Yasmin Ahmad: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Muro Bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: de:Yasmin Ahmad
Baris 99: Baris 99:
[[Kategori:Muslim Malaysia]]
[[Kategori:Muslim Malaysia]]


[[de:Yasmin Ahmad]]
[[en:Yasmin Ahmad]]
[[en:Yasmin Ahmad]]
[[fr:Yasmin Ahmad]]
[[fr:Yasmin Ahmad]]

Semakan pada 13:36, 19 Oktober 2009

Yasmin binti Ahmad
Lahir: 1 Julai 1958
Muar, Johor, Malaysia
Meninggal dunia:25 Julai 2009(2009-07-25) (umur 51)
Pekerjaan: Pengarah filem, Penulis filem

Yasmin Ahmad (1 Julai 1958 - Julai 25, 2009) merupakan seorang sutradara, penulis lakon layar dan kolumnis di Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Muar, Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.

Yasmin memulakan kerjaya dalam pengiklanan di Ogilvy & Mather, kemudian sebagai pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Filem-filem dan iklan-iklan beliau banyak merangkul anugerah berprestij dari dalam mahupun luar negara. Iklan televisen dan filemnya terkenal di Malaysia kerana unsur lucu dan kasih sayang di antara budaya, terutama sekali iklannya bagi Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan. Hasil kerjanya pernah memenangi anugerah dalam dan luar Malaysia.

Hasil kerja

Filem

Iklan Televisyen Petronas

Merdeka

  • Jegang (2006)
  • Special Shoes (2005)
  • From Madras (2004)
  • Param's Bicycle (2003)
  • Letchumi & Rokiah (2002)
  • Bush (2000)
  • Gossip (2000)
  • Joke (2000)
  • Boat Race (1999 & 2001)
  • When I Watch TV (1999 & 2001)
  • Local Hero (1998) juga dikenali sebagai Kasut Gombak
  • Little Indian Boy (1996 & 1997)

Millenium

  • New Year Big Sleep (2000)

Kongsi Raya

  • Different World (1997)
  • Lee Yan's Best Friend (1997)
  • Friends Again (1996)

Deepa Raya

  • Dead Heroes (2004)

Hari Raya

  • Seven Sons (2003) arahan Osman Ali
  • Beca Man (2002)
  • The Prayer (2001) juga dikenali sebagai Ombak Jahat
  • Umbrella (2000)
  • No Charge (1999)
  • Forgiving (1998)

Tahun Baru Cina

  • Grandma (2005)
  • Once Were Rivals (2003)
  • "Brudder" (2002)
  • Little Stick (2001)
  • Reunion (1999 & 2000)

Deepavali

  • Boys In The Hood (2003)
  • Light (2002)
  • I See (2000)
  • You Are My Universe (1998 & 2001)
  • Duelling Masseurs (1996, 1997 & 1999)

Kematian

Pada 23 Julai 2009, Yasmin tiba-tiba pengsan ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3 . Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Damansara dan menjalani pembedahan di kepala. Cecair di kepala dikeluarkan bagi mengurangkan tekanan disebabkan otaknya yang membengkak. Darah beku di otak kerana saluran darahnya yang pecah. Rundingan diadakan dengan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) untuk menghasilkan filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum.[1]

Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.[2] Yasmin mempunyai darah tinggi dan mungkin menjadi punca beliau mendapat serangan angin ahmar.[3]

Setelah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan tersebut, Yasmin akhirnya kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2009, pukul 11.25 malam.[4]

Jenazah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq. Beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada 12.40 tengah hari keesokannya.[5]

Kontroversi

Beliau yang satu ketika dilabel sebagai pencermar budaya seringkali dilanda kontroversi. Beliau sering dikritik di dalam negara kerana memaparkan adegan yang dikatakan menyimpang dari hadis dan budaya Islam di Malaysia, seperti mencukur kepala wanita[6][7], sedangkan perbuatan itu bagi wanita dilarang walaupun sebagai ibadah, seperti selesai mengerjakan haji.

Saluran Istimewa Astro

Astro memperkenalkan satu saluran istimewa yang di beri nama Yasmin Ahmad Dalam Kenangan melalui saluran 110 mulai 8 Ogos 2009 tepat 08:00 Malam dengan memaparkan hasil kerja allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Rujukan

  1. ^ Jenazah Yasmin Ahmad Selamat Dikebumikan
  2. ^ "Yasmin Ahmad dikejar ke ICU", malaysiakini.com. 23 Julai 2009.
  3. ^ Tiada Sebarang Perubahan Pada Yasmin
  4. ^ Li Ee Kee (26 Julai 2009). "Yasmin Ahmad Kembali Ke Rahmatullah". gua.com.my. Dicapai pada 26 Julai 2009.
  5. ^ "Yasmin Ahmad selamat dikebumikan". Berita Harian. 26 Julai 2009. Unknown parameter |aceessdate= ignored (bantuan)
  6. ^ Malaysian filmmaker struggles with hardline Islam.
  7. ^ Can a woman shave her head so that it will grow strong again after she had been ill?

Pautan luar