Lesen memandu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 24: Baris 24:


=== Kelas ===
=== Kelas ===
Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
* '''A''' - Kenderaan orang cacat
* '''B''' - [[Motosikal]] melebihi 500 [[sentimeter padu|cc]]
**'''B1''' - Motosikal tidak melebihi 500 cc
**'''B2''' - Motosikal tidak melebihi 250 cc
* '''C''' - Motosikal roda tiga
* '''D''' - [[Kereta|Motokar]] dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
* '''E''' - [[Lori|Motokar berat]] dengan BTM melebihi 7500 kg
**'''E1''' - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
**'''E2''' - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
* '''F''' - [[Traktor]] / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
* '''G''' - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
* '''H''' - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
* '''I''' - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg


== Lihat juga ==
== Lihat juga ==

Semakan pada 13:10, 16 November 2009

Fail:A Scheckkartenführerschein vorderseite.jpg
Lesen memandu Kesatuan Eropah yang dikeluarkan di Austria.

Lesen memandu merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Peraturan pelesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara; ada negara yang mewajibkan penamdu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan manakala ada juga negara yang memerlukan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu. Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan. Tahap kesukaran ujian memandu juga adalah berbeza mengikut tahap penguatkuasaan serta beberapa faktor lain seperti umur serta keperluan tahap dan tempoh latihan.

Sejarah

Lesen memandu pertama di dunia, dikeluarkan kepada Karl Benz atas permintaan.

Lesen memandu pertama di dunia pertama kali dikeluarkan kepada pencipta kereta moden, Karl Benz, pada tahun 1888. Disebabkan bunyi bising serta bau asap kereta Motorwagen ciptaannya yang menimbulkan bantahan di kalangan penduduk Mannheim, Benz memohon dan menerima kebenaran bertulis dari pihak berkuasa Grand Ducal untuk membolekannya mengendalikan keretanya di atas jalan raya awam.[1]

Sehinggalah permulaan abad ke-20, pihak berkuasa di Eropah mengeluarkan lesen memandu secara ad hoc.[1] Pihak berkuasa tempatan yang mula-mula sekali mewajibkan permohonan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu adalah Prussia, pada 29 September 1903. Dampfkesselüberwachungsverein ("Persatuan Pengawasan Dandang Wap") diberi kuasa untuk mengendalikan ujian, yang kebanyakannya melibatkan pengetahuan mekanikal pemandu.[1] Pada tahun 1910, kerajaan imperial Jerman mewajibkan pelesenan pemandu di peringkat kebangsaan, mewujudkan satu keperluan sistem pendidikan serta ujian memandu yang menjadi model kepada undang-undang pelesenan pemandu di negara-negara lain.[1]

Pengenalan diri

Lesen memandu di Malaysia

Jenis

Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-

  • Lesen Memandu Pelajar (LDL) - diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.[2]
  • Lesen Memandu Percubaan (PDL) - diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit.[3] Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.[4]
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) - Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.[4]
  • Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial - Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
  • Permit Memandu Antarabangsa (IDP) - Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.

Kelas

Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-

  • A - Kenderaan orang cacat
  • B - Motosikal melebihi 500 cc
    • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
    • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • C - Motosikal roda tiga
  • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
  • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
    • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
    • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
  • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c d Lutteroth, Johanna. "Der Lappen, der die Welt bedeutet". einestages (dalam bahasa German). Spiegel Online. Dicapai pada 2008-08-02.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Lesen Belajar Memandu (LDL) saya telah tamat tempoh melebihi 2 tahun. Adakah saya masih boleh memperbaharuinya bagi membolehkan saya duduki ujian praktikal? - FAQ dari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.
  3. ^ Sistem Kejara (Page 2) - dari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.
  4. ^ a b Lesen Memandu - Berapa lamakah tempoh lesen memandu tamat jika saya tidak memperbaharuinya? - FAQ dari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.

Pautan luar