Al Jazeera English.

Saluran ini dipancarkan oleh Red Bee Media dari pusat rangkaiannya di Pusat Penyiaran, sebahagian daripada BBC Media Village di White City, London barat. Segala hasil berita dipetik dari Pusat Televisyen yang berdekatan di mana BBC World mempunyai sebuah bilik berita yang berasingan daripada bahagian-bahagian BBC News yang lain. Bilik berita ini memberi output dari 0500-0030 Waktu Britain setiap hari kerja dan dari 0600-0030 setiap hujung minggu. Output berita dari 0100-0500 berasal dari studio saluran tempatan UK iaitu BBC News 24.

Meskipun studio berita BBC World menghasilkan outputnya dalam format 16:9 SDTV seiringan dengan kandungan bahagian BBC News yang lain, BBC World dipancar dalam format 4:3. Output berita diubah kepada bingkai 14:9 untuk penyiaran digital dan analog, maka terhasilnya jalur hitam di atas dan bawah skrin.

BBC World dinamakan sebagai Saluran Berita Antarabangsa Terbaik di Anugerah AIB pada bulan November 2006.[1]

Rujukan

  1. ^ Key Dates BBC World

Lihat juga

Pautan luar