Negeri autonomi Chukotka: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: it:Circondario autonomo di Čukotka; perubahan kosmetik
SieBot (bincang | sumb.)
Baris 144: Baris 144:


[[ar:أوكروغ تشوكوتكا الذاتية]]
[[ar:أوكروغ تشوكوتكا الذاتية]]
[[az:Çukotka Muxtar Dairəsi]]
[[id:Okrug otonom Chukotka]]
[[id:Okrug otonom Chukotka]]
[[be:Чукоцкая аўтаномная акруга]]
[[be:Чукоцкая аўтаномная акруга]]

Semakan pada 17:52, 24 September 2009



Negeri autonomi Chukotka
уко́тский автоно́мный о́круг (Rusia)

Lokasi Negeri autonomi Chukotka di Russia
Jata Bendera

Jata Negeri autonomi Chukotka

Bendera Negeri autonomi Chukotka
Lagu: Lagu kebangsaan Negeri autonomi Chukotka
Pusat pentadbiran Anadyr
Tahun diwujudkan 1930
Status politik
Daerah persekutuan
Rantau ekonomi
Negeri autonomi
Timur Jauh
Timur Jauh
Kod tidak diketahui
Kawasan
Kawasan
- Tangga
737,700 km²
ke-7
Populasi (mengikut Bancian 2002)
Populasi
- Tangga
- Kepadatan
- Bandar
- Luar bandar
53,824 penduduk
tidak diketahui
0.1 penduduk  / km²
67%
33%
Bahasa kebangsaan Rusia
Kerajaan
Gabenor Roman Arkadyevich Abramovich
Menteritidak diketahui
Badan perundangan tidak diketahui
Asas undang-undang tidak diketahui
Laman web rasmi
http://www.chukotka.org/

Negeri Autonomi Chukotka (Inggeris: Chukotka Autonomous Okrug; Rusia: Чуко́тский автоно́мный о́круг, Chukotsky avtonomny okrug; Chukchi:Чукоткакэн автономныкэн округ) atau Chukotka (Чуко́тка), merupakan subjek persekutuan Rusia. Ia merupakan negeri yang terletak di timur laut dan merupakan negeri yang paling jauh di timur, sejak penjualan Alaska kepada Amerika Syarikat, yang merupakan satu-satunya wilayah Rusia yang terpisah dari tanah besarnya dan juga berkedudukan di hemisfera barat. Alaska dipisahkan oleh Laut Bering dan Laut Siberia Timur.

Keluasan Chukotka ialah 737,700 km² dan mempunyai populasi setinggi 53,824 (mengikut bancian Rusia pada tahun 2002), dan meningkat pada 2004 iaitu melebihi 55,000. Bandar dan pusat pentadbiran Chukotka terletak di Anadyr.

Sebelum pengisytiharan kepada negeri autonomi Chukotka, yaitu sebelum tahun 1991, Chukotka dan Wilayah Magdan diletak dibawah unit pentadbiran autonomi yang sama yang menjadikan satu negeri autonomi (autonomous okrug). Chukotka mendapat status pentadbiran autonominya sendiri selepas disahkan oleh Mahkamah Konstitusi Rusia dalam tahun 1993.

Chukotka boleh berbangga dengan hasil buminya, kerana ia merupakan kawasan simpanan yang besar untuk petroleum, gas asli, arang batu, emas, dan tungsten, dimana ia dieksploitasikan secara perlahan-lahan. Kebanyakkan dikawasan yang luar bandar, aktiviti pengembalaan sejenis rusa yang besar (reindeer) dijalankan, selain itu, terdapat juga aktiviti pemburuan dan penangkapan ikan. Manakala, dikawasan yang lebih maju atau kawasan bandar, kebanyakkannya melakukan aktiviti pelombongan, pentadbiran dan pengurusan, pembinaan dan pembangunan, kerja-kerja ketamadunan dan kebudayaan, pendidikan, perubatan dan lain-lain pekerjaan yang tidak melibatkan aktiviti yang dijalankan secara tradisional.

Gabenor untuk Chukotka, ialah Roman Abramovich, yang merupakan seorang elit penting yang telah dipilih oleh kerajaan Rusia dalam mentadbir negeri autonomi ini. Gabenor Chukotka ini merupakan seorang usahawan syarikat petroleum dan juga seorang pemilik kelab bola sepak liga perdana Inggeris, iaitu kelab bola sepak Chelsea F.C..

Geografi

Zon waktu

Negeri autonomi Chukotka terletak dibawah Zon Waktu Kamchatka. UTC ialah +1200 (PETT)/+1300 (PETST).

Divisyen pentadbiran

Demografik

Populasi (2002): 53,824

Kaum dan puak Etnik: Penduduk asal atau asli yang dihimpun adalah kurang satu per tiga dari jumlah populasi yang ada. Mengikut bancian 2002 Rusia, 'komposisi kebangsaan' ialah • Rusia 51.86% • Chukchi 23.45% • Ukrain 9.22% • Eskimo 2.85% • Even 2.61% • Chuvan 1.778% • Tatar 0.99% • Belarus 0.96% • Yukaghir 0.34% • Chuvash 0.30% • Moldova 0.24% • Buriat 0.22% • Jerman 0.22% • Bashkir 0.22% • Azeri 0.20% • dan kelompok bangsa-bangsa yang lain merupkan kurang dari satu ratus orang setiap kelompok dan merupakan kelompok yang paling sedikit. Dalam borang soal-jawab bancian, terdapat 2.23% penduduk, tidak mahu menyatakan latarbelakang etnik mereka.[1] Berikut adalah jadual bancian yang dijalankan:

bancian 1939 bancian 1959 bancian 1970 bancian 1979 bancian 1989 bancian 2002
Chuckchi 12,111 (56.2%) 9,975 (21.4%) 11,001 (10.9%) 11,292 (8.1%) 11,914 (7.3%) 12,622 (23.5%)
Chuvan 944 (0.6%) 951 (1.8%)
Eskimo 800 (3.7%) 1,064 (2.3%) 1,149 (1.1%) 1,278 (0.9%) 1,452 (0.9%) 1,534 (2.9%)
Even 817 (3.8%) 820 (1.8%) 1,061 (1.0%) 969 (0.7%) 1,336 (0.8%) 1,407 (2.6%)
Rusia 5,183 (24.1%) 28,318 (60.7%) 70,531 (69.7%) 96,424 (68.9%) 108,297 (66.1%) 27,918 (51.9%)
Ukrain 571 (2.7%) 3,543 (7.6%) 10,393 (10.3%) 20,122 (14.4%) 27,600 (16.8%) 4,960 (9.2%)
Lain-lain 2,055 (9.5%) 2,969 (6.4%) 7,049 (7.0%) 9,859 (7.0%) 12,391 (7.6%) 4,432 (8.2%)

Statistik penting (2005)

  • Kelahiran: 795 (kadar kelahiran 15.7)
  • Kematian: 597 (kadar kematian 11.8)

Pautan luar

Nota dan Rujukan

Laman Web

  1. ^ (2002). "National Composition of Population for Regions of the Russian Federation" (XLS). 2002 Russian All-Population Census. Dicapai pada 2006-07-20.