Bangkok: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: la:Bancocum
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: yo:Bangkok
Baris 173: Baris 173:
[[war:Bangkok]]
[[war:Bangkok]]
[[wuu:曼谷]]
[[wuu:曼谷]]
[[yo:Bangkok]]
[[zh-yue:曼谷]]
[[zh-yue:曼谷]]
[[bat-smg:Bankoks]]
[[bat-smg:Bankoks]]

Semakan pada 19:21, 28 November 2009

กรุงเทพมหานคร
Bangkok
Peta Thailand menunjukkan Bangkok
Statistik
Keluasan (km²) 1568.7
Jumlah penduduk 6,355,144 (tahun 2000)
Kepadatan (orang/km²) 4,051

Bangkok, (Bahasa Thai: Krung Thep, Krung Thep Mahanakhon) adalah ibu kota dan bandar terbesar Thailand. Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand. Bangkok merupakan sebuah bandar yang progresif yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu bersaing dengan Singapura dan Hong Kong. Namun, masalah kekurangan infrastruktur dan gejala sosial yang meningkat menghambat kemajuannya sebagai sebuah pusat ekonomi terpenting di Asia Tenggara. Bangkok juga merupakan destinasi pelancongan yang popular di dunia.

Sejarah

Sejarah Bangkok bermula sebagai sebuah pusat perdagangan yang kecil yang berada di bawah pengaruh Ayutthaya, ibu kota Siam yang lama. Pada 1567, Ayutthaya jatuh di tangan Burma sebuah ibu kota sementara ditubuhkan di seberang sungai dari Bangkok. Pada tahun 1782, Raja Rama I membina istananya di sungai tersebut dan menjadikan Bangkok ibu kotanya, menamakannya "Krung Thep".

Nama istiadat Bangkok adalah:

กรุงเทพมหานคร อมรรัตนโกสินทร์ มหินทรายุธยามหาดิลก ภพนพรัตน์ ราชธานีบุรีรมย์ อุดมราชนิเวศน์ มหาสถาน อมรพิมาน อวตารสถิต สักกะทัตติยะ วิษณุกรรมประสิทธิ์
Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit, yang bermakna
"Bandar para bidadari, bandar agung, tempat kediaman Buddha Zamrud, bandar yang tidak boleh dikalahkan (tidak seperti Ayutthaya) milik dewa Indra, bandar yang dikurniakan dengan sembilan permata berharga, bandar yang bahagia, yang dimuliakan dengan kehadiran Istana Agung yang mirip kediaman dewa di syurga, bandar yang dikurniakan oleh Indra dan dibina oleh Vishnukarn."

Pelajar-pelajar tempatan diajar nama penuh Bangkok walaupun tidak ramai yang dapat memberi penjelasan mengenai maknanya kerana banyak perkataan yang digunakan adalah agak kuno. Namun kebanyakkan warga Thai ingat dengan sepenuhnya nama tersebut kerana ia pernah dijadikan sebuah lagu pop oleh Asanee-Wasan Chotikul.

Pentadbiran

Bangkok merupakan salah satu daripada 76 wilayah (changwat) di Thailand. Wilayah Bangkok dicipta pada tahun 1972 dengan percantuman wilayah Bangkok yang lama, changwat Phra Nakhon, dengan wilayah Thonburi.

Lambang wilayah Bangkok menunjukkan dewa Indra di langit, menunggangi seekor gajah mitos yang dipanggil Erawan. Di tangannya, Indra memegang halilintar yang digunakan untuk menghalau kemarau. Lambang ini direka berdasarkan lukisan oleh Somdej Chaofa Kromphraya Narisra-nuwattiwong.

Bangkok terbahagi kepada 50 kawasan pentadbiran (khet, dipanggil amphoe di wilayah-wilayah yang lain).


Ekonomi

Bangkok adalah pusat kegiatan ekonomi negara Thai. Sungai Chao Phraya membolehkan Bangkok untuk berfungsi sebagai sebuah perlabuhan. Bursa Saham Thailand terletak di Bangkok. Industri pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan yang penting di Thailand. Bangkok memiliki beberapa kuil ("wat" dalam bahasa Thai) yang terkenal seperti Wat Pho dan Wat Arun. Khaosan Road, yang dekat dengan kompleks Istana Agung adalah destinasi popular di kalangan pelancong-pelancong muda. Kemudahan pendidikan dan budaya yang terdapat di Bangkok termasuk beberapa buah universiti, akademi seni halus dan panggung dan muzium negara.

Makanan yang diproses, kayu balak dan tekstil merupakan barang-barang ekspot yang utama di Bangkok. Kilang-kilang perindustrian yang terdapat di bandar ini termasuk kilang mengisar padi, kilang simen, loji pembersih minyak dan lain-lain. Bangkok juga merupakan bandar barang kemas yang terkenal, menjual dan membeli pelbagai barang perak dan gangsa. Industri seks, walaupun diharamkan, berleluasa di Bangkok dan merupakan tarikan pelancong yang popular. Kawasan lampu merah yang terkenal di Bangkok termasuk Patpong, Nana Plaza dan Soi Cowboy.

Sistem pengangkutan

Bangkok pada suatu ketika agak terkenal dengan jaringan canggih parit besar yang dipanggil khlong di bandarnya sehingga ia digelar bandar "Venice di Timur" kerana dulu segala cara pengangkutan di Bangkok digunakan dengan kapal. Kini, kebanyakan parit besar ini ditukar menjadi jalanraya. Di Bangkok terdapat beberapa lebuhraya yang ditinggikan untuk meringankan masalah sesak lalu lintas yang sering dihadapi oleh bandar tersebut.

Pada tahun 1999 sistem keretapi metro atas tanah, 'Skytrain' (BTS secara rasmi) dibuka secara rasmi. Pembinaan jaluran bawah tanah yang pertama, Bangkok Metro, dibuka kepada orang ramai pada Julai 2004. Namun, pembinaan sistem atas tanah tidak dapat dilengkapkan kerana masalah pembiayaan akibat krisis kewangan Asia. Rangka pembinaan ini masih dapat dilihat dari stesen keretapi yang utama hingga ke lapangan terbang Don Muang.

Pintu masuk di sebuah stesen keretapi di Bangkok

Sebuah sistem keretapi bawah tanah (MRTA) telah dilancarkan pada Julai 2004, yang menyambung stesen keretapi dari utara, Bang Sue ke stesen Hua Lamphong di tengah-tengah bandar, yang melalui kawasan timur bandar Bangkok.

Bagi mereka yang menggunakan keretapi pula, ramai di antara mereka yang akan memulakan perjalanan dari Hua Lamphong di penghujung selatan Metro. Dari sini, keretapi dapat menuju ke Malaysia di selatan dan Chiang Mai dan lain-lain wilayah di utara dan timur laut.

Hampir-hampir seluruh bandar dan wilayah di Thailand dapat dikunjungi dengan menaiki bas dari Bangkok. Untuk destinasi di bahagian barat dan barat daya Thailand, bas akan berangkat dari Southern Bus Terminal yang terletak di sebelah barat bandar Bangkok. Untuk destinasi di bahagian tenggara seperti Pattaya dan Ko Samet, bas akan berangkat dari Eastern Bus Terminal, di Ekamai. Untuk segala destinasi di bahagian utara dan timur laut, bas akan berangkat dari Northern Bus Terminal di Mo Chit, yang boleh dilawati dengan menggunakan keretapi Skytrain dan Metro.

Lapangan Terbang Don Muang, yang dahulunya tersibuk di Asia Tenggara, terletak di bahagian utara bandar Bangkok. Pembinaan lapangan terbang baru, Suvarnabhumi di distrik Amphoe Bang Phli di wilayah Samut Prakan telah bermula pada tahun 2002 dan siap dibina pada tahun 2005. Lapangan terbang ini telah dibuka. Segala penerbangan luar negara akan berlepas dan mendarat di Suvarnabhumi dan lapangan terbang Don Muang akan melayan penerbangan dalam negeri sahaja.

Isu semasa

Kesesakan lalulintas di Ploenchit Road dengan Skytrain di atas

Pencemaran udara merupakan masalah yang besar di Bangkok dan disebabkan oleh kesesakan lalulintas yang sering berlaku di bandar itu. Namun, pembinaan lebuh raya dua tingkat yang baru selesai telah meringankan masalah lalulintas ini.

Penjualan barang-barang cetak rompak (kebanyakannya perisian komputer dan cakera DVD) berleluasa di Bangkok. Tempat popular untuk membeli barang-barang ini adalah di Pantip Plaza. Kerajaan Thai telah melaksanakan beberapa usaha untuk membanteras penjualan ini namun tidak berjaya. Persatuan BSA, sebuah kumpulan anti cetak rompak Amerika percaya yang ia boleh mengaut lebih kurang 80 juta Dolar Amerika jika penjualan perisian cetak rompak ini dihentikan[1]. Disebabkan tekanan yang dikenakan oleh [2] persatuan-persatuan seperti BSA dan Recording Industry of America Association, yang mengancam untuk memberi masalah kepada kerajaan Thai dalam di mana-mana perundingan persetujuan perdagangan yang berlangsung [3], kerajaan Thai kini mengambil pelbagai langkah yang lebih keras untuk menghentikan gejala cetak rompak ini.

Pautan luar

13°45′N 100°29′E / 13.750°N 100.483°E / 13.750; 100.483