Kebudayaan Islam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 87: Baris 87:


===Tafsiran===
===Tafsiran===
Tafsiran seni bina Islam yang umum termasuk:
Tafsiran seni bina Islam yang umum termasuk konsep-konsep yang berikut:
* Konsep kuasa tak terhingga [[Allah]] dibangkitkan oleh reka bentuk yang mempunyai tema ulangan yang membayangkan ketakterhinggaan.
* Konsep kuasa tak terhingga [[Allah]] dibangkitkan oleh reka bentuk yang mempunyai tema ulangan yang membayangkan [[ketakterhinggaan]].
* Bentuk manusia dan haiwan jarang digammbarkan dalam seni hias kerana karya Allah tiada tandingan. [[Dedaun]] merupakan [[motif]] yang sering digunakan tetapi biasanya digayakan atau dimudahkan atas sebab yang sama.
* Bentuk manusia dan haiwan jarang digambarkan dalam [[seni hias]] kerana karya Allah tiada tandingan. [[Dedaun]] merupakan [[motif]] yang sering digunakan tetapi biasanya digayakan atau dimudahkan atas sebab yang sama.
* [[Seni khat]] digunakan untuk mengindahkan kawasan dalaman sesebuah bangunan dengan membekalkan petikan daripada [[al-Quran]].
* [[Seni khat]] digunakan untuk mengindahkan kawasan dalaman sesebuah bangunan dengan menggunakan [[petikan]] daripada [[al-Quran]].
* Seni bina Islam telah digelar "seni bina purdah" kerana keindahannya bersandarkan ruangan dalaman (laman dalam dan bilik) yang tidak dapat dilihat dari luar (pemandangan dari jalan raya).
* Seni bina Islam telah digelar "seni bina [[purdah]]" kerana keindahannya bersandarkan ruang dalaman ([[laman dalam]] dan bilik) yang tidak dapat dilihat dari luar (pemandangan dari jalan raya).
* Penggunaan bentuk yang tersergam indah: seperti [[kubah]] yang besar, [[menara]] yang melangit, dan [[laman dalam]] yang besar bertujuan untuk melambangkan kuasa.
* Penggunaan bentuk yang tersergam indah seperti [[kubah]] yang besar, [[menara]] yang melangit, dan laman dalam yang luas untuk melambangkan [[kuasa]].


== Muzik ==
== Muzik ==

Semakan pada 06:37, 5 Oktober 2009


Kebudayaan Islam ialah istilah yang khususnya digunakan dalam akademia sekular untuk memerikan kesemua amalan kebudayaan yang sepunya kepada orang Islam daripada segi sejarah. Oleh sebab agama Islam berasal pada abad ke-6 di Semenanjung Arab, bentuk kebudayaan Muslim yang awal adalah lebih banyak daripada orang Arab. Dengan peluasan empayar-empayar Islam yang pesat, orang Islam berhubung dan menyerap kebudayaan-kebudayaan Parsi, Turki, Mongol, India, Melayu, Berber, dan Indonesia.

Percanggahan pendapat tentang istilah

"Kebudayaan Islam" pada dirinya merupakan sebuah istilah yang menimbulkan perbalahan. Orang Islam tinggal di banyak negara dan komuniti yang berbeza. Justera, mengasingkan apa yang menyatukan mereka selain daripada agama Islam adalah sesuatu perkara yang susah. Bagaimanapun, ahli akademik sekular tidak hendak mengakui masalah itu kerana mereka melihatkkan agama sebagai salah satu aspek antropologi dan sejarah budaya.

Marshall Hodgson, ahli sejarah Islam yang terkenal, memerhatikan kesulitan tersebut antara penggunaan agama dan penggunaan akademik sekular untuk perkataan bahasa Inggeris, "Islamic" (bersifat Islam) dan "Muslim", di dalam karya tiga-jilidnya, The Venture Of Islam (Penjelajahan Islam). Untuk mengatasi masalah tersebut, beliau mencadangkan bahawa kedua-dua istilah itu digunakan hanya untuk fenomena agama lalu mereka istilah "Islamicate" (Islamikat) untuk menandakan semua aspek kebudayaan orang Muslim sejarah. Bagaimanapun, cadangannya tidak pernah digunakan secara meluas, dengan kekeliruan penggunaan umum kedua-dua perkataan itu masih wujud.

Amalan dan kepercayaan agama

C.J. Whites menyatakan bahawa kebudayaan Islam umumnya merangkumi semua amalan yang berkembang dan berkisar pada agama Islam, baik amalan al-Quran seperti solat mahupun yang bukan daripada al-Quran seperti pembahagian dunia Islam. Di Bengal, kebudayaan Islam juga merangkumi tradisi Baul yang memudahkan pemelukan Islam secara aman di kebanyakan kawasannya.

Bahasa dan kesusasteraan

Arab

Kesusasteraan Islam awal adalah dalam bahasa Arab kerana bahasa itu merupakan bahasa komuniti-komuniti Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah dan Madinah. Oleh sebab sejarah awal komuniti Islam menumpukan pengasasan agama Islam, hasil kesusasteraan mereka bersifat agama. Lihat rencana tentang al-Quran, Hadis, dan Sirah Rasul Allah yang merupakan sastera komuniti Islam yang terawal.

Dengan pembentukan Kerajaan Bani Ummaiyyah, kesusasteraan Muslim sekular dikembangkan (lihat Hikayat Seribu Satu Malam). Sedangkan ia tidak mempunyai sebarang kandungan agama, sastera sekular itu disebar oleh orang Arab ke seluruh pelosok empayar dan justera itu, menjadi sebahagian kebudayaan yang tersebar luas.

Parsi

Menjelang zaman empayar Abbasid, bahasa Parsi telah menjadi salah satu bahasa yang utama dalam tamadun Islam dan justera, kebanyakan sastera Islam yang paling terkenal merupakan sastera Parsi (lihat Persidangan Burung dan puisi Rumi).

Asia Selatan

Di Bengal, tradisi muzik rakyat, Baul, menghasilkan puisi asimilasi yang menggabungkan Sufisme dengan banyak imej tempatan. Pemuisinya yang paling terkenal ialah Hason Raja dan Lalon.

Zaman moden

Pada zaman moden, pengelasan penulis mengikut bahasa semakin tidak berguna. Karya Naguib Mahfouz, pemenang Hadiah Nobel Mesir, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan dibaca di seluruh dunia. Sebaliknya, penulis-penulis yang lain seperti Orhan Pamuk menulis terus dalam bahasa Inggeris untuk mencapai lebih banyak pembaca antarabangsa.

Perayaan

Lihat rencana tentang Eid ul-Fitr, Eid ul-Adha, Ashurah (lihat juga Hosay, dan Tabuik), Mawlid, Lailat al Miraj, dan Shab-e-baraat.

Nikah

Perkahwinan dalam Islam dianggap sebagai amat sangat penting. Nabi Muhammad s.a.w., nabi Islam yang terakhir, menyatakan bahawa "menikah adalah setengah daripada agama". Terdapat banyak hadis yang menyanjung pentingnya perkahwinan dan kekeluargaan.

Dalam Islam, nikah ialah ikatan undang-undang dan kontrak sosial antara seseorang lelaki dan seseorang perempuan, sebagaimana digalakkan oleh Syariat Islam.

Seni

"Wayang Kulit", seni boneka bayang Indonesia, membayangkan campuran kepekaan asli dan kepekaan Islam.
"Advice of the Ascetic" (Nasihat seorang Zahid), sebuah miniatur Parsi abad ke-16 yang disimpan di Istana Golestan, Tehran.

Seni Islam yang membentuk sebahagian kajian Islam, terutamanya bersifat abstrak dan hiasan. Ia menggambarkan reka bentuk Arabes bergeometri dan berbunga-bunga serta juga reka bentuk seni khat pada sepanjang sejarahnya. Berbeza dengan tradisi seni Kristian yang cenderung menggambarkan manusia, seni Islam tidak merangkumi penggambaran makhluk, termasuk manusia. Kekurangan pemotretan tersebut adalah kerana Islam awal mengharamkan pelukisan manusia, termasuk gambar Nabi Muhammad s.a.w. kerana perbuatan sedemikian dipercayai akan menggoda penganutnya supaya mengamalkan penyembahan berhala. Larangan melukis gambar manusia atau ikon sebegini dikenali sebagai anikonisme. Bagaimanapun, pada sepanjang dua abad yang lalu, disebabkan semakin banyak perhubungan dengan peradaban Barat, larangan tersebut telah dilonggarkan sehingga hanya orang Muslim yang paling ortodoks kini menentang pemotretan.

Seni Islam biasanya menumpukan Allah, dan oleh sebab Allah tidak boleh dilambangkan dengan imejan ["All you believe him to be, he is not"], corak geometri dipergunakan sebagai ganti. Corak-corak ini adalah serupa dengan gaya Arabes yang juga melibatkan pengulangan reka bentuk geometri, tetapi tidak semestinya digunakan untuk mengungkapkan idaman susunan dan alam semula jadi.

Seni khat

Dilarang melukis makhluk dan diajar menghormati al-Quran, para pelukis Islam mengembangkan seni khat Arab sehingga menjadi suatu bentuk seni. Ahli seni khat telah lama menggunakan ayat al-Quran atau peribahasa sebagai seni, dengan menggunakan bahasa Arab yang berbunga-bunga untuk mengungkapkan keindahan yang dirasakan mereka dalam ayat-ayat al-Quran.

Seni mempertahankan diri

Seni bina

Istana kubu di Alhambra, bukti kepada puncak tamadun Islam di Eropah, ialah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Sepanyol.
Masjid Sultan Ahmed di Istanbul disiapkan pembinaannya pada 1616.
Fail:Kubadabad.jpg
Gambaran burung merak jubin yang wujud sejak Zaman Uthmaniyyyah, dari Istana Kubadabad.

Unsur gaya Islam

Islamic architecture may be identified with the following design elements, which were inherited from the first mosque built by Muhammad in Medina, as well as from other pre-Islamic features adapted from churches and synagogues.

  • Large courtyards often merged with a central prayer hall (originally a feature of the Masjid al-Nabawi).
  • Minarets or towers (which were originally used as torch-lit watchtowers for example in the Great Mosque of Damascus; hence the derivation of the word from the Arabic nur, meaning "light").
  • a mihrab or niche on an inside wall indicating the direction to Mecca. This may have been derived from previous uses of niches for the setting of the torah scrolls in Jewish synagogues or the haikal of Coptic churches.
  • Domes (the earliest Islamic use of which was in the eighth century mosque of Medina).
  • Use of iwans to intermediate between different sections.
  • Use of geometric shapes and repetitive art (arabesque).
  • Use of decorative Arabic calligraphy.
  • Use of symmetry.
  • Ablution fountains.
  • use of bright color.
  • focus on the interior space of a building rather than the exterior.

Tafsiran

Tafsiran seni bina Islam yang umum termasuk konsep-konsep yang berikut:

  • Konsep kuasa tak terhingga Allah dibangkitkan oleh reka bentuk yang mempunyai tema ulangan yang membayangkan ketakterhinggaan.
  • Bentuk manusia dan haiwan jarang digambarkan dalam seni hias kerana karya Allah tiada tandingan. Dedaun merupakan motif yang sering digunakan tetapi biasanya digayakan atau dimudahkan atas sebab yang sama.
  • Seni khat digunakan untuk mengindahkan kawasan dalaman sesebuah bangunan dengan menggunakan petikan daripada al-Quran.
  • Seni bina Islam telah digelar "seni bina purdah" kerana keindahannya bersandarkan ruang dalaman (laman dalam dan bilik) yang tidak dapat dilihat dari luar (pemandangan dari jalan raya).
  • Penggunaan bentuk yang tersergam indah seperti kubah yang besar, menara yang melangit, dan laman dalam yang luas untuk melambangkan kuasa.

Muzik

Muzik Islam ialah muzik agama Muslim, sebagaimana dinyanyikan atau dimainkan dalam upacara awam atau dalam sembahyang peribadi. Kawasan tengah klasik Islam ialah Semenanjung Arab dan Timur Tengah, Afrika Utara dan Mesir, Iran, Asia Tengah, serta India utara dan Pakistan. Oleh sebab Islam ialah agama berbilang budaya, pengungkapan muzik penganutnya sangat berbeza, dengan gaya muzik asli di kawasan-kawasan yang berikut membentuk muzik sembahyang yang dihayati oleh orang Muslim sezaman:

Orang Turki Seljuk, puak nomad yang memeluk Islam dan menaklukkan Anatolia (Turki kini) lalu menjadikan Kekhalifahan itu sebagai Empayar Uthmaniyyah, juga amat mempengaruhi muzik Islam (lihat muzik klasik Turki).

Afrika Sub-Sahara, Indonesia, Malaysia, dan Filipina selatan juga mempunyai jumlah penduduk Muslim yang besar, akan tetapi kawasan-kawasan itu tidak banyak mempengaruhi pelbagai tradisi muzik Islam, berbanding dengan kawasan tengah.

India Selatan

Lagu Mappila, Duff Muttu

Kesemua kawasan India Selatan telah dikaitkan menerusi perdagangan lama sebelum ditaklukkan oleh Islam pada 600-an. Adalah mungkin bahawa gaya muzik mengikut laluan yang sama dengan barangan perdagangan. Bagaimanapun, tanpa sebarang rekod, kita hanya dapat meneka muzik pra-Islam di kawasan-kawasan tersebut. Islam mungkin banyak mempengaruhi muzik di kawasan India Selatan kerana ia menyatukan kawasan yang luas di bawah khalifah yang pertama dan memudahkan perdagangan antara kawasan-kawasan yang jauh. Sudah tentu, orang Sufi yang merupakan persaudaraan tasawuf telah menyebarkan muzik mereka secara meluas.