Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Permairia (bincang | sumb.)
Permairia (bincang | sumb.)
Baris 12: Baris 12:
Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul diantara pengikut [[Tok Bandar Yasih]], wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan masyarakat [[Batu Bara]] di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh [[Mohamed Akib]]. Mohamed Akib yang tidak berpuashati dengan Raja Abdullah telah meminta Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 60</ref>
Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul diantara pengikut [[Tok Bandar Yasih]], wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan masyarakat [[Batu Bara]] di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh [[Mohamed Akib]]. Mohamed Akib yang tidak berpuashati dengan Raja Abdullah telah meminta Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 60</ref>


Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada [[Sultan Sir Abdul Samad|Sultan Abdul Samad]] sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Ini telah menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunanagan Raja Mahadi dengan puteri baginda, [[Raja Arfah]<ref> J.M Gullick, 2004, ms 61</ref>].
Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada [[Sultan Sir Abdul Samad|Sultan Abdul Samad]] sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Ini telah menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunanagan Raja Mahadi dengan puteri baginda, [[Raja Arfah]]<ref> J.M Gullick, 2004, ms 61</ref>.


==Peperangan dan Tengku Kudin==
==Peperangan dan Tengku Kudin==

Semakan pada 22:11, 9 Disember 2009

Perang Kelang ataupun Perang Saudara Selangor berlaku dari tahun 1867 ke 1874[1], dan ia bermula dengan perbalahan di antara Raja Abdullah bin Raja Jaafar dan Raja Mahdi bin Raja Sulaiman.

Latar belakang

Pada tahun 1849 atau 1850, sultan Selangor ketika itu, Sultan Muhammad Shah meletakkan jajahan Kelang di bawah jagaan Raja Abdullah. Pada tahun 1866, Raja Abdullah kemudiannya telah memajak Kelang kepada dua orang saudagar dari Negeri-Negeri Selat yang bernama W.H. Read dan Tan Kim Cheng. Kedua-dua saudagar itu kemudiannya keluar memungut cukai daripada penduduk-penduduk Kelang. Salah seorang daripada penduduk tersebut adalah Raja Mahdi. Sebelum Raja Abdullah dilantik sebagai ketua Klang, ayah Raja Mahdi pernah menyandang kedudukan Raja Abdullah. Ini memberi Raja Mahdi satu kedudukan yang tinggi di kalangan orang Melayu di Kelang. Oleh itu, Raja Mahdi terasa terhina apabila orang luar datang mengutip cukai daripadanya. Dengan perasaan marah, Raja Mahdi enggan membayar cukai kepada dua saudagar dari Negeri-negeri Selat tersebut.

Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Sultan Abdul Samad menaiki takhta Selangor. Keluarga sultan yang baru bersimpati dengan keadaan Raja Mahdi. Ini kerana Raja Abdullah bukan orang Selangor; beliau berasal dari Riau dan keluarga diraja lebih senang melihat orang Selangor memegang jawatan-jawatan tinggi di negeri sendiri. Bersama Raja Abdullah pula ialah anaknya, Raja Ismail. Sementara itu, sebahagian kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina memihak dengan Raja Abdullah dan sekumpulan lain berpihak kepada Raja Mahdi.

Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Kelang

Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul diantara pengikut Tok Bandar Yasih, wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan masyarakat Batu Bara di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Mohamed Akib. Mohamed Akib yang tidak berpuashati dengan Raja Abdullah telah meminta Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.[2]

Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada Sultan Abdul Samad sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Ini telah menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunanagan Raja Mahadi dengan puteri baginda, Raja Arfah[3].

Peperangan dan Tengku Kudin

Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1867, Tengku Kudin dari Kedah berkahwin dengan salah seorang puteri daripada keluarga diraja Selangor dan Sultan Abdul Samad melantik Tengku Kudin sebagai pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahdi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu Raja Ismail. Raja Abdullah kemudiannya meninggal dunia. Kehilangan Raja Abdullah diganti dengan kehadiran Yap Ah Loy, seorang rakan Tengku Kudin serta kapitan Cina yang berpengaruh yang telah bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur. Dengan itu, Tengku Kudin, Raja Ismail dan Yap Ah Loy bersama-sama berusaha menentang Raja Mahdi.

Sementara itu, Negeri-Negeri Selat mula bergantung kepada kemakmuran ekonomi negeri Selangor. Selangor pada ketika itu merupakan salah satu negeri di Tanah Melayu yang menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Akan tetapi, Perang Kelang membantutkan usaha untuk melombong bahan mentah tersebut. Oleh itu, British di Negeri-negeri Selat mahu membantu kerajaan Selangor memastikan bekalan bijih timah tidak tergendala. Pada masa yang sama, Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. Ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. Ini menyebabkan British secara tidak langsung memihak kepada Tengku Kudin di dalam peperangan ini.

Sepanjang perang, Tengku Kudin telah memanggil 500 askar daripada Kedah untuk membantunya. Tentera upahan serta beberapa pegawai Eropah telah dibayar oleh putera Kedah itu. Pada tahun 1872, dengan bantuan bendahara Pahang, segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi.

Kemenangan Tengku Kudin tidak disenangi oleh keluarga diraja Selangor. Keengganan tentera Pahang untuk pulang serta tindakan orang Pahang memungut cukai sebagai pampasan atau upah perkhidmatan daripada Kelang telah memburukkan nama Tengku Kudin di mata sultan Selangor. Melihat dan memahami keadaan ini, Andrew Clarke terpaksa menghentikan rancangan British untuk mempengaruhi sultan Selangor untuk sementara.

Residen British

Situasi berubah pada bulan November 1873 apabila sebuah kapal dari Pulau Pinang diserang lanun berhampiran perairan Hulu Langat. Sultan mula bimbang dengan keselamatan negeri dan meminta Sir Andrew Clarke untuk membantu. Dengan permintaan itu, Andrew Clarke melantik seorang peguam dari Singapura bernama J.G. Davidson sebagai Residen British Selangor yang pertama. Beliau diterima baik oleh pembesar Selangor kerana ia merupakan sahabat karib Tengku Kudin. Tugas residen bertanggungjawab untuk menasihati sultan di dalam segala perkara kecuali hal-hal mengenai Islam dan adat resam Melayu.

Perang Klang tamat dengan rasminya pada tahun 1874. Keadaan ini telah memaksa Raja Mahdi melarikan diri keluar dari Selangor dan menetap di Johor. Beliau meninggal dunia di sana dan dimakamkan di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Rujukan

  • Zainal Abidin bin Abdul Wahid; Khoo Kay Kim; Muhd Yusof bin Ibrahim; Singh, D.S. Ranjit (1994). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-1009-1
  • 1911 Encyclopædia Britannica. Malay States.
  • Haji Buyong Adil; Sejarah Johor [[Dewan Bahasa dan Pustaka]
  • J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.

Nota Kaki

  1. ^ J.M Gullick, 2004, ms 77-79
  2. ^ J.M Gullick, 2004, ms 60
  3. ^ J.M Gullick, 2004, ms 61

Lihat juga