Syurga: Perbezaan antara semakan

Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
7 bait ditambah ,  12 tahun lalu
kemas
k (Robot: interwiki standardization)
(kemas)
[[ImageFail:Paradiso Canto 31.jpg|thumb|[[Dante Alighieri|Dante]] dan [[Beatrice Portinari|Beatrice]] melihat langit yang tertinggi; daripada ilustrasi [[Gustave Doré]] bagi ''[[Komedi Ketuhanan]]'' (''Divine Comedy'').]]
 
'''Syurga''' (''Heaven'' dalam [[bahasa Inggeris]] dan ''Jannah جنّة'' ([[Jannah]]) dalam [[Bahasa Arab]]) merupakan satu konsep [[hidup selepas mati]] dalam banyak [[agama]] dan [[falsafah]] [[Kerohanian|rohaniah]].
 
Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau [[neraka]] adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadian-kejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, dewa-[[dewa]], dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati.
 
Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagai-bagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh [[malaikat]], [[syaitan]], [[dewa|dewa dan dewi]], dan/atau [[pahlawan]] (khususnya dalam agama [[Zoroastrianisme]] [[Parsi]] dan kemudiannya [[mitologi Yunani]]). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat [[kebahagiankebahagiaan]] atau kekadangnya kebahagian [[Kehidupan yang abadi|abadi]].
 
Dalam [[agama Yahudi]] kuno, kepercayaan kepada Syurga dan hidup selepas mati dikaitkan dengan ''[[Sheol]]'' (disebut dalam Isaiah 38:18, Psalms 6:5, dan Job 7:7-10). Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa ''Sheol'' merupakan konsep yang lebih awal, tetapi teori ini tidak diterima sejagat. [[Farisi]], salah satu mazhab Yahudi yang kemudian, mempercayai tentang [[Kebangkitan Semula]], tetapi kepercayaan ini ditentang oleh mazhab [[Sadducees]] yang menolak doktrin Kebangkitan Semula (Matt. 22:23).
Dalam kebanyakan [[agama Kristian]], syurga ialah kepulangan kepada keadaan manusia sebelum kejatuhan, dan merupakan [[Syurga Aden]] kedua yang baru, dengan manusia disatukan semula dengan Tuhan dalam kewujudan semula jadi dan sempurna yang abadi. Penganut-penganut Kristian mempercayai bahawa penyatuan semula ini dibolehkan melalui usaha penyelamatan Jesus Christ yang mati di atas salib untuk menebus dosa-dosa manusia.
 
Menurut agama [[Islam]], syurga atau [[jannah]] adalah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan.
 
{{stub}}
 
[[Kategori:Kehidupan selepas mati]]
 
65,428

suntingan

Menu pandu arah