SpaceShipOne: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
SilvonenBot (bincang | sumb.)
Baris 122: Baris 122:
[[fr:SpaceShipOne]]
[[fr:SpaceShipOne]]
[[ko:스페이스십원]]
[[ko:스페이스십원]]
[[it:SpaceShipOne]]
[[it:Scaled Composites SpaceShipOne]]
[[he:ספייס שיפ 1]]
[[he:ספייס שיפ 1]]
[[hu:SpaceShipOne]]
[[hu:SpaceShipOne]]

Semakan pada 12:12, 10 Disember 2009

SpaceShipOne Syarikat Scaled Composites.
Fail:SpaceShipOne-09G.jpg
Penerbangan tanpa kuasa 09G membawa SpaceShipOne merentasi Gurun Mojave untuk ujian aerodinamik.

SpaceShipOne, iaitu SpaceShipOne Model 316 Syarikat Scaled Composite, ialah kapal angkasa lepas yang dimajukan oleh Scaled Composites, syarikat penerbangan Burt Rutan, untuk menyertai program Tingkat Satu dalam pertandingan Hadiah Ansari X. Pada 21 Jun 2004, SpaceShipOne menjalankan penerbangan angkasa lepas manusia dibiayai swasta yang pertama, dan pada 4 Oktober memangi Hadiah Ansari X sebanyak AS$10 juta selepas mencapai 100 kilometer tingginya sebanyak dua kali dalam tempoh dua minggu, dengan muatan yang setara dengan tiga orang penumpang, serta tidak menggunakan melebihi 10% daripada berat bukan bahan apinya antara kedua-dua penerbangan tersebut. Kos pembangunan yang dianggarkan sebanyak AS$25 juta dibiayai oleh Paul Allen, orang kuat Microsoft, pada seluruhnya. Angkasawan sebelum ini hanya menaiki kapal angkasa lepas yang direka, dibayar, dan dikendalikan oleh agensi kerajaan.

Yayasan Ansari X ditubuhkan untuk menggalakkan penerbangan angkasa lepas oleh sektor swasta dan sehingga kini, 26 pasukan telah menyahut cabaran untuk bersaing bagi mendapatkan hadiahnya sebanyak AS$10 juta. Program Tingkat Satu ditubuhkan oleh Rutan secara rasmi pada April 2003 sebagai satu langkah untuk membina industri pelancongan angkasa lepas melalui kejuruteraan dan reka bentuk yang inovatif.

SpaceShipOne merupakan sebuah kapal angkasa lepas suborbit pelancaran udara yang menggunakan sebuah motor roket hibrid. Reka bentuknya mencirikan sebuah sistem kemasukan semula yang unik yang bahagian belakang sayap dan joran ekor kembarnya melipat ke atas pada engsel yang berada di sepanjang sayap pesawat; ini meningkatkan seretan sementara mengekalkan kestabilan. Pencapaian SpaceShipOne adalah lebih setanding dengan X-15, berbanding dengan kapal angkasa lepas mengorbit seperti bolak-balik angkasa lepas. Memecutkan sebuah kapal angkasa lepas sehingga laju orbit memerlukan 30 kali lebih banyak tenaga daripada mengangkatnya sejauh 100 kilometer.

Pembiayaan baru projek ini datangnya daripada Virgin Galactic, syarikat baru Richard Branson, hartawan United Kingdom, melalui sebuah urus niaga Amerika Syarikat sebanyak AS$21 juta. Semasa ujiannya, SpaceShipOne mencapai sebilangan "tempat pertama" yang utama, termasuk:

  • kapal terbang dibiayai swasta yang melebihi Mach 2 and Mach 3,
  • kapal terbang dibiayai swasta yang melebihi 100 kilometer tingginya; dan
  • kapal terbang boleh guna semula dibiayai swasta yang pertama.

Ujian penerbangan

Fail:SpaceShipOne WhiteKnight.jpg
Semua penerbangan SpaceShipOne bermula dengan kapal terbang White Knight membawanya ke ketinggian kira-kira 14 kilometer, sebagaimana ditunjukkan oleh ujian bawa tawanan (captive carry) ini untuk sistem dua-kenderaan. Kedua-dua kenderaan mempunyai kokpit yang sama, sebagaimana dapat dilihat daripada corak tingkapnya.

Pada 1 April 2004, Syarikat Scaled Composites menerima lesennya yang merupakan lesen pertama yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat untuk penerbangan roket suborbit dipandu manusia. Lesen ini membenarkan syarikat tersebut mengendalikan penerbangan ujian berkuasa selama tempoh setahun.

Semua penerbangan SpaceShipOne berpusat di Pusat Ujian Penerbangan Awam Lapangan Terbang Mojave yang mengelaskan diri semula (secara sambilan) sebagai Lapangan Angkasa Lepas Mojave pada 17 Jun 2004.

SpaceShipOne didaftarkan dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) sebagai N328KF. 'N' ialah awalan untuk kapal terbang yang didaftarkan di Amerika Syarikat; '328KF' merujuk kepada ketinggian 328 ribu (K) kaki (lebih kurang 100 kilometer) yang merupakan pinggir ruang angkasa lepas yang rasmi. N100KM, pilihan nombor pendaftarannya yang asal, telah didaftarkan oleh pihak yang lain.

Penerbangan 15P merupakan penerbangan angkasa lepas SpaceShipOne yang pertama, serta juga penerbangan angkasa lepas manusia dibiayai swasta yang pertama. Sedangkan penerbangan ini merupakan penerbangan ujian yang berjaya, ia menghadapi banyak masalah teknik, dan kekurangan-kekurangan tekniknya telah diperiksa dengan teliti sebelum menyertai pertandingan Hadiah Ansari X pada bulan Oktober 2004.

Dalam jadual yang berikut, "laju tertinggi" yang dilaporkan ialah nombor Mach pada akhir bakaran roket. Ia bukannya laju mutlak.


Penerbangan-penerbangan ujian berkuasa
Penerbangan Tarikh Kelajuan Tertinggi Altitud Juruterbang
11P 17 Disember 2003 Mach 1.2 20.7 km Brian Binnie
13P 8 April 2004 Mach 1.6 32.0 km Peter Siebold
14P 13 Mei 2004 Mach 2.5 64.3 km Mike Melvill
15P 21 Jun 2004 Mach 2.9 100.1 km Mike Melvill


Pautan luar

Templat:Airlistbox