Genre muzik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 42: Baris 42:
* muzik traditional Australia dalam gaya Eropah (misalnya, [[Waltzing Matilda]]);
* muzik traditional Australia dalam gaya Eropah (misalnya, [[Waltzing Matilda]]);
* [[muzik orang asli Australia]];
* [[muzik orang asli Australia]];
* [[Kategori:Muzik klasik di Australia|muzik klasik Australia]]; dan
* [[:Kategori:Muzik klasik di Australia|muzik klasik Australia]]; dan
* [[Jaz Australia]].
* [[Jaz Australia]].



Semakan pada 16:48, 5 Oktober 2009

Genre muzik ialah binaan kategori dan tipologi yang mengenal pasti bunyi-bunyi muzik sebagai tergolong dalam sesuatu kategori dan jenis muzik yang dapat dibezakan daripada jenis muzik yang lain.

Terdapat banyak pendekatan terhadap genre. Dalam bukunya, Form in Tonal Music (Bentuk dalam Muzik Tonal), Douglass M. Green menyenaraikan madrigal, motet, kanzona, ricercar, dan tarian sebagai contoh genre daripada Zaman Pembaharuan Eropah. Menurutnya, "Op. 61 Beethoven dan Op. 64 Mendelssohn tergolong dalam genre yang sama — kedua-duanya merupakan konserto — tetapi memiliki bentuk yang berbeza. Sebaliknya, kedua-dua Rondo untuk Piano, K. 511, dan Agnus Dei daripada Mass, K. 317 Mozart agak berbeza genrenya tetapi kebetulan mempunyai bentuk yang sama".[1]

Sesetengah orang menganggap kedua-dua istilah "genre" dan "gaya" sebagai sama sahaja dan menyatakan bahawa genre harus ditakrifkan sebagai buah-buah muzik yang berkongsi sesuatu "gaya" atau "bahasa muzik asas".[2] Sebaliknya, ada juga yang menyatakan bahawa "genre" dan "gaya" merupakan dua buah istilah yang berbeza, dengan ciri sekunder seperti kandungan juga dapat membezakan genre.[3] Sesuatu genre (atau subgenre) muzik juga dapat ditentukan menerusi teknik, gaya, konteks, dan temanya (kandungan, semangat). Asal geografi kekadang juga dapat dipergunakan untuk menentukan genre muzik, walaupun setiap kategori geografi tunggal biasanya merangkumi berbagai-bagai subgenre.

Dalam eseinya yang berjudul "Genres, Subgenres, Sub-Subgenres and More" (Genre, Subgenre, Sub-Subgenre dan Lanjut",[4] Kembrew McLeod mencadangkan bahawa dalam bidang muzik elektronik:

"pemberian nama subgenre baharu dapat dikaitkan kepada pelbagai pengaruh, seperti sifat muzik yang berkembang dengan pesat dan budaya pengguna terpecut, serta juga sinergi yang dibentuk oleh kedua-dua strategi pemasaran syarikat rakaman dan gembar-gembur majalah muzik. Pengambilan muzik kelompok minoriti secara langsung oleh kelas menengah atas dan kelas menengah orang putih di Amerika Syarikat dan Great Britain juga memainkan sebahagian peranan, dengan proses pemberian nama yang pesat dan berterusan dalam subbudaya muzik elektronik/tarian juga bertindak sebagai mekanisme penjaga pintu."


Kategorian

Senarai genre muzik (termasuk subgenre) boleh didapati di Senarai genre muzik. Bagaimanapun, adanya sebilangan kriteria yang dapat digunakan untuk mengelaskan genre muzik, termasuk:

  • Perbezaan Seni/Pop/Tradisional;
  • Perbezaan kawasan dan negara;
  • Asal pergabungan.

Muzik seni

Musik seni ialah pengungkapan muzik budaya tinggi. Terutamanya, ia merujuk kepada muzik klasik, termasuk muzik klasik Eropah atau lain-lain yang tersenarai dalam Senarai gaya muzik klasik (termasuk muzik klasik bukan Eropah), muzik klasik kontemporari (termasuk muzik seni elektronik, muzik uji kaji, dan muzik minimalisme). Muzik seni juga boleh merangkumi sesetengah bentuk jaz (walaupun jaz terutamanya merupakan sejenis bentuk muzik pop.)

Muzik pop

Muzik pop ialah pengungkapan budaya pop.

The usual stereotype of "popular music" is music belonging to any of a number of musical styles that are accessible to the general public and are disseminated by one or more of the mass media. For a critical introduction, see the work of Richard Middleton (e.g. Studying Popular Music 1998) and Starr/Waterman American Popular Music (2004)

Muzik tradisional

Traditional music is the musical expression of Traditional culture.

Traditional music is the modern name for what used to be called "Folk music", before the term "Folk music" was expanded to include a lot of non-traditional material. The defining characteristics of traditional music are:

  • Oral transmission: The music is passed down, or learned, through singing and listening and sometimes dancing
  • Cultural basis: The music derives from and is part of the traditions of a particular region or culture.

Muzik kawasan dan negara

Muzik boleh dikategorikan mengikut geografi, misalnya istilah "muzik Australia" boleh merangkumi:

Asal pergabungan

Di Barat, hampir semua muzik, kecuali muzik tradisional, mempunyai asal pergabungan. Genre pergabungan ialah genre muzik yang menggabungkan dua atau lebih genre, misalnya muzik rock and roll yang pada asalnya dikembangkan daripada gabungan muzik blues, muzik gospel, dan lagu rakyat Amerika. Ciri-cirinya yang utama ialah perubahan tempo, ritma, dan kekadangnya, penggunaan "perjalanan" muzik yang panjang yang dapat dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang lebih pendek, dengan setiapnya memiliki dinamik, gaya, dan tempo tersendiri.

Ahli muzik yang mengerjakan genre pergabungan seringnya susah dikategorikan ke dalam gaya bukan pergabungan. Kebanyakan gaya muzik tersebut dipengaruhi oleh berbagai-bagai genre muzik. Sedangkan terdapat banyak alasan tentang mengapa keadaan ini berlaku, alasan utamanya adalah kerana kebanyakan genre pergabungan berkembang daripada genre-genre yang lain. Apabila genre baharu akhirnya menuntut diri sebagai genre yang berasingan, seringnya terdapat banyak perkara samar-samar yang masih wujud. Ahli-ahli muzik itu umumnya menganggap diri sebagai sebahagian kedua--dua genre. Justera, seorang ahli muzik yang main muzik yang terutamanya bersifat muzik blues, tetapi dipengaruhi oleh muzik rock, seringnya dilabel sebagai ahli muzik blues-rock. Genre pertama ialah genre yang melahirkan genre yang baharu manakala genre kedua ialah genre yang lebih baharu dan yang kurang dominan dalam permainan ahli muzik itu. Contoh kumpulan blues-rock termasuk Stevie Ray Vaughan dan Double Trouble. Vaughan, seorang pemain gitar blues Texas yang diselubungi oleh dunia yang muzik rock merupakan muzik yang utama, menggunakan kedua-dua muzik rock dan muzik blues.

Aversi terhadap genre yang lain

Banyak orang mengalami aversi yang teruk terhadap genre-genre muzik yang amat berbeza dengan apa yang lebih disukai mereka.

Rujukan

  1. ^ Green, Douglass M. (1965). Form in Tonal Music. Holt, Rinehart, and Winston, Inc. m/s. 1. ISBN 0030202868. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ van der Merwe, Peter (1989). Origins of the Popular Style: The Antanddececedents of Twentieth-Century Popular Music. Oxford: Clarendon Press. m/s. 3. ISBN 0-19-316121-4. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Moore, Allan F. "Categorical Conventions in Music Discourse: Style and Genre" Music & Letters, Vol. 82, No. 3 (Aug., 2001), pp. 432-442
  4. ^ McLeod, Kembrew (2001). "Genres, Sub-Genres, Sub-Sub-Genres, etc.: Sub-Genre Naming In Electronic/Dance Music". JOURNAL OF POPULAR MUSIC STUDIES (13): 59–75. |access-date= requires |url= (bantuan)
  • "Genre." The New Grove Dictionary of Music and Musicians. Grove Music Online.
  • Holt, Fabian (2007). Genre in Popular Music. Chicago: University of Chicago Press. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Negus, Keith (1999). Music Genres and Corporate Cultures. New York: Routledge. ISBN 041517399X. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Lihat juga